Thursday, April 26, 2018

Balik Kerja Naik Lori

Semalam balik kerja dengan lori yang abah dok bawak hari-hari. Hampir 7 tahun dah abah dok bawak lori tu. Dari takde ekon kepada ada.

Sebab apa abah kena bawak lori balik semalam ? Sebab nak angkut barang adik dia nak pindah. Baru dapat rumah sewa di area Langat jugak. Alhamdulillah mungkin doa mak jugak dipermudahkan segala urusan. Bukan apa, sorang duduk sini sorang duduk di kampung. Anak dah ada seorang. 

Bila dah duduk sekali ni pandai-pandailah suami isteri nak hidup kan. Bila lagi nak belajar berdikari. Dah jadi ibu bapa kan. 

Macam kami dulu jugak lah. 4 tahun aku duduk dengan mertua. Hari ni alhamdulillah dah hampir 3 tahun duduk sendiri. Walaupun masih menyewa tapi alhamdulillah rezeki anak-anak tetap ada. Tak mewah mana tapi kami perlahan-lahan bina keluarga.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kadang-kadang pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan jadi aku dah biasa hidup susah. Tapi hari ini alhamdulillah Allah bagi nikmat berganda-ganda. Terima kasih ya Allah.

Dapat suami yang baik. Anak-anak yang bijak dan juga pandai hormat orang tua. Sungguh aku bersyukur dengan nikmat ini. Kehidupan anak-anak aku yang jauh lebih mudah berbanding aku dulu. 

Setakat balik naik lori apa ada hal ? Orang lain susah lagi dari kita. Nak cakap pasal demand tak demand memang mengada-ngada lah. Beryukur dengan nikmat Allah bagi. Allah bagi lebih lagi. Nikmat kasih sayang, nikmat kesihatan, nikmat dapat makan dan banyak lagi kalau nak hitung.


Nahhh belanja satu gambarr masa tengah jem semalam. Kami ikut jalan Ampang. Ikut look view tu. Jadi masa lebih singkat berbanding lalu jalan Leasure Mall. Naik lori weh, tak sanggup kalau hari-hari nak redah jem nak pergi balik kerja.

Bila fikir-fikir macam ni lah laki aku dok hadap. Huhu kesian kat lakiku. Nak cari rezeki untuk anak dan isteri kena hadap jugak lah. Dengar cerita dapat naik pangkat tapi tak nak sebab takut tak ejoy dengan kerja baru. Adeiii apa nak buat ? Kita takleh nak paksa orang kannnnn.

Apapun nak ucapkan terima kasih dekat abah sebab selalu buat yang terbaik untuk anak-anak dan isteri. Kami semua sayang abah selalu.

Friday, April 20, 2018

TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG

Wahhh 2 kali kena balik kampung sebab 28 haribulan 4 ni ada kenduri akikah anak buah Iman namanya. Sembelih kambing, jadi kami kena balik. Kalau tak balik teramatlah rugi sebab bila lagi nak buat rewang walaupun nak masak sejenis lauk saja. 9 hb Mei ni nak balik lagi sebab nak buang undi dalam tong undi.

Balik kampung kali ni harapnya berjalan dengan lancar dan best lah. Nak lepak lama sikit di kampung. Suami aku dah tak sabar nak balik sebab dia wakil rakyat semua orang kenal. Hahaha. Rindu weh kampung. Tempat aku bersekolah. Setiap kali lalu depan sekolah mesti cerita kat anak-anak ni lah sekolah ummi.

Tahun terakhir sekolah ialah 2005 Tingkatan 6 Atas. Aku budak STPM dan sambung kolej tapi tak habis belajar sebab taknak tambah hutang. Orang susah siapa nak tolong weh. Nak apa-apa kena usaha sendiri. Sekarang alhamdulillah hidup pun lebih baik dari dulu. Kerja siang malam pun tak kaya-kaya sebab aku jauh dengan tuhan.

