Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Monday, January 20, 2020

TABAHLAH SELAGI ADA WAKTU





Ketika kita melihat kekurangan orang lain bersyukurlah kerana Allah tidak timpakan kita dengan kekurangan itu. Begitulah ketika rasa kita susah sangat. Masih ramai orang diluar sana yang rasa lebih susah dari kita.

Peringatan untuk diriku sendiri. Kalau tak mampu nak membantu jangan pula menyusahkan.

Allah bagi kita kudrat dan kekuatan supaya terus berusaha menjalani hidup ini dengan sabar dan tabah. Jangan meminta-minta selagi kita mampu untuk berusaha.

Jadilah orang yang sabar dalam setiap perkara. Ya hidup ini bukan mudah. Kalau kita mudahkan inshaAllah akan senang dan mudah jer hidup ini.

Selagi hidup selagi itu kita akan sentiasa diuji.

Miskin ujian.
Kaya ujian.
Sakit ujian.
Sihat juga ujian.

Semoga kita semua kuat dan tabah dalam menghadapi semua ujian ini.

Hidup ini bagaikan roda. Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah.

Hari ini kak Feni berjaya menyantuni seorang sahabat yang dalam kesusahan. Terasa dirinya tak berguna untuk teruskan hidup. Down sangat sampai tak tahu nak buat apa.

Macam tulah bisnes ni. Kadang-kadang kita ada sales sampai kita rasa tak cukup tangan nak handle. Ada masa kita rasa sendu sangat. Kosong sekosongnya.

Kak Feni pesan. Nikmatilah saat indah itu. Jangan rasa DOWN lama sangat. Bangkitlah untuk mencapai segala cita-cita yang pernah kau tulis dulu.

Allah akan bagi apabila kita dah bersedian dan mampu. Kuncinya SABAR dan terus terus berusaha.

Nikmat sabar itu indah. Dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan itu kita akan jumpa dengan pelbagai jalan cerita. Pahit, manis, suka, dan duka semua kita akan lalui.

Masa tu kita akan kenal siapa yang ada dengan kita ketika kita senang dan susah.

Sebab tu Kak Feni anggap hidup ini PERJUANGAN.

photo : Google




Thursday, November 28, 2019

Selesai Batalkan Policy Insurance Sun Life

Alhamdulillah hari ni selesai batalkan policy Sunlife insurans. Terjebak bila dapat call. Serik dah lepas ni takkan ku jawab dah call dari mana-mana panggilan. Serabut kepala mikir. Nasib baik boleh berfikir secara waras. Dapat je policy terus buat surat dan email kepada pihak berkenaan.

Alhamdulillah lega. Semalam dapat SMS dari Sunlife suruh update nombor akaun.



Pagi ni dalam sibuk-sibuk pun sempat call. Nanti dia pulangkan balik duit yang dia tolak dalam akaun Kak Feni itu hari. Menyesal sungguhlah. Fikir-fikir rasa tak berbaloi dan tak mampu. Banyak lagi pilihan yang Kak Feni boleh ambil.

Biasalah agen insurans kalau ayat manis tu biasa. Maaflah. Mujur juga Kak Feni boleh mikir dengan waras. Boleh tulis surat pembatalan. Dia pun ada term & condition. Jadi jangan lambat-lambat. Kena buat dalam masa 15 hari. Terpulang pada kita.

Selesai satu bab dalam kepala ni. Masalah macam tertimpa-timpa tapi sabar. Otak ni asyik memikir jer jalan macam mana nak setel. Serahkan semua pada Allah. InshaAllah Allah bantu.

Haishhh lain kali kena hati-hati. Nak jawab call pun takut-takut je. Lepas ni memang takkan jawab call kalau nombor tak naik. Taknak sejarah berulang kembali.

Okey sekarang ni kita tunggu je duit yang kena debit hari tu masuk balik dalam akaun Kak Feni. Bukan tak penting insurans ni, tapi rasa tak mampu. RM1200 untuk setahun. Cover seorang je.  Memang nak survey pun pasal insurans ni.

Kebetulan hari tu pergi Maybank ada juga offer pasal takaful/insurans ni. Bulanan takde sampai RM100 pun tapi boleh cover semua ahli keluarga. Hurmm nasib baik boleh mikir.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Syukur ya Allah.


