Monday, February 20, 2017

Selamat Hari Lahir Abang Aus Yang Ke 5 Tahun


Tahun celebrate birthday Abang Aus biasa-biasa saja. Tu pun sempena birthday Angah dia. Alhamdulillah rezeki Abang Aus yang tak pernah tak murah.

Tahun ni Abang Aus dah 5 tahun. 






Rezeki kami semua bila Angah dan PakNgah belanja makan. Beli sate dan KFC. Kek pun Angah yang belanja. Nyum nyum nyum.

Ummi sentiasa doakan Abang dirahmati dan dilindungi Allah selalu. Menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi abang yang terbaik untuk Adik Rayyan.

Sayang Abang sampai syurga.




Friday, February 17, 2017

Aktiviti Abang Aus dan Rakan-rakan Di Sekolah Hari Ini

Semalam Abang Aus tak pergi sekolah sebab demam. Habis semua orang kat rumah demam. Hari ni alhamdulillah Abang Aus dah sihat dan boleh pergi sekolah dengan gembira.

Lepas sekolah tadi Cikgu hantar foto aktiviti hari ni. Aktiviti hari ni buat jus buah-buahan. Nampak macam seronok sangat anak-anak kecil ni.

Jom tengok gambar diorang. Abadikan dalam blog supaya bila Abang Aus dah besar nanti boleh tengok balik aktiviti dia masa sekolah Tadika.

Terima kasih cikgu sebab beri tunjuk ajar kepada anak-anak ini. Kami kerja. Sob Sob Sob.


Foto ni credit to Cikgu dan yang mengambil gambar ini. Terima kasih banyak-banyak. 











Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dunia akhirat. Amin amin amin.

Hilang stress bila tengok muka anak-anak yang tidak berdosa ini. Anak-anak syurga. Kitalah yang mencorakkannya. Semoga ummi dengan abah dapat membimbing Abang Aus dan Adik Rayyan ke syurga.

Love,
Ummi, Abah & Adik Rayyan.

Thursday, February 16, 2017

Cerita Hari ni


Aku dari dulu sampai sekarang memang suka bab-bab create blog ni. Tak tahu kenapa. Ejas sana ejas sini. Tak puas hati sokmo.

Nape tak tahu. Huhuhu
Hari ni ejas blog bisnes. Tunggang langgang jadinya.

Semoga esok lebih baik. By the way hari ni order nasi delivery RM6 saje. Sedap gila.

Sedapnya sehingga menjilat jari. Esok order spaggety pulak. Makanan kat bawah ni bukan murah. Kelmarin lapar punya pasal pergila beli nasi goreng dengan ayam.


Macam ni pun makcik caj RM6.50. Sedih mak. Huhu. dahla nak berjimat cermat ni.

Bila Kak Lubna asyik foward2 pasal lunch box delivery. Semalam cuba. Ingatkan pukul 12 sampai. 11.30 dah sampai. Tapi aku makan pukul 12.30. Kang tak pasal-pasal kena marah.

Sebenarnya dalam rezeki aku ada rezeki orang lain. Niat dalam hati nak bantu orang lain. Kalau semalam order 3 bungkus. Hari ni aku collect order 9 bungkus.

Hahaha ayat promote memang tak boleh blah.

Menu berubah setiap hari.

Esok aku order spaggety meat ball. Harga pun takdelah mahal sangat.

Thanks Kak Lubna sebab share dengan saya dan saya pulak share dengan yang lain-lain.

ok bye !

Tuesday, February 14, 2017

Jangan Tinggalkan Apa-apa Kecuali Tapak Kaki Sahaja


Teringat pula percutian di Pangkor sempena cuti Tahun Baru China hari tu. Sampai je kat jeti di Pulau Pangkor dah nampak signboard macam di atas tapi dalam Bahasa Melayu.

Penting sangat untuk kita semua jaga kebersihan dan keindahan pulau bukan untuk kita saja malah untuk semua terutamanya generasi akan datang.

Alhamdulillah syukur ya Allah sebab kami masih berpeluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini. 

Makanan dan minuman di Pulau ini tidaklah mahal sangat. Berbaloi la untuk pasangan atau keluarga bercuti. Bagi kami yang bajetnya kurang ni bawa bekal siap-siap.

Bawa nasi dan sandwich aje. Untuk dijamu ketika lapar. Beli makanan ringan saja di sana.

Kami pilih Teluk Nipah sebagai destinasi untuk mandi manda kerana kawasannya yang ramai orang dan sesuai untuk beriadah.

