Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

Tuesday, April 10, 2018

HARGA IKAN BILIS MATA BIRU

Kalau ke Lumut atau Pulau Pangkor mesti tidak ketinggalan untuk membeli buah tangan atau bekalan sebelum pulang ke lubuk rezeki masing-masing. Macam kami yang diberikan rezeki untuk berkunjung ke Teluk Batik sebagai destinasi bercuti dan sempat pergi ke Lumut sebelum bertolak pulang ke rumah.


Kami satu keluarga pergi ke Lumut untuk membeli sedikit ikan bilis mata biru yang memang terkenal sebagai ikan bilis yang dikategorikan sebagai terbaik dan segar. Kalau nak dibandingkan dengan ikan bilis yang dijual di pasar. Memang ikan bilis mata biru dari Pangkor adalah yang terbaik. Jadi jangan hairan dengan harganya yang boleh mencecah RM7.50 hingga RM8.00 untuk 100gram. Jadi sekilo dapat dalam RM65.00 - RM80.00 bergantung pada gred ikan bilis.

Nak beli banyak-banyak tak boleh sebab bajet untuk bercuti dah lari sebab kena bayar lebih untuk tukar tempat penginapan. Harga chalet perlu ditambah kerana bertukar tempat. Tidak seperti yang dirancang.

Harga ikan bilis meningkat dari masa ke semasa mengikut harga pasaran. Kalau dulu dapat beli ikan bilis mata biru ni dengan harga RM4.80 untuk 100 gram. Sekilo RM48.00. Kalau beli banyak kilo baru dapat diskaun. Sekarang nak dapat harga macam tu memang tak boleh la. Kos pengangkutan dari Pangkor ke Lumut pun menggunakan perkidmatan bot. Jadi harga pun meningkat ikut harga pasaran.

Nak beli di Lumut boleh. Pandai-pandai pilih kedai dan kalau ada masa lebih boleh survey dari kedai ke kedai. Ada rezeki dapat ikan bilis yang harganya lebih murah selepas tawar menawar. Ringan-ringankan mulut untuk bertanya dan tawar menawar. Kalau tak, kita yang rugi. Yang penting kita senyum supaya orang nak bagi diskaun pun senang hati.

Lepas ni, kalau ada rezeki kami lagi untuk pergi Lumut atau Pangkor nak borong ikan bilis mata biru banyak-banyak. Ikan bilis yang segar dan baru.



Tuesday, March 6, 2018

Jalan-jalan Fraser Hill The Little England

Sabtu 03.03.2018


Bismillahirahmanirahim. Next story nak sambung lepas kenduri di Pahang. Kami gerak balik dari rumah sepupu dalam pukul 4 petang. Sebelum meneruskan perjalanan. Kami pergi pusing tengok jambatan yang runtuh akibat banjir tahun 2014. Sudah 4 tahun peristiwa itu berlaku.

Kami pusing balik dan teruskan perjalanan. Bye-bye Kg Berkam. InshaAllah ada rezeki orang jemput kami, panjang umur, murah rezeki, kami sampai lagi. Jom doa yang baik-baik.

Kak Ani request nak pergi Berjaya Hill  Bukit Tinggi tapi kami salah faham pergi Fraser Hill. Sampai Raub nampak signboard Fraser Hill terus masuk simpang. Dari bawah dah pukul 6.00 petang. Kami tawakal jela naik sampai sana. Pengalaman naik ke Bukit Fraser melalui jalan Raub memang mencabar. Dia punya jalan macam ular kena palu. Haha sangat-sangat mencabar, kalau suruh Mak Jemah bawak kereta, aku rasa esok pun tak sampai. Jalannya yang agak sempit dan berada di lereng-lering bukit. Di tepinya gaung yang sangat tinggi. Masa on the way naik atas memang doa tak putus-putus supaya cepat sampai.

Dari bawah nak sampai atas, kami ambik masa sejam. Pukul 7.00 malam kami sampai di Fraser Hill. Masa sampai di sini memang dah cakap siap-siap, taknak turun malam ni jugak. Kena tidur jugak di sini. Tak berani nak turun sebab mengenangkan jalan nak naik yang sangat menakutkan (bagi Mak Jemah la). Orang yang berani takde hal. Boleh je lalu. hahaha

Sampai sana terus kedengaran azan maghrib. Anak-anak dah mula menjerit kelaparan. Kami tak tahu arah nak cari tempat penginapan. Tak banyak tempat menginap di sini. Kami tak larat nak survey dah. Kami pilih untuk bermalam di Puncak Inn Fraser Hill. Nak tengok rate room dia, boleh tengok photo. Ni rate semasa. 


