Tuesday, May 22, 2018

KARI KEPALA IKAN JALAN LUMUT

Bulan puasa ni memang seronok sangat kalau bercerita pasal makan kan. Sebab apa sebab teruja tak sabar nak tunggu waktu berbuka. Macam kanak-kanak ribena pulak kan.

Ceritanya begini, semalam sahabat sebelah tempat duduk Feni ni dapat wasap dari sahabatnya untuk meminta tolong. Minta tolong belikan kari kepala ikan di Jalan Lumut. Tempatnya berdekatan dengan pejabat kami. Beliau bekerja di KLCC jadi agak jauh nak sampai ke kawasan kami.

Permintaan itu disampaikan oleh Kak Diana kawan Feni. Semalam lagi dah cakap nak pergi beli. Jadi hari ini waktu rehat kami berdua keluar ke Restoran Ahamed di Jalan Lumut. Tak pernah lagi kami sampai ke kawasan ni, hari ni kami sampai. 

Kawasan sini agak sunyi mungkin bulan puasa kot. Perjalanan kami dalam 10 minit je dari pejabat. Kami jalan kaki je. Sambil jalan sambil berborak tak terasa macam jauh. Pusing-pusing sekitar baru nampak kedai Ahamed ni. 

Bagi Feni agak bahaya kalau jalan seorang diri di kawasan ni sebab nampak macam sunyi. Kalau beramai-ramai mungkin okey. Apapun kena hati-hati.

Masuk ke dalam kedai, kami nampak keadaan restoran agak lengang tak ramai orang. Mungkin menghormati bulan puasa kan. Jadi kami pun membuat pesanan. Tanya tentang harga kari kepala ikan. Dia cakap RM60 ada, yang besar sikit RM70. Jadi kami pilih untuk order yang besar iaitu RM70.

Di sini, bila kita order baru dia masakkan. Bukan macam sesetengah kedai mamak yang dah masak siap-siap tunggu cedok je. Jadi kami terpaksalah menunggu tukang masak memasak. Kami menunggu dalam setengah jam untuk dia siap masak. 


Taraaaa inilah rupa kari kepala ikan yang berharga RM70 ni. Haha sekali sekala boleh lah kan. Ummi tak gaji lagi nakkk. Kalau tak ummi pun order sekali untuk anak-anak. Bau dia menumis nak masak kari ni memang menggoda betul. Perut pun berdondang sayang. Nasib baik bulan puasa kan. Iman kena kuat. Hihi

Dalam banyak-banyak kari kepala ikan di Kuala Lumpur ni. Di sini yang dia nak mungkin ada keistimewaannya. InshaAllah ada rezeki, kami pula yang cuba sendiri. Hari ni kami beli untuk orang lain dulu.




Monday, May 7, 2018

ESOK BALIK KAMPUNG LAGI


Esok kami akan bertolak pulang ke kampung pada sebelah malam kerana suamiku masih bekerja di siang hari. Jadi selepas dia pulang kerja malam esok baru kami bertolak pulang.

Bos kami bagi cuti sempena PRU ni, bolehlah ummi bersiap-siap awal utnuk pulang ke kampung. Teringat minggu sudah masal balik kampung. Dah nak dekat pukul 12 malam baru gerak. Punyalah stress suami mak jemah sebab jalan jem dan kena siapkan kerja. Maklumlah nak cuti lama kan jadi kenalah siapkan kerja dulu.

Baju-baju pun pakai ambik dan sumbat-sumbat je dalam beg. Masa tu Abang Aus je yang tinggal. Adik dah selamat ikut angah dia balik dulu. Abang Aus pulak masa tulah dia nak suruh ummi bacakan buku cerita. Adeii ummi ni nak cakap pun dah tak larat.

Sebenarnya dia nak perhatian tu yang dia buat macam-macam. Adik pulak tak de. Selalunya dia main je dengan adik dia. Ni adik gerak balik dulu. Siap-siap baju untuk 4 hari pakai sumbat-sumbat je sebab takut lambat. Esok dah kenduri. Kotak goodies ada dengan kami sebab kereta kami besar. Jadi kami lah yang bawa balik. Kena sampai awal jugak sebab majlis akan bermula pukul 10 pagi. Majlis marhaban.

Malam tu jalan agak jam sebab mungkin ramai orang balik kampung nak sambut puasa. Angah sampai kampung dah pukul 3.30 pagi. Kami pun sampai lambat dalam pukul 5.30 pagi. Mata sangatlah mengantuk. Tak teman pun abah bawak kereta sebab penat sangat. Selalu tahan jugak mata, kali ni memang tak boleh.

Harap perjalanan balik kampung esok dipermudahkan. Janganlah jam sangat-sangat. Kami nak balik mengundi ni. Ummi rasa kena spare makanan siap-siap takut lapar. Anak-anak mungkin akan tidur je sebab balik malam kan. Best jalan malam sebab sejuk. Kalau siang panas dan mengantuk. Malam pun mengantuk juga tapi agak sejuk dan tenang. Tengok perjalanan kalau ramai yang balik malam esok maknanya jam lah.

Okey nanti kita sambung story lagi.