Tuesday, November 26, 2019

Jadilah Orang Yang Bahagia


Waa terasa lambat betul masa berlalu hari ni walaupun tersangat sibuk. Sibuk dengan urusan dunia. Jap jap tengok jam. Jap jap tengok jam.

Alhamdulillah dah pukul 5.30 jadi bolehlah update blog. Hihi.

Kak Feni paling suka bila dah pukul 5.30 petang sebab boleh fokus update blog. Ushar fb, update apa yang patut. Kadang-kadang terbabas juga tengok gosip mosip mak jemah di fb tu. ish ish ish bila nak insaf ni.

hari ni hari gaji jadi banyaklah noti wasap masuk. Bila gaji ramai lah yang suka shopping. Alhamdulillah Kak Feni pun ada lah juga yang nak beli dengan Kak Feni. Wasap nak order shaklee dan aura cinta. Rezeki tak pernah salah alamat untuk orang yang berusaha.

Down dalam bisnes itu biasa. Tapi kita jangan lemau-lemau sebab kalau kita susah takde sape nak tolong. Big Why Kak Feni buat bisnes sebab nak bagi kesenangan untuk anak-anak. Ditambah dengan segala komitmen bulanan yang sangat tinggi.

Alhamdulillah keadaan dah semakin stabil dah sekarang cuma tengah-tengah bulan kering tu biasalah. Tapi yang bestnya buat bisnes online ni alhamdulillah ada jer rezeki masuk. Yang penting jangan tinggalkan Allah.

Kak Feni pun manusia biasa. Kadang-kadang rebah juga tapi alhamdulillah tak berpanjangan. Muhasabah diri kenapa kenapa. InshaAllah Allah bagi petunjuk. Mula betulkan niat untuk bantu diri sendiri, bantu keluarga, bantu adik beradik dan juga bantu orang lain. InshaAllah Allah takkan mempersia-siakan segala doa hambanya.

Kita tak tahu kita ni hidup sampai bila. Bila dapat peluang untuk buat baik, teruslah. Indahnya sabar.



Tak ada alasan untuk Kak Feni terus sedih dan sedih. Bangkitlah dari jatuh. Pasti akan ada sinar Allah nak bagi. Usahakan sesuatu yang semampu boleh.

Kak Feni dulu susah sangat. Dah biasa hidup susah tapi kalau boleh taknak mewarisi kesusahan itu kepada anak-anak. Kalau boleh nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Motivasi untuk terus bangkit membantu diri sendiri ialah bila kita susah, ramai yang menjauh sebab takut kesusahan yang kita ada ni berjangkit.

Anggap itu penguat semangat. Hidup ni kalau kita senang kita bantu orang lain. Allah ada dan tak pernah tidur. Kita kalau taknak bantu diri sendiri takde sape  boleh bantu kita.


Monday, November 25, 2019

Nak Istiqamah Itu Tak Mudah Namun Tak Susah

Alhamdulillah Kak Feni dah kembali tenang dan bahagia. Masa sedih hari tu sedih sangat. Kak Feni sampai nangis juga lah sebab terlalu mikir.

Last-last baca al-quran sampai puas hati. Selagi tak tenang aku takkan berhenti. Mula-mula rasa malas juga. Biasalah kita ni kan. Bila down bukan nak cari Allah. Konon nak tenangkan diri. Tapi Allah tu Dia sentiasa sayangkan hambanya.

Allah datangkan Abang Aus untuk pujuk ummi. Dia cakap ummi jom kita baca Al-Quran. Abang baca a-Quran yang abang dapat. Ummi baca Al-Quran ummi. Dia mula baca muka surat 596 surah Al-Dhuha sampai surah Al-Qariah. Ummi habiskan yang seterusnya.

Masa tu dah pukul 11.30 malam, ummi rasa penat sangat dah tapi taknak kecewakan anak takut motivasi dia pun down. Nanti dia pun  taknak baca Al-Quran. Ummi bangun dan gagahkan diri juga. Paksa walaupun malas. Bila baca Al-Quran hati sendiri yang rasa tenang dan bahagia.

Hanya orang yang amalkannya boleh rasa. Kak Feni hanya berkongsi rasa. Ketenangan itu milik Allah. Bila kita rasa tenang, air muka pun ceria. Bila kita lepaskan semua urusan dunia ni. InshaAllah segalanya akan baik-baik saja.