Apa yang menarik di Fraser Hill ? Entah sebab kami pun tak pernah sampai. Haha sampai Kak Ani beleber parok sebab bukan tempat ni dia nak datang. Dia nak pergi Berjaya Hill. Kehkehkeh. Dengar bunyi Hill pun terus naik atas. Janji Hill khen. Tempat ni sejuk gila.

Boleh rujuk pamplet di bawah untuk maklumat.



Ahad  04.03.2018


Bangun awal pagi sebab nak berjalan di sini. Kami sarapan pagi di Kedai Makan dan Minuman Hamzah Bkt Fraser. Kat sini ramai orang parking kereta dan mendaki bukit. Masa kami tengah sarapan tu, ramai jugak budak-budak baru turun dari hiking.


Kami bergambar kenangan disini. 






Datang sini, boleh rasa nyaman dan sejuk sangat. Lepas makan, kami bergambar di sekeliling Fraser Hill. Kami check out apartment dalam pukul 11.00 pagi. Kami teruskan perjalanan ke Allan's water Fraser Hill. Kat sini boleh naik bot dan roller arb (ala benda yang bulat boleh masuk dalam lepastu jalan atas air).


Ikan-ikan dekat sini besar-besar. Boleh beli makanan ikan dekat kedai sebelah tu. RM1 untuk satu paket. Anak-anak sangat teruja sebab boleh bagi ikan makan. Punya seronok sampai melompat Adik Rayyan.



Dekat sebelah Allan's Water ni ada kebun strawberi yang kecik je. Kami jalan kaki je. Lepas jalan kaki ke situ. Nampak dia ada jual buah-buahan dan hasil tanaman. Pekerja kat situ sibuk dok promot suruh beli pokok-pokok bunga yang segar dan cantik kat situ. Geram menengoknya.

Kemudian kami ke tempat memanah.




Nak naik kuda pulak masa dah rehat. Rehat pukul 12.00 sampai pukul 2 petang. Kak Ani nak naik kuda tapi tak boleh. Boleh sengeh saja. Hahaha

Dah siap aktiviti di sini. Kami singgah gerai makan untuk makan tengahari. 


Cukup aktiviti kami di Fraser Hill. Review dari Feni, suasana di sini sangat aman damai dan bahagia. Jauh dari suasana hiruk pikuk kota yang 24 jam sibuk. Disini sangat tenang dan sejuk. Orang pun tak ramai dan sangat menenangkan. Aktiviti yang sangat santai dan amik gambar memang cantik disini. Tak banyak tempat yang boleh dikunjungi.

Nak cari ketenangan, nak tengok matahari muncul dipagi hari memang best. Makanan dan minuman di sini pun agak berpatutan. Kalau boleh pergi dekat food court sebab di situ ada kue tiaw best. Masa nak balik baru biras call suruh pergi makan di situ. Waaaa.. masa tu dah otw jalan turun dah.

Nak datang sini kena bawak baju tebal dan stoking sebab kalau malam cakap pun boleh keluar asap. Ala-ala overseas githeww.

Dalam pukul 2 petang kami turun bawah, kali ni kami ikut jalan Kuala Kubu Bharu. Jalan ikut sini agak luas dan besar berbanding jalan ikut Raub. Jadi, kalau ada rezeki lepas ni memang kami akan naik turun ikut Kuala Kubu Bharu.

Alhamdulillah Quality Time with family. Walaupun sekejap boleh spend time dengan mek, adik beradik dan anak buah. Release tension dan sangat menenangkan boleh tengok bumi tuhan yang indah ni. InshaAllah ada rezeki boleh pergi Bukit Tinggi pulak. Jom menabung pulak. 



Monday, March 5, 2018

KENDURI DI PAHANG 03.03.2018

Kami semua excited sebab nak memang dah lama tak pergi ke Pahang. Tempat aku dilahirkan hampir 32 tahun yang lalu. 27 haribulan nanti cukuplah umur aku 32 tahun. Kembali ke tempat kelahiran aku. Kalau nak cerita memang panjang sangat ceritanya.

