Sunday, July 29, 2018

KEBAS TANGAN BERANSUR PULIH

Semalam lepaa je update cerita pasal lenguh dan kebas bahu terus en husband datang ambil di pejabat. Balik rumah dan terus pergi klinik jumla doktor. Doktor suruh buat senaman dan kalau nak ambil suplemen. Dia suruh ambil yang banyak magnesium. Teringat Kak Feni tentang suplemen ostematrix masih banyak di rumah.

Ostematrix ni memang suplemen kalsium yang sangat-sangat membantu untuk mengatasi masalah lenguh. Balik rumah terus minta en husband urutkan. Mula-mula hanya sapu minyak panas. Lepas tu dia tanya nak abah buat yang guna duit syiling tu tak. Mula-mula takut jugak. Bila dah rasa sakit sangat memang dah tak kisah nak buat apa pun.

En husband pun buatlah gores-gores duit syiling dengan minyak di belakang badan. Mak aiii dia punya sakit, hanya tuhan je yang tahu. Kak Feni pulak jenis yang banyak keluar angin melalui sendawa. Memang rasa penat sangat bila banyak angin keluar.

Memang lepas ni kena cari tukang urut yang profesional untuk urut satu badan. Last memgurut masa nak raya lepas. Siap buat bekam kaki sebab sakit kaki. Ni bahu dan tangan pulak kena kebas-kebas. Nak tidur semalam terus telan ostematrix 2 biji dan juga ubat yang doktor klinik bagi.

Bangun pagi tadi alhamdulillah kebas-kebas dan lenguh makin lega. Mungkin ambil masa jugak kot. Di rumah suhu agak panas tak sama macam di pejabat yang sejuk penghawa dingin.

Risau juga kenapa kebas tangan. Doktor kata mungkin sebab tertindih masa tidur atau kurang kalsium dalam badan. Macam orang tengan mengandung. Sebab tu kena banyak buat senaman tangan dan minum susu atau ambil suplemen yang banyak magnesium.

Okey malam ni Kak Feni telan ostematrix lagi.  

Friday, July 27, 2018

TERASA KEBAS-KEBAS TANGAN PULAK HARI NI



Eh tetiba je rasa kebas-kebas tangan ni. Kedua-dua belah tangan pulak tu. Tak tahu kenapa kebas ni. Tengahari tadi dah telan sebiji ostematrix sebab orang kata boleh legakan lenguh-lenguh ni.

Mungkin cuaca hujan diluar dan suhu yang agak sejuk di dalam pejabat ni membuatkan tangan Kak Feni lagi teruk. Allahuakbar semoga semuanya baik-baik sahaja. Kak Feni taknak sakit. Kak Feni kena kuat untuk anak-anak.

Malam ni Kak Feni dah plan nak jumpa doktor tapi macam keadaan sekarang ni macam teruk je. Nak jumpa doktor di klinik dekat dengan pejabat ni pun dah tutup. Pukul 5.00 klinik tutup. Risau sungguh hati ni.

Tadi dah call en. suami suruh cepat sikit hari ni sebab Kak Feni nampak macam tak boleh tahan ni. Harapnya en suami dapatlah siapkan semua kerja dengan mudah. Memang niat nak jumpa doktor pun sebab kak feni nak mintak ubat selsema dengan batuk.

Bukan apa, Kak Feni ni taknak lah tak sihat lama-lama. Siapa nak uruskan anak-anak. Semua bergantung pada kita. Memanglah abahnya ada tapi anak-anak ni nak ummi juga. Kalau apa-apa nak ummi yang buat.

Harapnya tak ada apa yang teruk lah. Esok Kak Feni cuti hujung minggu. Alhamdulillah boleh rehat-rehat juga. Mungkin agak penat sampai selsema dan batuk. Esok memang kak feni nak rehat cukup-cukup di rumah. Buat kerja yang mampu je.

Semoga Kak Feni terus sihat dan kuat.