Ada peristiwa sedih dan sentap jugak la bila kena sound dengan pekedai yang ada di situ. Kesnya bermula begini. Aku yang mandi manda di pantai. Basah dan berpasir lepak di atas pasir sambil main istana pasir. Lama dah lepak atas pasir tepi pantai tu. Jadi takde la pakaian berair.

Rasa macam nak pergi toilet. Aku dan Achik pun berjalanlan menuju ke toilet. Lalu la ikut kedai yang ada kat situ sebab macam ada jalan ke depan. Biasalah jalan menonong aje lah kan. Achik selamat sebab dia tak mandi. 

Masa lalu ikut kedai tu, aku dengar ada la sekumpulan orang lepak kat meja. Dia cakap "aku dah tulis dah kat situ tak boleh lalu, dia buat selamber je'' Kuat gila weh. Masa tu aku dah lepas keluar dari kedai dia nak pergi toilet.

Walaweh dia marah aku ke ? Aku pun pusing balik mintak maaf lah. Sorry sorry sorry saya memang tak perasan masa lalu tadi. Huhu sedih weh kena sound macam tu. Ada la sorang awek yang duduk depan dia tu terus cakap "takpe-takpe dah lepas dah''.

Series Mak Jemah tak perasan pasal signboard tu. Daripada nak beli air kedai dia terus tak jadi beli. Kalau dia cakap elok-elok apa salahnya. Tak semua orang perasan tau. Sebab bukan semua orang kat situ. Datang pun sekali sekala. 

Takpelah saje je nak story. Pengajaran lain kali jangan lalu ikut kedai orang sesuka hati. Huwaa. Bila dah nak sampai kat toilet tu baru nampak ada jalan tepi pantai. Maaflah kalau Mak Jemah tau ada jalan memang tak lalu la ikut kedai dia.

Kena marah free dengan suara kalah mak lampir naya weh. haha. Apapun enjoy saja. Jangan sebab kes ni spoil mood nak bercuti.

Nasihat Mak Jemah yang memang baik ni. Tegurlah elok-elok. Orang bukan tak faham. InshaAllah senang kira. Rezeki pun senang nak masuk. Dah marah-marah gitu. Singa pun lari. Ahaksss.

Jadi kalau pergi ke tempat orang pandai-pandai bawak diri. Semuanya ujian untuk diri ini agar lebih berhati-hati.

Sambutan Tahun Baru China Di Ofis

Meriah Tahun Baru China Tahun ni. Kalau tahun lepas kami semua celebrate kat hotel. Tahun ni kami celebrate kat ofis aje. Tak kisahlahkan. Janji dapat makan free.

Ini dinamakan rezeki.

Abaikan Mak Jemah yang pakai baju tak sesuai itu. Last minute baru nak bagitau. Nasiblah kann. Belasah jela.

Kalau tak boleh pakai comei-comei. Kihkihkih.



















Yee Sang ini memang best dan ianya halal. Daripada tak pandai makan boleh makan. Daripada tak pandai guna chop stick pandai guna chopstick. Macam pro kan ?





SELAMAT HARI LAHIR KAK NOOR


Semalam 13/02/2017 kami satu ofis ditambah dengan sorang Mek Nadia celebrate besday Kakak Gojes kami yang ke ...

Aktiviti tahunan yang tidak pernah miss sejak kerja kat sini. Macam adik beradik. Huaaa.
Will miss this moment.

Semoga akak diberikan kesihatan yang baik dan bahagia sampai syurga.

Tukang ambik gambar takde gambar. Kihkihkih. Betapa wefish nye kami kan kan ?


Jom layan photo kami yang sememangnya comei dan muda sokmo nih.


Besday siapa sebenarnya nih. Hihihi














Awat kami tiup tak padam apinya ?


Semoga kita semua tetap bahagia macam ni sampai bila-bila. Amin.


Friday, February 10, 2017

Percutian Ke Pulau Pangkor

Tiap-tiap tahun bos bagi cuti seminggu bila nak sambut Chinese New Year. Tahun ni cuti sangat special sikit sebab boleh pergi Pangkor.

Bermula hari Isnin 30 haribulan Januari 2017 bermulanya perjalanan balik kampung. Balik melalui jalan Manjung sebab nak hantar Pak Cik Radhi. Abah tak dapat nak hantar sebab kerja. Huhu.

Kami balik 7 orang iaitu TokMek, Pakcik Radhi, Achik Manjung, Abang Wan, Abang Aus dan Adik Rayyan. Dari Kl ke Manjung, Pakcik Radhi yang bawak. Manjung ke Kuala Kangsar, Achik Manjung bawak kereta. Kuala ke Gerik bagi peluang budak baru dapat lesen bawak iaitu Abang Wan.