Hati selalu tak tenang walaupun banyak duit. Kerja dari pagi sampai malam tapi hati kosong. Sekarang ni bila dah kahwin dan beranak pinak ni. Perlahan-lahan Allah bagi hidayah. Kalau dulu pakaianpun ikut dan je. Tudung kepala pun kadang-kadang tak pakai, sekarang alhamdulillah semakin hari semakin segan dengan diri sendiri. Terima kasih Ya Allah dengan nikmat ini. 

Berhijrah orang kata membuka peluang untuk kita berubah. Berjauhan dari adik-beradik dan kelaurga mengajar aku erti kesabaran. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh sebab nanti siapa nak tolong kita (haha). Sabar itu lebih baik sebenarnya.

Bila nak balik kampung ni mula lah teringat zaman budak-budak hingusan dulu. Main tak ingat dunia. Tahu nak enjoy saja. Siang malam nak enjoy. Aku ni nak belajar kena kerja dulu. Kerja jual tiket bas di bus stand. Balik sekolah terus ke kaunter jual tiket bas. Haha dah 6 tahun kaunter tiket bas Transnasional diambil alih orang lain. Habis tender orang kata.

Kalau tak habis tender mungkin sampai hari ni, Kak Ani dok jual tiket bas lagi. Sekarang Kak Ani pun dah jadi tauke Restoran Dapur Rumbia. Senang banyak dah dari dulu. Hahaha alhamdulillah, orang kata susah-susah dulu senang kemudian.


Wednesday, April 18, 2018

Jom Pos Surat !

Aktiviti hari ini ialah pos surat kepada semua buyer yang masih ada bil tertunggak. Setelah sebulan buat surat. Tiap-tiap hari meeting dan berbincang tentang template surat. Macam nak pecah kepala. Yang tak pernah masuk meeting pun kena panggil masuk meeting. Budak-budak Kota Bharu pun kena panggil naik ke Kuala Lumpur.

Seminggu dok ulang-ulang berbincang pasal benda yang sama. Berpuluh-puluh rim paper habis buat printing. Buat template dan ubah itu ini. Kadang-kadang balik rumah dah penat sampai makan pun tak lalu.

Rasa nak baring jer bila penat sangat. Hari ni rasa lega sikit bila separuh dari surat dah berjaya masuk ke dalam tong pos.








Sempat berselfie sementara sorting surat-surat ni. Mana tahu esok-esok dah kaya tak kerja dah dekat CSSB (ewah). Harap-harap lepas ni dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang berkat untuk aku dan semua orang. Mana tahu bos nak bagi bonus berbulan-bulan kat kami bolehla buat modal buka bisnes. 

Sekarang ni kerja dengan orang dulu. Kumpul pengalaman. Belajar menjadi kuli sebelum menjadi bos kepada kuli.

Macam nak pilihanraya dah padahal nak pos surat je pun. Kesian kat Pakcik Majid terkena tempias. Kena tolong tampal setem. Terima kasih banyak la Pak Cik.

Ada sikit lagi yang belum selesai sebab bila disemak ada kesalahan terhadap pengiraan dan perlu ditandatangan oleh bos kami. Jadi terpaksa hold dulu sampai esok. Esok baru bos masuk.

Penat weiiii tapi inilah kerja kami. Nak merungut lebih-lebih pun tak boleh sebab inilah kerja kami. Kerja untuk dapat gaji dan gaji itulah yang kami gunakan untuk buat itu ini. Nak rezeki berkat kena buat kerja dengan ikhlas. Walaupun kadang-kadang kerja yang kita buat tu memang tak best dan tak kena dengan jiwa kita. Kalau kita ikhlas inshaAllah semua benda akan dipermudahkan. 

Alhamdulillah untuk hari ni. Berlalu dengan jayanya. Chill !



