Friday, September 30, 2016

JURNAL KESYUKURAN SAFENI FENI


Tadaaa siap satu cover buku untuk jurnal kesyukuran Feni. Maklumlah selalu lost control. Selalu tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Harap-harap dengan adanya buku jurnal kesyukuran ni dapat membantu muhasabah diri. 

Manusia memang selalu lupa dan leka dengan keseronokan dunia. Aku seorang darinya. Jadi untuk terus istiqamah dalam memperbetulkan diri. Cuba buat ini sendiri. Bukan senang nak jadi baik tapi sekurang-kurangnya ada semangat nak cuba. 

InshaAllah Allah pasti tolong. Yang penting teruskan usaha untuk jadi lebih baik dan baik. Bukan senang dan senang tapi kalau tak cuba tak jadi kan. 

Tulis yang baik-baik, buat yang baik-baik inshaAllah semuanya baik-baik saja.



Thursday, September 29, 2016

Stronger



Kawan datang dan pergi. Macam angin lalu. Mengapa kita perlu melukakan hati sendiri bila ada yang berlalunya satu persatu pergi meninggalkan kita. Jangan bersedih terlalu lama dengan kesedihan yang sementara. Bangkitlah. Allah kan ada. 

Merayu dan menangislah memohon kepada Allah. Allah hantar ujian ini tandanya dia sayang sangat dengan hambanya. Kenapa Allah bagi ujian ? Supaya kita tidak leka dan melupakannya. Supaya kita sentiasa ingat bahawa semua yang ada kat atas muka bumi dan semesta alam ini milik Dia. 

Jangan ketika susah saja kita ingat Allah. Ketika senang pun ketika kena ingat Allah sebab Allah kan maha Menguasai Segala Sesuatu.

Kenapa aku perlu bersedih berduka lara berpanjangan ?

Masih ada yang masih setia bersama aku. Keluarga adalah pembakar semangat untuk aku terus kuat dan berdiri. Mengapa aku harus berhenti dan biarkan semua cita-cita dan impian aku hancur hanya dengan sedikit kesusahan. Bukankah sudah banyak benda yang telah aku buat dan belajar. Kenapa aku tak boleh kekalkan momentum itu ?

Kenapa aku perlu melayan emosi dan berduka lara ? Kenapa ?

Perbetulkan niat dan teruslah berjalan. Jangan mudah putus asa. Ingat kata-kata keramat ini. Allah yang menggerakkan hati-hati manusia. Tugas kita memohon dan berdoa. Buat buat buat buat. Jangan putus asa. Jangan mengalah di saat orang lain mengalah. Bangkitlah den kejarlah cita-cita itu. Kerana ianya percuma. Mintalah kepada Allah. Allah kan maha kaya.

Jangan mintak sikit-sikit. Mintak banyak. Tak ada diskaun dalam doa. Kita dan buat, usaha, doa dan kita tawakal saja. InshaAllah rezeki akan datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Kita penat usaha tapi kita lupa dengan pemilik rezeki tiada guna. Kosisten dengan amalan rohani sebagai makanan jiwa. InshaAllah kita takkan takut dengan sebarang dugaan dan ujian.



Wednesday, September 28, 2016

Bersama BestFriend Plaza Permata


Wah wah wah dah seminggu tak jumpa walaupun kerja satu level. Hari ni curi masa dapat jumpa sekejap pun jadilah. Misi sekarang nak kuruskan badan. Kehkehkeh.

Macam mana nak kuruskan badan ? Cuba diet secara sihat. Kurangkan makanan yang berlemak-lemak dan amalkan bersenam.

Hari ni hanya makan sekali je. Kalau sebelum ni makan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Semuanya berat-berat macam nasi goreng, mee goreng, atau bihun goreng. 

Nak kurus punya pasal dan nak jaga kesihatan juga sebenarnya. Penting sebenarnya amalkan gaya hidup yang sihat ni. Bila badan sihat otak pun cergas.

Okaylah. Next kita sambung story lagi.

Mengopi Mengeteh Di HQ Office












Sesi mengopi mengeteh kali ni bukan untuk suka-suka. Perbincangan bersama bos dan staff untuk mengutip collection sebanyak RM2.7 Juta. Ohohoiii. bukan main ya ?

Cabaran kali ni bos sertakan dengan benefit kalau capai target. Benefitnya hanya kami saja yang tahu. Rahsia la sikit baru suspen. kehkehkeh.




