Monday, December 11, 2017

MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH

Alhamdulillah, hari ni Feni nak share tentang beberapa cara untuk menjemput rezeki dengan mudah. Ramai orang fikir rezeki itu berbentuk wang. Namun kita harus ingat bahawa rezeki itu banyak dan dalam pelbagai bentuk.

Mendapat kesihatan yang baik adalah rezeki. Mendapat ahli keluarga yang memahami satu sama lain rezeki. Anak-anak yang soleh rezeki. Macam-macam bentuk rezeki yang Allah bagi untuk kita.


4 FORMULA YANG BOLEH DIAMALKAN.


1. SYUKUR DAN REDHA (SABAR)

Bersyukur dengan segala ujian yang Allah bagi. Bila kita bersyukur dan bersabar, inshaAllah Allah akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, berdoa dan merayulah pada yang Maha ESa.

2. BERSEDEKAH DAN KELUARKANLAH ZAKAT

Allah sangat suka kepada orang-orang yang suka bersedekah dan Allah akan memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

"tiadalah kurang harta sebab bersedekah." (riwayat muslim).

3. KETAKWAAN DAN MENYAMBUNG SILATURAHIM

Mengeratkan silaturahim sesama insan amat disukai oleh Allah.

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nesacya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Ath-Thalaq 65;2-3)


4.TIDAK BERBUAT DOSA (BANYAK BERISTIGFAR)

Semakin banyak kebaikan yang kita buat, semakin banyak pahala yang kita dapat. Biarpun sudah lama impiannya belum dicapai dan walaupun rezekinya masih belum bertambah. Banyakkan berzikir dan beristigfar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Sumber : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Alhamdulillah kalau kita selalu amalkan, buka sahaja rezeki mencurah-curah malah hati pun menjadi semakin tenang bila kita ingat Allah. Segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Kita hanyalah peminjam. Diberi pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja Allah kalau Dia nak bagi Dia bagi dan Dia nak ambil pun bila-bila masa juga. Hanya dengan mengingati Allah hidup akan lebih tenang.

Jadilah insan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.








Thursday, November 23, 2017

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 7



Tanggal 20/10/2010 aku selamat diijab kabulkan bersama suami tersayang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sekali. Bermula detik itu, aku sah menjadi isteri kepada Ahamd Fikri Bin Khainuddin.

Hari ni dah 7 tahun 3 hari kami melayari bahtera rumah tangga. Syukur alhamdulillah, walaupun tidak semewah orang lain namun kami bahagia. Bahagia dengan cara kami. Dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki yang sangat comel.

Abang Aus dah nak masuk 6 tahun bulan satu nanti dan Adik Rayyan 3 tahun bulan 12 nanti. Alhamdulillah untuk anugerah dan rezeki yang tidak semua orang memilikinya. Semoga bahagia ini akan menjadi milik kita selamanya.

Walaupun kadang-kadang ada juga perselisihan faham dan bertikam lidah demi menegakkan pandangan masing-masing. Namun bila dah bertahun menjadi suami isteri. Kita akan lebih kenal pasangan kita. 

Kita tidak tahu apa yang akan jadi kemudian hari namun ummi akan cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Kadang-kadang memang rasa banyak kekurangan namun inilah yang dikatakan kehidupan. Perlu give and take sebab kita pun tak sempurna. Banyak sangat kekurangan. Apapun ummi nak ucapkan terima kasih sebab menjaga kami dengan baik sekali.



Belanja gambar pelamin 7 tahun lalu dekat dewan serbaguna Gerik. 






Tuesday, November 7, 2017

Assalamualaikum

Hari ni run tulis set-set suplemen dalam Blog Safeni Feni. Hajatnya nak tulis sampai 200 entry bulan ni sebab nak kejar target 500 entry bagi tahun 2017. Alhamdulillah so far dah berjaya tulis sampai 264 hingga petang ni. Tinggal 2 bulan je lagi nak capai misi 500 entry. Hoyehhh. Berjayakah Mak Jemah ? InshaAllah pasti berjaya.