Tuesday, April 17, 2018

Perjalanan Seribu Batu Dimulakan Dengan Langkah Pertama

Bestnya bila kita tengok orang yang dah berjaya tu kan. Mesti dalam hati terdetik "bestnya jadi dia". Kadang-kadang kita ni selalu lupa dengan nikmat yang berada di sekeliling kita. Kita tak sedar Allah dah bagi nikmat yang banyak sangat untuk kita.

Asyik nampak orang yang lebih sedangkan kita pun punyai kelebihan yang Allah bagi. Bersyukur dengan nikmat Allah bagi.


Sebenarnya bila kita belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kepada kita setiap hari. Kita akan berasa amat bertuah kerana diberikan peluang dan waktu untuk menikmati hari-hari yang lebih bahagia. Walaupun ada yang suram namun yakinlah bahawa pasti akan ada sinar bahagia di kemudian hari. Ujian Allah bukan untuk memudaratkan kita tapi untuk kebaikan kita.

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Kalau kita tak mulakan dulu macam mana nak sampai ke langkah yang ke seribu ye tak ? 

Mulakan dengan apa yang ada. Try and adjust orang kata. Jangan mudah putus asa dengan hidup ini. Semua ini adalah dugaan untuk kita. Kalau tak berjaya dengan cara ni kita cuba dengan cara lain. InshaAllah mesti akan ada jalan.



Monday, April 16, 2018

Aktiviti Saya Yang Padat

Padat sungguh aktiviti sejak minggu lepas. Rasa macam nak pitam pun ada. Meeting hari-hari. Hari minggu pulak dengan kerja rumah. Rasa macam tak berdaya.

Semalam basuh baju tak sempat sidai pun. Biar jelah dalam washing machine tu. Balik ni kalau tak hapak boleh sidai. Kalau hapak terpaksalah basuh balik. Membazir sabun dan juga softener. Dahlah barang sekarang ni mahal.

Aktiviti tak berhenti sejak balik dari Teluk Batik 2 minggu lepas. Aktiviti full. Hujung minggu pun ada saja agenda. Ummi okey la jugak sebab hari Sabtu dah mula cuti. Abah hari Ahad je yang cuti. Anak-anak pulak nak dengan dia. Nak tidur pun asyik kena kacau dengan anak-anak.

Semalam masa nak rehat pun sekejap je sebab nak kena pergi ke NSK untuk beli barang-barang nak masukkan dalam goodies masa kenduri 28/04/2018 nanti. Maknanya kami akan pulang ke kampung. Tak boleh nak ambil cuti banyak sangat dah tahun ni sebab banyak nak guna cuti.

Nampak gayanya tahun ni kena banyak balik kampung. Minggu depan balik kemudian bulan 5 ni balik lagi sebab nak mengundi. Tarikh mengundi tahun ni jatuh pada 09/05/2018 hari Rabu. Jadi rasanya kena balik hari jelah jawabnya.


Tuesday, April 10, 2018

HARGA IKAN BILIS MATA BIRU

Kalau ke Lumut atau Pulau Pangkor mesti tidak ketinggalan untuk membeli buah tangan atau bekalan sebelum pulang ke lubuk rezeki masing-masing. Macam kami yang diberikan rezeki untuk berkunjung ke Teluk Batik sebagai destinasi bercuti dan sempat pergi ke Lumut sebelum bertolak pulang ke rumah.


Kami satu keluarga pergi ke Lumut untuk membeli sedikit ikan bilis mata biru yang memang terkenal sebagai ikan bilis yang dikategorikan sebagai terbaik dan segar. Kalau nak dibandingkan dengan ikan bilis yang dijual di pasar. Memang ikan bilis mata biru dari Pangkor adalah yang terbaik. Jadi jangan hairan dengan harganya yang boleh mencecah RM7.50 hingga RM8.00 untuk 100gram. Jadi sekilo dapat dalam RM65.00 - RM80.00 bergantung pada gred ikan bilis.