Friday, September 23, 2016

Lagu Teratai oleh Ramli Sarip


Petang-petang cenggini layan lagu Ramli Sarip. Haha. 

Hilangkan stress. Sekali sekala layan rock apa salahnye. Jangan sampai melekakan diri. Apapun ingat Allah ok ?

Thursday, September 22, 2016

Betulkah FB Kena Tukar Nama Sebenar ?

Kecoh semenjak dua menjak ni pasal FB kena tukar nama sebenarnya. Tak kisahla nokkk. Selagi tak dapat notification pasal akaun kene delete. Mak teruskan saja dengan nama ni.

Kalau kene delete buat akaun baru. Apa susah. Ye dok ? Hihi.

FB untuk cari duit sampingan. Buat macam-macam bisnes. Try and error. Mula-mula cuba dengan dropship dulu. Biarlah untung sikit-sikit pun asalkan ada duit masuk. InshaAllah ada  jer rezeki. Yang penting mahu berusaha.

Kalau ikutkan nafsu memang rasa nak buat sesuatu tu macam nak buat besar-besar. Biar nampak gah dan grand-grand orang kata. Tapi risikonya sendiri mau ingat la. So, kalau  rasa macam kubis nubis baiklah belajar dulu. Biar ada ilmu di dada. 

Perbetulkan niat. Orang kata kita buat bisnes sebab nak kaya. Lantaklah apa pun orang nak kata. Yang tanggungnya kita. Selagi kita tak menyusahkan orang. Kita usaha sampai berjaya. InshaAllah Allah sentiasa mengikut sangkaan hambanya.

Berbalik kembali pada FB nak tukar nama sebenar. Selagi kita tak dapat notis saya rasa takda masalah kot. Abam Mark  ni tengah cek akaun manusia ke akaun palsu kot. Maklumlah banyak sangat penipuan yang boleh berlaku sekarang ni.

FB kan salah satu punca duit. Jadi macam-macam la. Nak suruh kita buat FBAds la kot.

So. Pandai-pandai la kita ya.

Tuesday, September 20, 2016

LAYAN LAGU BALDU BIRU


Belajar ilmu baru. Masukkan video dalam blog. Hihi. Berjaya.

Tahniah untuk diri sendiri.

Cara belajar. Encik google kan ado ? Free je. Bak kata kawan aku kat mana ada highway disitu ada jalan. kihkihkih.

Selamat menggoogle !

Adik Abang


Terapi minda bila balik rumah tengok anak-anak bersuka ria. Naik motor bromm sana bromm sini. Dengan kaki-kaki kita dia gilis dengan kereta motor dia.

Bila bawak transpot dia tu tak ingat dunia. Laju jer. Terbaru buat projek selut dengan menggunakan bedak. Maklumlah bedak banyak orang bagi hadiah tak guna sangat sebab terpengaruh dengan FB kata bedak talkum tak baik untuk kesihatan anak-anak.

Bila dah tak guna diorang pun buat projek selut. Tabur habis atas lantai. Sapu dengan tangan pastu bawak kereta motor atas bedak. Konon-konon 4x4 masuk hutan. Haha ko hado ?

Nak marah pun tak guna. Last-last kita yang mengalah sendiri. Haha layan sajalah kan ?

Biarlah mereka membesar sebagai seorang kanak-kanak. Ada masa je bagi tengok gajet. Kadang-kadang sedih jugak bila anak asyik mengadap henpon. 

Semoga adik dan abang menjadi anak-anak yang soleh untuk ummi dan abah. Untuk kami semua. Ummi sayang anak-anak ummi.

Ummi dan abah hanya menumpang rezekimu anak. Terima kasih untuk segalanya.

Thursday, September 15, 2016

Siapa Saya Tanpa Mereka


Cinta hati saya sampai syurga. InshaAllah.


Abang Aus


Adik Rayyan

Kebahagiaan keluarga adalah satu nikmat untuk saya. Berkorban apa saja. Bersungguh-sungguh mengejar cita-cita untuk membahagiakan semuanya.

Hari ini saya belajar menjadi seorang isteri yang solehah. Seorang ummi yang misali untuk anak-anak. Menjadi anak dan menantu yang baik untuk ibu bapa. Alhamdulillah nikmat itu sungguh bermakna.

Terima kasih ya Allah kerana nikmatmu yang tidak terhingga. Semoga kami kekal bahagia sampai syurga.

