Monday, September 30, 2019

Semoga Adik Rayyan Cepat Sembuh


Get well soon my dear. Hari ni ummi terpaksa tinggalkan adik di rumah opah sebab nak kerja. Cuti ummi dah tinggal sikit untuk tahun ni. Ummi harap adik baik-baik saja.

Hari Sabtu lepas adik dah mengadu sakit telinga tak boleh tidur. Ummi bawa pergi jumpa doktor dan doktor cakap telinga adik macam ada darah dan bengkak. Doktor bagi ubat antibiotik, ubat tahan sakit (demam), ubat telinga dan mulut (selesema) dan juga ubat titik dalam telinga.

Hari ni hari ketiga untuk habiskan antibiotik. Ummi harap lepas habis ubat antibiotik untuk hari ketiga ni, telinga adik akan sembuh. Ummi doa dekat Allah supaya adik cepat sembuh. Ummi sayang adik.

Adik akan nampak okey dan sihat bila makan ubat. Agaknya tak rasa sakit sebab kesan ubat. Bila dah 4 atau 5 jam lepas makan ubat, badan dia mula dedor dan panas. Ummi akan cepat-cepat suruh adik mandi dan makan terus makan ubat. 2 hari ummi cuti ummi boleh monitor sendiri.

Pagi tadi sebelum datang kerja ummi dah siap-siap bagi adik makan roti dan ubat. Pesan dekat opah supaya bagi adik makan ubat pukul 3 petang. Malam ni last adik makan antibiotik. Semoga adik cepat sembuh dan boleh pergi sekolah macam biasa.

Hujung minggu ni kita nak pergi konvo Abang Wan. Adik mesti sihat dan kuat. Hari konvo nanti boleh jumpa TokMek, Cikni, Achik Manjung, Pakcik Radhi, AyahNgah dan Abang Wan. Nanti kita pergi jalan-jalan. Dah lama kita tak jalan sama-sama sebab masing-masing sibuk.

Ummi balik nanti ummi jaga adik ya.

Friday, September 27, 2019

Today Goals



Aku macam ni lah hari-hari. Bangun pagi siapkan anak-anak. Hantar anak sekolah dan terus masuk pejabat. Macam tulah rutin harian. Balik rumah yuya dengan anak-anak.

Esok pulak cuti. Yahuuu banyak kerja rumah yang tak siap kena setel ni. Cuti dua hari macam-macam nak buat. Ni masa nak layan anak-anak ikut kehendak dia nak itu ini.

Abang Aus request nak makan lempeng tepung cicah dengan gula atau susu. Jadi esok mudahlah kerja ummi. Pagi buat sarapan lempeng dan air milo. Tengahari masak cincai-cincai je untuk kami 3 beranak. Kalau abah takde kami makan je apa yang anak-anak nak.

Adik pulak request nak ayam goreng macam KFC tu. Kebetulan kat rumah dah ada tepung segera bestari tu, jadi boleh masaklah esok. Ayam kena beli dulu sebab stok ayam dah habis. Tinggal stok daging kurban yang abah dapat masa raya hari tu jer ada lagi.

Okey done mikir esok nak masak apa.

Malam esok tak payah masak sebab nak pergi kenduri kakak kat opis ni. InshaAllah lepas abah balik kerja kami pergi kenduri. Minggu ni macam free and easy. Jadi boleh santai-santai je.

Ahad ni tak nampak program nak pergi mana lagi. Kalau ada rezeki bolehlah pergi jalan-jalan pelepas angin anak-anak. Bila dah ada anak ni ikut angin anak jela.


Thursday, September 26, 2019

Aku Yang Hari Ini

Hari berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah dua puluh enam haribulan sembilan tahun dua ribu sembilan belas (26/09/2019). Aku masih begini dan begini.

Tahun ni aku macam hilang arah hilang punca. Aku lost dalam dunia aku sendiri. Aku mencari-cari siapa aku sebenarnya dan apa yang aku nak ?

Aku pernah rasa taknak buat apa-apa. Taknak jumpa siapa-siapa. Aku down, aku sedih dan aku rasa aku dah tahap kemurungan. Aku banyak rasa nak tidur. Hilang semangat dan motivasi untuk hidup. Aku tak tahu kenapa aku jadi begini ?