Monday, July 23, 2018

DEMAM SELSEMA MENJELMA



Dua tiga hari ni tak boleh nak chill sangat sebab demam selsema menjelma. Mula-mula seorang kena. Lepas tu berjangkit kepada yang lain dan seterusnya.

Selsema ni jadi sebab tak cukup rehat sangat. Penat sungguh minggu lepas. Rasa macam tak cukup tidur sebab ayik ke sana kemari dengan urusan dunia. Mungkin badan pun nak rehat juga kot.

Mula-mula Adik Rayyan yang selsema, kemudian kena dekat ummi dan pagi tadi nampak macam abahnya pun dah mula sumbat hidung. Bila hidung ni mula meleleh dengan air hidung memang tak selesa sangat.

Pagi tadi bangun pun agak lambat sebab tak larat nak bangun. Anak-anak pun lambat bersiap. Nasib baik hari ni Isnin. Semua baju dah siap bergosok semalam.

Selsema ni cepatlah berlalu pergi. Lama dah tak kena ni. Selalu kena pun kejap je elok. Ni dah 2 hari. Lemah habis badan-badan ni. Lenguh habis rasa. Nak cuti pon dah banyak cuti yang ambil. Bulan Ogos ni nak ambik cuti lama nak balik kampung. Jadi makanya bertabahlah Mak Jemah. InshaAllah esok baik.

Mak Jemah kena kuat untuk anak-anak. Mana boleh lemau-lemau kan. Orang lain lagi banyak dugaan. Kita yang sikit ni pun rasa malas bebenor sebab apa. Sebab terlalu selesa dengan zon selesa. Padahal tak seselesa mana pun. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Apapun alhamdulillah dengan nikmat yang Allah bagi ni.

Friday, July 20, 2018

MENUNGGU WAKTU ZUHUR

Sementara punya waktu. Aku catatkan di blog aku ini. Ini blog personal aku. Kadang-kadang aku coretkan rasa hati dan juga kegembiraan aku di sini. Bukan untuk sesiapa tapi untuk aku juga.

Pagi tadi aku marah Abang Aus sebab lambat bersiap pergi sekolah. Aku pukul dan jerit dekat dia sekuat hati. Aku menyumpah seranah. Allahuakbar sungguh aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku beristighfar mengenangkan perbuatan aku. Aku bukan ummi yang baik untuk anak-anak tapi aku cuba.

Sebenarnya aku geram dengan suami aku. Masa aku tengah marah, aku cuma mahu dia bersama aku, sama-sama menangani keadaan bukan membiarkan aku terkial-kial dalam menyelesaikan masalah. Alhamdulillah setelah beberapa ketika aku berjaya mengawal keadaan. Abang Aus pun nampaknya dah okey. Kami terus pegi sekolah. Mula-mula aku kata "hari ni tak payah beli roti, dah lambat'.

Abang Aus merajuk, sampai di sekolah bila abahnya tanya Abang nak roti tak ? Dia jawab tadi ummi cakap hari ni tak beli. 

Allahuakbar. Maafkan ummi, sayang. Ummi bukan taknak beli tapi ummi nak abang faham yang kita dah lambat. Lain kali tak boleh buat lagi. Entahlah mungkin nampak macam perkara biasa bagi orang lain. Tapi bagi ibu macam ummi ni. Ummi sangat sensitif dan penat. Penat dengan urusan dunia.

Ummi rasa macam ummi seorang diri yang berusaha untuk memajukan keluarga kita. Entahlah wehhh. Serabut rasa. Luah lebih-lebih kang kata aku tak bahagia. Aku sedang melalui ujian. Aku sedar semua ada masalah masing-masing. Semak sungguh weh sampai aku rasa aku ni depresi ke?

Entahhh. Aku cuba fahamkan perasaan orang tapi orang tak faham perasaan aku. Semoga aku terus kuat untuk menjadi manusia yang tabah. 

Ummi tetap sayangkan anak-anak ummi sampai syurga. Allah teruslah membimbing aku.