Ummi sayang family ummi.


Tuesday, September 13, 2016

Hari Raya Aidil Adha 2016


Gambar ini diambil berlatar belakangkan dengan lombong lama di belakang rumah seseorang. Alhamdulillah berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah.

Rezeki bila sahabat suami yang kami anggap macam abang dalam family MAOC menjemput kami untuk melawat bayi baru lahir di rumah adiknya di Taman Pinggiran Delima, Hulu Langat, Selangor. Tak jauh pun dari rumah kami. 

Mula-mula sampai rumah orang ni sangat teruja dan pelik. Ku sangkakan kedai makan berlatar belakang tasik rupanya rumah orang. Sungguh unik dan cantik. 

Ketika gambar di atas di postkan di FB dengan caption "Selamat Hari Raya Aidil Adha Dari Kami Sekeluarga From Tasik Kenyir ''
Ramai yang terpedaya dan menyangkakan ianya betul. Tiada niat nak menipu tapi itulah memang cantik dan nampak macam berada di Tasik Kenyir betul kan ? Hihi



Abang Aus menikmati bihun sup sementara menunggu abah pulang dari surau. Hari yang sungguh sibuk untuk abah sebab tahun ni ada 14 ekor lembu yang dikorbankan oleh penduduk. Alhamdulillah murah rezeki semua orang. 


Adik Rayyan bangun awal sebab nak pergi raya umah opah. Jadi mata mengantuk mengamuk nak tidur. Dapat masuk buai tidur dengan lena. Hari pulak mendung dan hujan renyai-renyai raya kali ni. Sejuk dan nikmat bila boleh tidur dalam buai.

Ya Allah, terima kasih dengan nikmat yang berikan kepadaku. Alhamdulillah syukur diberikan sebuah keluarga kecil yang bahagia ini. Semoga bahagia ini berkekalan hingga ke syurga. 

Alhamdulillah 
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Ummi sayang keluarga ummi sampai syurga. Walaupun kita tak kaya tapi Allah sentiasa mencukupkan apa yang kita perlukan. Masih hidup, masih bernafas, masih sihat, masih mampu untuk bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Alhamdulillah.

Friday, September 2, 2016

Program Niaga Air Telah Dibatalkan

Aduh tak tahu nak kabo macam mana. Mujur tak pergi shopping barang niaga lagi. Kalau tak aku nangis tepi bucu meja. Huhuhu.

Planning ahad ni nak berniaga air secara kecil-kecilan kat sebuah event dekat area sini la. Tapi tup-tup En. Hubby kata tak boleh berniaga sebab terlalu ramai manusia yang nak berniaga. Ok fine. Nasib tak beli barang lagi. Kalau dah beli ofkos la bersuka ria anak-anak aku membelasah segala yang di shopping untuk event tu. Haha

So tak payah pening-pening. Lapang fikiran. Hari event tu kita satu family pakat yuya-yuya jelah enjoy that day. Haha. So modal nak berniaga aku simpan tepi. Mana tau nak guna untuk buat apa-apa. Maybe ada hikmahnya. Just think positif la walaupun tak berapa nak positif kan. Kekeke

Okla. Rasa macam nak pergi shopping tudung la kat member. Next time kita jumpa lagi ya. Dada didi dudu.

Thursday, September 1, 2016

Pengalaman Pertama Dapat Jual Collagen Powder

Selamat Hari Merdeka !

Semalam kita selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 59. Alhamdulillah masih berpijak dibumi bertuah ini.

30 haribulan ambil cuti sebab nak join konvoi MAOC ronda Putrajaya sempena Merdeka. Malam ni alhamdulillah ada order Collagen Powder. Sebelum ni tak pernah jual pun. Tapi bila kita selalu share pasal produk Shaklee, akan ada je orang yang akan pm bertanya. 

Akak ni kata dia nak try collagen sebab kawan dia kata kulit jadi putih dan gebu gebas. Alhamdulillah Feni pon dah selamat hantar kat dia.

Collagen Powder ni sangat bagus untuk semua orang terutamanya wanita. Mengatasi masalah pigmentasi dan mengurangkan jeragat. Kalau macam ada tompok-tompok hitam di kulit. Collagen Powder boleh bantu. Tapi kena amalkan dengan konsisten la.

Tunggu lagi 2 minggu kita tengok feedback dari akak tu ya.