Jadi baliklah kami. Achik Manjung drive dari Manjung sampai la ke Gerik. Lalu jalan lama ikut Kuala Kangsar. Jalan ni best sebab jalan kampung. Sejuk je. Konon mentang-mentang dok Kuala Lumpur. Kihkihkih.

Balik Kelantan sehingga hari Khamis. Hari Khamis petang bertolak balik Gerik. Pukul 9.00 malam sampai kat Gerik. Terus pergi kedai Kak Ani. Apa lagi jadi Cashier la.

Balik tidur rumah Kak Ani. Esok aktiviti padat dengan nak pergi bank settlekan apa yang patut. Singgah rumah kawan untuk ambil bantal hotel. Alhamdulillah dapat jugak bantal yang baru dan selesa macam bantal hotel.

Lepas tu teruskan perjalanan ke Lawin Utara pulak. Ke rumah mertua Achik. Singgah situ kejap kemudian perjalan diteruskan ke Manjung. Sampai Manjung dalam pukul 6.00 petang. Achik singgah lagi di Hospital tempat dia kerja untuk bagi barang yang dikirimkan oleh rakan-rakannya.

Selesai barulah bertolak balik ke rumah Achik. Sampai rumah Achik mandi, rehat, masak dan makan malam. Penat tapi seronok.

Anak-anak tak buat perangai. Dalam kereta banyak  tidur. Ummi kena duduk kat belakang sebab takut Adik Rayyan main gear kalau duduk depan.

Malam tu jugak  Abah sampai dari KL. Pukul 11.00 malam abah sampai. Drive kereta sorang untuk mengambil anak-anak dan isteri. Sian abah asyik kena tinggal.

Sabtu pagi siap-siap barang untuk pergi ke Pulau Pangkor. Kami masak siap-siap dari rumah. Bawak bekal nasi goreng, sandwich dan kudap-kudapan.

Kami naik feri di Marina Jetty. Tambang feri RM14 seorang. Parking pula RM15 yang tak berbumbung, manakala yang berbumbung RM20. Oleh kerana kami tak bermalam kami pilih yang tak berbumbung.


Kami naik Feri pukul 12.00 sebab feri pukul 11.00 terlepas. Sampai awal tapi terlepas feri. Tak tahu jadual pulak tu. So save siap-siap jadual. Kalau ada rezeki boleh pergi lagi.


Abadikan kenangan dengan Batu Bersurat. Siapa yang selalu lepak sini mesti tahu tempat ni kan.


Kota Belanda. Cantik sangat binaan dan kukuh strukturnya. 

Ops sikit lagi nak share. Kami sewa motor je sebab senang nak round-round pulau. Harga sewa untuk sebuah motor skuter RM40, motor biasa RM30. Oleh kerana kami ambik 2 motor. Sebuah untuk Achik dan Pakcik Radhi penyewa tu bagi RM60. Alhamdulillah. Isi minyak RM5. 

Okaylah next time sambung story lagi.



Monday, February 6, 2017

Hidup Ini Penuh Dengan Dugaan

Dalam meniti kehidupan yang penug dengan dugaan dan cabaran ini. Kita akan melalui berbagai-bagai perkara. Ada suka dan ada duka.

Mencari kesempurnaan dalam kehidupan adalah sesuatu yang sangat sukar namun jika kita menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran. InshaAllah yang susah akan jadi mudah.

Hilang kawan dan kawan makan kawan itu biasa. Bila kau senang, ramai yang akan datang dan mengaku kawan. Bila kau susah, ramai yang akan menghilang malah ada yang tak mengaku kawan. Tak mengapa dan jangan bersedih kerana Allah sedang menguji keimanan dan kekuatan kamu.

Yang penting sabar dan terus berdoa. Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik. Percaya yang setiap apa yang terjadi mesti ada hikmahnya. Kenapa Allah jadikan begini dan begitu.

Yakin dengan nikmat Allah, inshaAllah pasti bahagia.

Alhamdulillah asalkan tahu asal usul dan tidak lupa diri, hidup pasti lebih bermakna. Jangan menyusahkan orang dan terus berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. 

Rezeki Allah itu sangat luas. Tidak hanya dengan harta benda dan wang ringgit. Kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, adik-beradik serta keluarga juga adalah rezeki yang tidak ternilai harganya.

Bonus apabila dapat melakukan semuanya bersama. Disebabkan itu kita harus berusaha dan bekerja dengan lebih keras untuk membina masa depan diri sendiri dan generasi akan datang agar kehidupan lebih baik.

Apa yang kita kejar sebenarnya ?

Harta, pangkat, darjat, kasih-sayang atau keredhaan Allah.


Jika kita berpegang pada keredhaan Allah, inshaAllah bahagia itu akan datang dengan sendirinya.