Friday, April 28, 2017

Sakitnya Tuh Di Sini

Kepala ni asyik sakitnya dari semalam. Macam-macam ubat dah telan. Hari ni macam kalah je dengan sakit ni terpaksa juga telan panadol sebiji. Selang 3 jam sakit datang lagi. Buka laci tengok ada ubat tahan sakit. Telan pulak sebiji ubat tahan sakit. Tak tahulah kenapa hari ni.

Maybe hormon tak betul ni. Makan macam-macam sampai tak ingat dunia. Ni lah akibatnya.

Kalau jaga makan mesti tak jadi macam ni. Ni kes nak datang bulan la nih. Bulan lepas lancar je. Bulan ni banyak sangat kerja sampai stress. Ermm kalau nak kira pasal stress sampai bila-bila pun ada stress.

Mungkin agak banyak sikit kot stress bulan ni. Hahaha. Sabar jela.


Lepas rehat nak tido jap pasni. Rasa macam teruk bebenor nih. Huhuhu

Saturday, April 22, 2017

Misi Belum Berjaya

Bulan ni target nak tulis blog 50 entry untuk blog buat duit Blog Safeni Feni, So far sampai takat ni dah 27 entry dah siap. Lagi 23 entry nak tulis. Planning dah ada cuma masa je yang tak boleh buat lagi. Tinggal 8 hari hari ni.

Bermakna dalam sehari kena update minimum 3 entry untuk cukupkan 50. Semoga Mak Jemah kuat dan banyak idea nak tulis.

Kena korbankan masa tidur la lepas ni. Takde masa nak relaks2 la pas ni. Time rehat pun kene pulun tulis blog.

Setakat ni dah banyak orang datang ke blog Mak Jemah. Syukur sangat sebab memang buat blog tu untuk cari customer.

Rasa lebih tersusun dan best jer bila boleh share di blog.

Wednesday, April 19, 2017

My Handsome Boys - Tak Pernah Tak Sayang


Bila rindu ku tatap gambarmu anak-anakku. Rindu seorang ummi yang tiada tandingannya. Namun demi tugas untuk mencari rezeki membesarkan kamu berdua ummi terpaksa tinggalkan kamu untuk sementara waktu.

Terasa jam begitu lambat sementara menunggu waktu pulang dari kerja. Hanya doa ummi kirimkan supaya kamu sentiasa sihat, selamat, bahagia dan ceria.

Beruntung kamu wahai anak kerana masih punya Opah yang sudi menjaga kamu ketika ummi kerja. Bersyukurlah dengan dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. 

Ummi sayang Abang Aus dan Adik Rayyan sampai syurga.

Thursday, April 6, 2017

Kesayangan Ummi Sampai Syurga


Hari ni belek-belek gambar lama terjumpa la gambar ni. Abang Aus kecik lagi masa ni. Sekarang kasut tu dah tak muat. Membesar dengan jayanya.

Adik pun dah boleh pakai kasut Abang Aus. Gambar ni diambil masa main bowling di IOI Mall.

Rindunya kat Abang Aus masa ni. Abang Aus akan sentiasa comel dan manja untuk ummi. Ummi sayang Abang Aus. Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi Abang Aus tetap menjadi penawar dalam hidup ummi.

Ummi sayang semua anak-anak ummi. Bila ummi cakap ummi sayang abang. Adik pun "sayang adik". Mestilah ummi sayang semua anak-anak ummi. Melahirkan dan membesarkan kamu berdua adalah perkara yang terindah dalam hidup ini.

Setiap hari ummi berdoa agar Allah sentiasa melindungi anak-anak ummi. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kita orang susah dan perlu berusaha kuat untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Tiada siapa boleh tolong diri kita melainkan kita sendiri.

Setinggi mana pun kita berada jangan lupa diri. Sentiasa tunduk pada yang maha ESA. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Berdoalah memohon dan meminta pada yang ESA. Kerana Dia yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Semoga masih ada esok untuk kita terus bahagia.

Love, 

Ummi Abang Aus & Adik Rayyan


Monday, April 3, 2017

Misi 50 Entry Blog April 2017

Bulan ni target nak dapat sales 6 angka. InshaAllah jadi kena gandakan usaha dan amalan rohani. Paling penting ialah doa.

Perancangan bulan ni nak update entry sampai 50 entry untuk blog BLOG SAFENI FENI. Semoga diberi kekuatan dan semangat yang kental untuk menulis.

Orang kata kata gagal untuk merancang bermakna gagal lah untuk berjaya. Jadi bulan ni alhamdulillah 2 entry dah berjaya diupdate.

Syukur sangat-sangat. Ketagih nak menulis untuk modal masa depan dan di alam sana. Selagi diberikan waktu untuk terus memberi manfaat kepada orang lain.