Kak Feni tak mahu hidup ini kucar kacir. Mahu hidup lebih indah dan teratur. Allah permudahkan segala urusan setiap hari. Dugaan datang tu tanda Allah sayang Allah rindu. Muhasabah diri. Mungkin aku juga ada buat salah sebelum tapi aku tak sedar. Bila dah kena batang hidung, baru sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Nak jadi baik dan terus berbuat baik ni perlu istiqamah. Nak menuju ke syurga Allah bukan percuma. Biarlah biarlah orang buat kita. Yang penting kita dekat dengan Allah.

Ayat untuk pujuk diri sendiri. ✌


Wednesday, August 21, 2019

Modify Basikal Anak-anak



Hurmmm hari ni abahnya singgah rumah opah sebab nak belikan tempat letak kaki di belakang basikal. Entah apa nama tak tahu nak sebut. Kanggaroo ke ape entah. Terjebak nak beli benda ni sebab hari Sabtu lepas pergi kayuh basikal dengan Abang Fan di Stadium Kajang. Tengok Abang Fan punya ada. Makanya 2 ketul kat rumah pun nak juga.

Dah cakap tunggu gaji lah baru kita beli. Agaknya tak sabar dan abahnya pun sama naik. Layan jela anak-anak dia. Rasa bersalah sebab semalam dia cubit Adik Rayyan. Haha bila nakal sangat kena lah habuan.

Kalau dengan ummi sorry susah sikit nak dapat sebab tu dema suka bodek abahnya. Abahnya layan je. Tu seronok tak kata lah tu. Adik walaupun tak berapa pandai lagi nak kayuh 2 tayar tapi semangat tu ada. Dia buka tongkat untuk bertahan. Kayuh perlahan-lahan.

Sebelum ni guna 4 roda. Roda yang tengah 2 tu dah terkeluar dah dia punya wayar-wayar sebab lama dah. Basikal tu Abang Aus punya. Bila Abang dah besar belikan basikal baru untuk abang. Dia ambik yang lama.

Bila pergi tukar 2 tayar depan belakang tu kena RM72.00. Hurrmmm sabar jela. Untuk anak-anak kan. InshaAllah lepas ni ada rezeki lain. Cerita dekat makcik-makcik dekat rumah tu. Dia kata kalau dulu dah boleh beli basikal baru. Haha mahal lah makcik basikal sekarang. Yang Abang Aus tu pun RM2xx.xx jadi takpelah kita repair jela dulu.

Dah cantik balik dah. Petang-petang kayuh tak hingga lah tu. Dapat tayar baru. Tapi slow lagi sebab tak berapa pandai imbang badan.


Monday, August 5, 2019

5 Ogos 2019 - Komitmen Bulanan Yang Nak Kena Bayar

Kak Feni akan tulis sini sebagai diari Kak Feni.

Alhamdulillah hari ni setelah beberapa hari duit gaji. Selesai bayar segala komitmen yang kena bayar tiap-tiap bulan.

Pagi ni done, 

1. Bayar takaful anak-anak.
2. Duit loan 
3. ASB abah
4. Duit kutu

Belum done lagi duit kereta, duit mak ayah. InshaAllah petang ni setelkan.

Terima kasih ya Allah, walaupun segala dugaan mendatang. Akanku tabah menghadapinya. 

Berniaga ni nampak macam kaya, macam mewah. Namun hakikatnya hanya orang yang melaluinya sahaja yang tahu.

Macam Kak Feni. Selalu update pasal resit bank. Order masuk dan what so ever. Hakikatnya banyak komitmen yang perlu kak Feni bayar tiap-tiap bulan.

Kadang-kadang nak menyimpan pun tak sempat. Apapun alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Bila kita selalu update yang baik-baik. Orang pun fikir yang baik-baik. Biarlah susah kita, kita je yang simpan. Nak merampuh meroyan pun tak guna. Hanya akan menambah duka di dada.

Allah dah janji, pasti akan ada rezeki bagi mereka yang berusaha. Yakin dan percaya. Mesti ada jalannya.

Buatlah sesuatu dari duduk saja dan menunggu rezeki. Jemputlah rezeki itu.