Namun ada banyak sebab yang aku perlu kuat untuk bangkit. Iaitu anak-anak dan keluarga.

Suami aku, walaupun kadang-kadang amat menyakitkan hati namun dialah yang selalu berada di sisi aku ketika aku susah dan senang. Walaupun aku nampak dia tak sokong dengan apa yang aku buat. Aku tahu dia sentiasa mendoakan kejayaan aku (aku taip ni sambil menangis) 😭😭. Terima kasih abah untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagi.

Aku jarang nak puji suami aku depan-depan sebab aku memang tak pandai nak romantik-romantik nih haha 😂😂.

Anak-anak adalah penguat semangat. Alhamdulillah aku ada anak-anak yang sihat dan bijak. Jadi kenapa aku yang perlu putus asa untuk hidup ini ?

Banyak benda yang aku nak buat dalam hidup ini. Sama ada aku berhenti di tengah jalan atau aku teruskan apa yang dah aku impikan. InshaAllah terima kasih tuhan sebab memacu aku untuk ke jalanMu.

Aku rasa tenang bila aku kembali kepada Allah. Hanya Allah satu-satuNya tempat aku mengadu. Walaupun banyak lagi dugaan dan cabaran yang harus aku lalui namun inshaAllah aku pasti boleh hadapinya.

Hidup aku ini tidak seteruk apa yang orang lain pernah rasa. Aku rasa aku dah lalui banyak peristiwa pahit manis kenapa hari ini aku harus putus asa ?

Anak-anak aku masih kecil dan perlukan sokongan dan bimbingan dari aku. Kalau aku lemah dan tak mampu, siapa yang akan membimbing mereka ? Jadi hari ini. Aku perlu bangkit untuk mereka. Semangat aku untuk terus berjaya dalam hidup dan dunia ini.

Terima kasih Ya Allah sebab sentiasa membulatkan hatiku untuk ke jalan yang lurus. Jangan Kau pesongkan hatiku setelah Kau beri hidayah Mu.

Semoga aku terus kuat dan istiqamah. Terlalu banyak cerita yang aku nak kongsikan namun cukup untuk ini sahaja. Alhamdulillah.

Wednesday, September 25, 2019

Dapat Rezeki Yang Tidak Disangka

Alhamdulillah untuk hari ni. Bangun pagi bersyukur dan berusaha untuk jadi lebih baik dan buat baik baik.

Hari ni Kak Feni nekad nak buat solat sunat dhuha sebab dah seminggu cuti datang bulan. Sememangnya rasa malas tu sentiasa ada. Malas nak buat, malas nak buat itu ini.

Tak tahu apa kena dengan diri ini. Hari ni boleh solat jadi Kak Feni kuatkan semangat untuk buat solat sunat dhuha 4 rakaat.

Setakat jam 2.00 petang ni banyak rezeki yang tak disangka muncul.

1. Sarapan pagi dibelanja oleh sahabat.

2. Dapat produk AS Legacy iaitu Mandian Aura 7 bunga.

3. Dapat free grift dari seller iaitu lipstik dan mask muka.

4. Tengahari dapat minuman free.


Kak Feni mula percaya yang rezeki itu bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Banyak bentuk rezeki yang Allah bagi tapi kita yang kurang bersyukur.

Cuba kita bayangkan hari ni, kita sakit. Rezeki kesihatan itu Allah tarik sementara supaya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang DIA bagi. Allah dah janji, kalau kita buat apa yang DIA suka, inshaAllah DIA pun takkan susah nak bagi apa yang kita nak.

Hati pun jadi tenang dan bahagia bila kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Diberikan peluang untuk menikmati udara dan hidup untuk hari ni dengan penuh bahagia pun adalah rezeki yang tidak ternilai. 

Kunci kehidupan yang bahagia adalah sentiasa bersyukur. Cara bersyukur itu ialah dengan mengamalkan amar maaruf nahi mungkar. Buat apa yang Allah suruh dan jauhi apa yang Allah larang.