Jumaat : 02.03.2018


Bangun awal pagi untuk persiapan ke Pahang. Agenda kami hari ini ialah untuk membeli buah-buahan bagi sedekah hantaran bagi pihak perempuan. Pengantin perempuan adalah anak sepupu aku. Pukul 10 pagi kami keluar dari rumah. Pergi ke kedai pengantin dulu untuk beli bakul buah. Kemudian ke Chow Kit untuk beli buah-buahan. Sampai di Chowkit dalam pukul 11.00 pagi. Beli buah-buahan dan anak-anak mula minta untuk makan. Jadi kami terus makan tengahari di situ. Makan masakan minang. Sekali sekala makan masakan minang, memang best rasanya.

Siap-siap makan kami terus bergerak ke Kg. Berkam, Pahang. Pukul 1.00 petang kami memulakan perjalanan ke negeri Pahang Darul Makmur. Satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama. 

2 kereta yang bergerak ke Pahang. Kami 7 orang dari KL dan 4 orang dari Gerik. Kak Ani, Wawan, Adam dengan Ayah Ngah satu kereta. Ummi, abah, mek, Acik, Pakcik Radhi dan anak-anak satu kereta. Kak Ani dari sana ikut jalan Cameron Highland dan turun ke Kuala Lipis.



Alhamdulillah pukul 3.30 petang kami selamat sampai di rumah MakNgah. Rehat, mandi dan solat di rumah MakNgah sementara menunggu satu kereta sampai. Lepas asar kami nak pergi menolong tempat kenduri baru Kak Ani sampai.












Sementara nak sampai ke rumah kenduri tu, kami posing dulu nak abadikan kenangan di sini sebab tak tahu bila lagi boleh sampai. Dia punya view sangat-sangat nice. Haha excited weiii.

Kami tolong apa yang patut. Lepas maghrib semua pakat keluar ke pekan Kuala Lipis. Jalan-jalan pasar malam di Kuala Lipis. Balik sesat barat ntah kemana-mana jalan sebab semua tak tahu. Guna waze pun dia bagi jalan jauh. Memang tak boleh pakai waze. Semua pakat tawakal je patah balik. Hampir pukul 12.00 baru sampai rumah. Malam ni kami tumpang tidur rumah sepupu Abe Yuti. Alhamdulillah rezeki sepupu sepapat baik. Rumah dia pun kosong dan jemput kami tidur dirumah beliau. 

Bila duduk jumpa sedara mara macam ni, macam-macam cerita akan keluar. Entah pukul berapa baru boleh tidur.

Sabtu 03.03.2018


Hari kejadian kenduri, kami awal pagi dah sampai ke tempat kenduri sebab nak menolong. Tolong goreng ayam je. Guna kawah besar dan guna kayu api. Tak guna dapur gas. Memang rare orang kata. Lama tak duduk kampung, jadi memang rindu gila nak join buat benda-benda macam ni. Aku orang kampung jadi aku dah biasa buat kerja macam ni.

Masa tolong menolong ni, suami dan anak-anak pergi makan di luar. Pukul 11.30 kami balik bersiap untuk pergi kenduri. Masa ni memang kena banyak sabar sebab bila dah ramai kena amik turn untuk guna bilik air. Hehe siap cop-cop sebab takut lambat. Biasalah orang perempuan kan. Nak mekap la apa la. Gosok baju pun dah berjam-jam.

Kami sampai tempat kenduri agak lewat. Dalam pukul 2 baru sampai. Tetamu dah banyak yang balik. Diorang kata, kalau kat situ dalam pukul 11 dah datang dah. Datang pulak sekali gus. Okey, faham sebab lain tempat lain cara.

Kami makan kenduri kendara sampailah pukul 4 petang. Lepas tu terus siap-siap untuk gerak balik KL. Kami bertolak balik pukul 4.00 petang. Sampai di Raub kami terus naik Fraser Hill. (Next story ya)



Monday, February 19, 2018

Cuti CNY 2018 - Kami Ke Manjung, Perak


Dua hari terpaksa melangkau cabaran sebab ketiadaan internet dan kekangan masa. Jumaat (16/2/2018), pukul 9 malam bertolak  ke Manjung rumah Achik. Kami pergi sana sebab lama dah tak jumpa Achik dan peluang bawa anak-anak berjalan.