Monday, July 16, 2018

JANGAN PILIH KASIH DALAM APA JUGA HUBUNGAN

Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri juga sebab aku manusia biasa di dunia ini. Masih diberi peluang untuk terus bernafas dan memberi khidmat selagi ada kudrat yang Allah bagi.

Alhamdulillah aku masih boleh berdiri dengan sendirinya. Keluarga aku bukan orang senang. Jadi kami diajar supaya berdikari sejak dari kecil. Makan apa yang ada dan jangan minta meminta dengan orang lain. Terima kasih ya Allah.

Daripada bertunang sehinggalah beranak dua. Semuanya atas hasil usaha sendiri. Orang lain ada juga yang bantu tapi sekadar bantu apa yang patut lah. Nak mengharapkan ehsan orang lain setakat ini, alhamdulillah masih boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Nikmat tuhan yang tidak dapat didustakan. Namun dalam kehidupan ini, janganlah kita memilih kasih antara anak-anak dan adik beradik atau sesiapa saja. Tuhan tu maha kaya. Mungkin waktu ini dia menguji kau dengan kesenangan dan kekayaaan. Suatu hari nanti, kau tidak tahu bila masa dia nak ambil balik hak yang dia bagi pinjam.

Jangan menghina orang yang susah sebab tak selamanya dia akan susah. Dan jangan terlalu menyanjungi orang yang senang sebab tak selamanya dia akan senang. Dunia ini bulat dan setiasa berputar. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.

Pilih kasih, walau mulut kata,

Sama je semua anak-anak. Tak ada beza pun antara satu sama lain.
Namun semua orang boleh nampak terutamanya anak-anak yang disisihkan. Sedih betul. Semoga aku dan keluargaku dijauhkan dengan perkara sebegini.

Satu lagi, jangan buat naya dekat orang lain sebab Allah maha tahu maha kasih dan penyayang. Doa orang yang teranaiya tiada hijab.

Kita semua tak sempurna di atas dunia ini. Apa yang kita ada sekarang ni semuanya pinjaman semata-mata. Sampai masa akan diambil kembali.

Semoga kita semua dijauhkan dari sifat pilih kasih ini. Amin Ya Allah Ya Mujib.

Thursday, July 12, 2018

Coretan Merapu Raban Hari ni

Alhamdulillah masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Masih mencari-cari hala tuju kehidupan. Masih berusaha untuk mencapai kejayaan. Rasa susahnya nak capai satu-satu kejayaan. Rasa susahnya nak capai apa yang diimpikan tapi alhamdulillah Allah sentiasa bagi jalan.

Tiba-tiba hilang fokus dan tak tahu apa yang aku nak buat sebenarnya. melihat kejayaan orang lain terbit rasa cemburu. Bila agaknya aku nak capai macam mereka. Padahal aku boleh saja tapi entahlah. Tak tahu nak mula dari mana.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Entry kali ni just nak share perasaan down je. Aku manusia biasa yang kadang-kadang motivasinya tinggi menggunung. Kadang-kadang rasa nak sorok je muka ni dalam tanah. Allahuakbar.

Mengenangkan nasib diri, anak-anak, suami dan juga keluarga, Aku tak boleh nak terus mengalah. Aku kena kuat semangat. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Sekurang-kurangnya aku tidak susah sangat. Masih punyai semuanya cuma tidak semewah orang lain. Nafsu semuanya. Ikutkan hati memang nak semua. Nak pulak nak dengan segera. Tengok orang senang kita pun nak senang padahal orang lain pun sama je. Nak senang kena usaha.

Hari ni last day berpuasa. Alhamdulillah berjaya puasa 6 tahun ni. Puasa ganti pun dah setel. Syukur ya Allah. Lepas ni kita banyakkan amal dengan berpuasa sunat di hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat bulan Rejab & sebagainya. Semoga segala ibadahku diterima oleh Allah.

Nak buat benda baik memang banyak halangan. Kalau kita istiqamah inshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.