Nak beli banyak-banyak tak boleh sebab bajet untuk bercuti dah lari sebab kena bayar lebih untuk tukar tempat penginapan. Harga chalet perlu ditambah kerana bertukar tempat. Tidak seperti yang dirancang.

Harga ikan bilis meningkat dari masa ke semasa mengikut harga pasaran. Kalau dulu dapat beli ikan bilis mata biru ni dengan harga RM4.80 untuk 100 gram. Sekilo RM48.00. Kalau beli banyak kilo baru dapat diskaun. Sekarang nak dapat harga macam tu memang tak boleh la. Kos pengangkutan dari Pangkor ke Lumut pun menggunakan perkidmatan bot. Jadi harga pun meningkat ikut harga pasaran.

Nak beli di Lumut boleh. Pandai-pandai pilih kedai dan kalau ada masa lebih boleh survey dari kedai ke kedai. Ada rezeki dapat ikan bilis yang harganya lebih murah selepas tawar menawar. Ringan-ringankan mulut untuk bertanya dan tawar menawar. Kalau tak, kita yang rugi. Yang penting kita senyum supaya orang nak bagi diskaun pun senang hati.

Lepas ni, kalau ada rezeki kami lagi untuk pergi Lumut atau Pangkor nak borong ikan bilis mata biru banyak-banyak. Ikan bilis yang segar dan baru.



Tuesday, April 3, 2018

PILIHLAH KAWAN YANG BOLEH MEMBIMBING KITA KE JALAN ALLAH

Sungguh aku tidak punyai ramai kawan yang dianggap BFF. Lebih senang macam ni. Berkawan dengan yang sudi nak berkawan.

Sekarang bukan zaman kanak-kanak atau zaman remaja lagi nak sentap-sentap dengan orang sekeliling. Lebih fokus untuk membesarkan dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna untuk agama dan bangsa. 

Alhamdulillah diberikan nikmat oleh Allah untuk teruskan kehidupan ini sehingga hari ini. Banyak suka dan duka dilalui. Kebanyakan pengalaman ini menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan.

Berpesan-pesan sesama insan untuk menjadi insan yang lebih baik. Banyak juga kawan-kawan yang negatif, aku jauhkan sebab aku taknak aura negatif itu singgah pada aku. Bukan apa, kita ni dalam menuju ke arah kebaikan memang banyak sangat dugaan. Nak istiqamah ke arah jalan yang baik tu bukan senang. 

Nak mulakan tu rasa sangat susah sangat. Bila dah buat dan nak terus konsisten pun susah. 

Tahu tak bukan senang nak bangkit untuk melawan seorang diri. Bukan senang nak dapat apa yang kita mahukan kalau tanpa sokongan orang sekeliling kita. Kadang-kadang luaran je nampak cool tapi dalaman hanya kita saja yang tahu.

Takkan kita nak cerita semua benda dekat orang. Ada benda boleh share dan ada benda kita tak boleh share. Satu perkara tentang sahabat ialah saat kita susah, dia akan selalu ada bersama kita bukan lupakan kita terus macam tu. Kita pun nak dapat sahabat yang baik seperti yang kita harapkan. Kita yang perlu mulakan dulu.

Dunia ini sentiasa berputar dan sampai masa kita akan kembali juga kepada Allah bila sampai masanya. Kadang-kadang Allah bagi nikmat sebab nak tengok kita ni bersyukur ke tidak. Sebab tu penting ada kawan yang boleh mengingatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah.

Bila dah berumur ni agak sensitif dengan kehidupan. Allah suruh kita beringat tentang kematian. Kematian yang kita tak tahu bila masanya. Beruntung bagi mereka yang sudah tahu bila malaikat maut nak jemput dia. Kita ni asyik lagra dengan urusan dunia. Allahuakbar, ampunkan aku tuhan.

Sungguh banyak lagi yang belum selesai.