Sabtu (17/2/2018) kami pergi berkelah di Teluk Senangin. Sejak beberapa tahun kebelangan ini, Manjung adalah destinasi yang kami akan pergi. Selain untuk jumpa dengan Achik, kami boleh mandi pantai. Anak-anak paling seronok. Teluk Senangin lagi jauh dari Teluk Batik. Pertama kali kami sampai ke Teluk Senangin.

Kami sampai dalam pukul 4 petang dengan segala bekalan yang dibawa untuk berkelah. Achik masakkan spagety bolognese sebagai hidangan kami petang tu. Sampai pantai cuaca agak panas terik dan terlalu ramai orang. Nak parking kereta pun susah.

Kami pergi 2 kereta sebab keluarga Pakcik Radzi pun ada. Bermalam di rumah Achik juga. Jadi kami beramai-ramai berkelah. Masa di Teluk Senangin, anak-anak tak puas mandi pun sebab keadaan pantai yang curam dan dalam. Mereka duduk digigi air dan bermain pasir. Keadaan masa tu agak panas terik sampai sakit kepala.

Ketika balik dari Teluk Senangin, kami singgah sekejap di Taman Paya Bakau. Di sini kami bagi kera makan. Tapi kami bagi roti. Roti macam tak laku sebab kera-kera kat sini dah kenyang. Tengok roti pun buat tak tahu je. Kami sampai awal kali ni, boleh menyusuri jambatan hingga ke hujung dan dapat tengok muara sungai. Airnya warna hijau dan nampak sangat dalam. 

Habis aktiviti di Hutan Paya Bakau, kami balik. Mulanya nak singgah pasar malam sebab nak beli bahan-bahan untuk masak makan malam. Dah tak larat, kami pergi makan terus. Kami makan shell out di kedai makan sebelum sampai rumah Achik. Lepas makan terus balik rumah. Mandi, solat dan rehat. Malam tu kami layan movie Korea sampai pukul 12.30 pagi.

Ahad 18/2/2018, kami pergi berkelah ke Teluk Batik. Bawak anak-anak mandi pantai puas-puas sebab di Teluk Senangin tak puas mandi. Kami pergi awal pagi sebab takut cuaca panas. Mandi, korek pasir dan makan. Kali ni kami bawak bekal yang senang-senang je. Nasi lemak, nugget, sosej, roti dan jem coklat. Air pun air mineral dan air botol je. Senang dan mudah.

Pukul 12.30 balik ke rumah Achik. Kami singgah beli barang basah untuk makan tengahari. Balik terus siap-siap untuk masak. Mak Pakcik Radzi masak sambal petai yang dibawa dari Felda Lawin Utara. Sedap ya nikmat. Siap-siap masak dan makan dalam pukul 3 petang. Lepas makan terus kami siap-siap untuk kembali ke Hulu Langat.

Pukul 4 petang, kami bertolak balik. Jalan agak sesak dan jem sebab banyak kenderaan berpusu-pusu nak masuk Kuala Lumpur. Kali ni kami cuba jalan baru ikut Sabak Bernam. Jalan punya jalan, entah mana-mana jalan. Akhirnya pukul 12.00 pagi sampai rumah. Alhamdulillah selamat juga sampai walaupun 7 8 jam juga masa diambil. Masa pergi pukul 9 pukul 1 dah sampai. 4 jam je. Masa balik sekali ganda. (Nanti kita cerita lain)



Wednesday, October 4, 2017

LANGKAWI, TUNGGU KAMI DATANG

Sumber gambar : En google

Langkawi, tunggu kami datang !

Hihi tak sabarnya nak sampai langkawi. Esok kami akan naik flight ke Langkawi pukul 12.10 tengahari dan tiba di sana dalam pukul 1.00 petang. Tiket flight dah lama booking dekat Traveloka. Esok kena keluar awal la sebab nak parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA1.

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Dari booking tiket flight pergi balik hingga la tiket-tiket nak berjalan kat sana. Kebetulan bulan September hari tu ada MATTA FAIR bolehlah beli tiket nak naik Cable Car dan jalan-jalan di sana dengan harga yang lebih murah. So, kepala dah tak pening nak gi mana, nak gi mana bila sampai sana.

