Thursday, December 3, 2020

Dah Buat Panning Tahun 2021 ?


 

Sajalah kan nak share dengan korang pasal palnning ni. Tahun ni kan banyak benda yang tergendala. Kak Feni harap tahun depan yang baik-baik je datang untuk kita. 


Kak Feni dah pun print 2021 punya plannin chart ni. Kak Feni google je. Alhamdulillah print dan tulis benda-benda penting kat planner ni. Kak Feni dah pun siap tanda date birthday kami satu keluarga dan anniversary. Kak Feni akan update dari masa ke semasa.


Kadang-kadang kita ni selalu lupa. Dengan adanya planner ni boleh lah membantu kita merancang dengan lebih baik. Salah satu tips untuk berjaya adalah dengan merancang perancangan harian, mingguan, bulanan serta tahunan. Bahagilah ikut sesuai sendiri.


Alhamdulillah rasa mcam teratur sikit hidup ni bila kita dah start merancang. 


Bagi yang buat bisnes pula tak kisah la kecil ke besar ke. Kak Feni suka catat bila date gaji orang kerajaan sebab masa tu la kena upkan iklan. Orang tengah banyak duit kan ? Mana tahu rezeki terselit kat situ. Hehe


Penting ke tak penting planner ni ?

Tuesday, July 7, 2020

Journal Kesyukuran Kak Feni

Alhamdulillah

1. Sampai opis tepat 10.30 pagi. 
2. Mula tugas dengan lancar. 
3. Dapat makan free. Kak Noor belanja makan lontong. 
4. Setel urusan dengan lawyer berkenaan form14A purchaser. 
5. Balik kerja dan jemput Kak La. 
6. Sampai rumah dengan selamat. 
7. Bawa anak-anak beli kuih dan air di gerai.
8. Balik dapat makan petang dan makan malam. 
9. Dapat solat 5 waktu dengan sempurna. 
10. Seluruh family sihat walafiat. 
11. Dapat call mek Di kampung. Mek dan Abang Ngah sihat. 
12. Hari ni setel Bayar installment TV dan hp untuk bulan ni (gaji Jun 2020). Alhamdulillah. 
13. Dapat bayar duit minyak hitam kereta. Nanti dia cod. 
14. Ada duit masuk dalam akaun. 
15. Sahabat kak feni bayar hutang. 
16. Anak-anak baik-baik. 

Monday, January 20, 2020

TABAHLAH SELAGI ADA WAKTU





Ketika kita melihat kekurangan orang lain bersyukurlah kerana Allah tidak timpakan kita dengan kekurangan itu. Begitulah ketika rasa kita susah sangat. Masih ramai orang diluar sana yang rasa lebih susah dari kita.

Peringatan untuk diriku sendiri. Kalau tak mampu nak membantu jangan pula menyusahkan.

Allah bagi kita kudrat dan kekuatan supaya terus berusaha menjalani hidup ini dengan sabar dan tabah. Jangan meminta-minta selagi kita mampu untuk berusaha.

Jadilah orang yang sabar dalam setiap perkara. Ya hidup ini bukan mudah. Kalau kita mudahkan inshaAllah akan senang dan mudah jer hidup ini.

Selagi hidup selagi itu kita akan sentiasa diuji.

Miskin ujian.
Kaya ujian.
Sakit ujian.
Sihat juga ujian.

Semoga kita semua kuat dan tabah dalam menghadapi semua ujian ini.

Hidup ini bagaikan roda. Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah.

Hari ini kak Feni berjaya menyantuni seorang sahabat yang dalam kesusahan. Terasa dirinya tak berguna untuk teruskan hidup. Down sangat sampai tak tahu nak buat apa.

Macam tulah bisnes ni. Kadang-kadang kita ada sales sampai kita rasa tak cukup tangan nak handle. Ada masa kita rasa sendu sangat. Kosong sekosongnya.

Kak Feni pesan. Nikmatilah saat indah itu. Jangan rasa DOWN lama sangat. Bangkitlah untuk mencapai segala cita-cita yang pernah kau tulis dulu.

Allah akan bagi apabila kita dah bersedian dan mampu. Kuncinya SABAR dan terus terus berusaha.

Nikmat sabar itu indah. Dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan itu kita akan jumpa dengan pelbagai jalan cerita. Pahit, manis, suka, dan duka semua kita akan lalui.

Masa tu kita akan kenal siapa yang ada dengan kita ketika kita senang dan susah.

Sebab tu Kak Feni anggap hidup ini PERJUANGAN.

photo : Google