Monday, March 27, 2017

Today Is My Birthday


Alhamdulillah untuk setiap hela nafas yang disedut sehingga hari ini. 31 Tahun dah menghuni dunia ini.

Semoga menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Terima kasih ya Allah.



Wednesday, March 22, 2017

Gambar Ketika Aku Kurus


Haha bestnya kalau dapat kembali kurus macam ni. Badan ni bertambah bambam bila dah masuk umur 30-an.

Metabolisma badan menurun bila dah berumur ni.

Gambar ni diambil sewaktu belum kahwin. Kat rumah MakNgah. Nak cari ayah sebab nak kahwin. Setelah 17 tahun tak menjejak kaki ke sini. 

Masa kecik-kecik, kalau cuti mesti nak pergi Pahang umah Mak Ngah. Naik keretapi api dengan anak-anak sepupu. Masa tu tak pikir apa. Pikir nak seronok je.

Umur masa ni 24 tahun. Berat masa ni 49 ke 50kg. Rindunya. Sekarang dah ada anak dua. Berat sekarang dah 60kg. Ohoooo macam mana nak kurus ni ?

Kehkehkeh sendiri mau ingat laaa.

Okayla semoga melihat gambar ini menjadi motivasi kepada aku untuk terus mengekalkan berat badan menten. 

Thursday, March 16, 2017

Buat Labah-labah


Hari ni Cikgu hantar gambar Abang Aus dengan labah-labah. Suka ummi tengok abang Aus happy dengan aktiviti hariannya.

Semalam Abang Aus tak sekolah sebab cirit birit. Kesian Abang Aus. Hari ni pagi-pagi dah bangun sebab semangat nak sekolah.

Abang Aus dah pandai berdikari. Bawak diri di sekolah. Tak nangis macam mula-mula masuk sekolah dulu. Abang Aus dah ada ramai kawan.





Minggu depan dan start cuti sekolah. Esok dah last sekolah. Cikgu hantar wassap bagitahu banyak Homework nak kena buat. Seminggu cuti Abang Aus duduk dengan Adik Rayyan kat rumah opah. 

Adik Rayyan seronok la sebab ada kawan. Kalau tak sorang-sorang jela tengok didi and friends.