So, esok pepagi dah kena keluar awal sebab jalan kat rumah tu memang jem gila. Anak-anak memang eksaited gila tapi ummi abah pun lebih lagi. Haha maklumlah pestime nak naik kapal terbang kan. Abang Aus 5 tahun dah nak naik kapal terbang. Adik Rayyan umur tak sampai 3 tahun dah naik kapal terbang. Rezeki korang ler anak-anak. Alhamdulillah.

Ummi dengan abah bila dah 30-an baru nak merasa naik belon. Tu pun syukur ya rahmat walaupun hanya sekadar nak pergi Langkawi. Keh keh keh.

InsyaAllah lepas ni kalau ada rezeki boleh pergi ke luar negara pulak. Nak simpan duit nak pergi umrah pulak. Semoga Allah permudahkan segala urusannya.

Okey, nanti Mak Jemah sambung cerita Langkawi di next entry naaa.

Tuesday, February 14, 2017

Jangan Tinggalkan Apa-apa Kecuali Tapak Kaki Sahaja


Teringat pula percutian di Pangkor sempena cuti Tahun Baru China hari tu. Sampai je kat jeti di Pulau Pangkor dah nampak signboard macam di atas tapi dalam Bahasa Melayu.

Penting sangat untuk kita semua jaga kebersihan dan keindahan pulau bukan untuk kita saja malah untuk semua terutamanya generasi akan datang.

Alhamdulillah syukur ya Allah sebab kami masih berpeluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini. 

Makanan dan minuman di Pulau ini tidaklah mahal sangat. Berbaloi la untuk pasangan atau keluarga bercuti. Bagi kami yang bajetnya kurang ni bawa bekal siap-siap.

Bawa nasi dan sandwich aje. Untuk dijamu ketika lapar. Beli makanan ringan saja di sana.

Kami pilih Teluk Nipah sebagai destinasi untuk mandi manda kerana kawasannya yang ramai orang dan sesuai untuk beriadah.

Ada peristiwa sedih dan sentap jugak la bila kena sound dengan pekedai yang ada di situ. Kesnya bermula begini. Aku yang mandi manda di pantai. Basah dan berpasir lepak di atas pasir sambil main istana pasir. Lama dah lepak atas pasir tepi pantai tu. Jadi takde la pakaian berair.

Rasa macam nak pergi toilet. Aku dan Achik pun berjalanlan menuju ke toilet. Lalu la ikut kedai yang ada kat situ sebab macam ada jalan ke depan. Biasalah jalan menonong aje lah kan. Achik selamat sebab dia tak mandi. 

Masa lalu ikut kedai tu, aku dengar ada la sekumpulan orang lepak kat meja. Dia cakap "aku dah tulis dah kat situ tak boleh lalu, dia buat selamber je'' Kuat gila weh. Masa tu aku dah lepas keluar dari kedai dia nak pergi toilet.

Walaweh dia marah aku ke ? Aku pun pusing balik mintak maaf lah. Sorry sorry sorry saya memang tak perasan masa lalu tadi. Huhu sedih weh kena sound macam tu. Ada la sorang awek yang duduk depan dia tu terus cakap "takpe-takpe dah lepas dah''.

Series Mak Jemah tak perasan pasal signboard tu. Daripada nak beli air kedai dia terus tak jadi beli. Kalau dia cakap elok-elok apa salahnya. Tak semua orang perasan tau. Sebab bukan semua orang kat situ. Datang pun sekali sekala. 

Takpelah saje je nak story. Pengajaran lain kali jangan lalu ikut kedai orang sesuka hati. Huwaa. Bila dah nak sampai kat toilet tu baru nampak ada jalan tepi pantai. Maaflah kalau Mak Jemah tau ada jalan memang tak lalu la ikut kedai dia.

Kena marah free dengan suara kalah mak lampir naya weh. haha. Apapun enjoy saja. Jangan sebab kes ni spoil mood nak bercuti.

Nasihat Mak Jemah yang memang baik ni. Tegurlah elok-elok. Orang bukan tak faham. InshaAllah senang kira. Rezeki pun senang nak masuk. Dah marah-marah gitu. Singa pun lari. Ahaksss.

Jadi kalau pergi ke tempat orang pandai-pandai bawak diri. Semuanya ujian untuk diri ini agar lebih berhati-hati.