Dah set target siap-siap dah berapa entry nak tulis.


Doa yang baik-baik. Buat yang baik-baik inshaAllah hasilnya baik-baik saja. 

Walaupun hati ni macam berduka lara hari ni tapi still cuba untuk tidak menunjukkannya. I'm a strong girl. Terima kasihlah sebab buat Mak Jemah sedih hari ni. Post Fb kena spam. Di kick keluar dari group. Rasa nak berduka lara juga laaa sebab Mak Jemah ni manusia biasa juga. Ada hati ada perasaan.

Kadang-kadang lelah dengan sandiwara dunia. Namun mungkin ini adalah dugaan untuk Mak Jemah. Tak pe, Tuhan aku redha andai ini dugaan Mu. Semoga lepas duka ni. Kau berikan rahmat yang lebih baik untuk Mak Jemah. 

Hidup ini bukan tentang aku saja. Banyak hati nak jaga. Namun ingatlah juga sebab aku pun manusia. Adakalanya aku juga tak kuat dan mungkin lelah. 

Maafkanlah aku andai aku yang bersalah. Terima kasih untuk semuanya.

Monday, October 30, 2017

CARA BROADCAST WHATAPPS TERUS KEPADA CUSTOMER

Alhamdulillah hari ni 27/10/2017 berjaya blast wassap kepada semua kenalan di list wassap. Sebelum ni leceh sebab dok pm sorang-sorang.

Benda ni dah belajar lama dah tapi tak apply pun. Sangat rugi sebab ilmu yang bermanfaat tidak digunakan. So, hari ni buat ayat untuk promo ESP dan terus send ke dalam broadcast ni. So, nama-nama contact yang ada dalam broadcast tu akan terima la wassap kita. Dengan syarat contact nama tu dia pun save contact nama kita.

Tak penat la kita nak pm sorang-sorang. Sekali send 20 orang dapat. Samada dapat respon atau tidak itu terpulang. Yang penting, kita dah buat kerja kita.

Sebagai peniaga online yang sentiasa kena bersaing dengan orang lain. Kita perlu pantas dalam bab-bab teknologi ni. Kalau lambat kena tinggal.

Jadi sentiasalah berusaha untuk menjadi yang lebih kedepan dan terbaik. InsyaAllah tidak akan sia-sia segala usaha kita. Mana tahu dalam 20 orang contact nama yang kita blast promo tadi berminat. Bukan ke masyuk tu.

Mudah je nak buat broadcast ni. Sebelah kiri atas kan ada titik 3 titik. Klik situ akan keluar list macam dalam gambar.



Kemudian pilih New broadcast. Kemudian pilihlah nama contact dalam list tu. Kemudian bila ada promosi untuk produk yang kita jual tu bolehlah terus blast. Semudah abc kan.

Selamat mencuba !


Thursday, October 19, 2017

BILA ABAH DAH KONVO !


Hari bersejarah untuk my hubby bila dah konvo. Bersusah payah belajar. Korbankan masa hari minggu sebab nak pergi belajar. 

Konvo ni berlangsung di PICC Putrajaya. Kami pergi bila dah nak habis waktu. Tu pun pakai waze dan ikut jer signboard. Sampai juga akhirnya di PICC.

Kak belikan bunga sebagai ucapan tahniah untuk abah. Tak sangka abah dapat juga pakai topi segi 4 ni. Sebenarnya tahun 2015 lagi dah dapat tawaran sambung belajar. Itu dekat UITM Space tapi dia taknak sebab fikir anak-anak. Tahun lepas bila dapat offer, kami semua suruh dia sambung sebab peluang kan tak datang banyak kali. Buat pun bukan lama. Hanya hujung minggu.

Alhamdulillah berjaya jugak habiskan. Tahniah dan syukur alhamdulillah.







Kami ambil peluang untuk merakamkan kenangan sempena hari konvo abah ni. Abah dah pucat lesi sebab panas sangat tengah hari tu. Dia kata keluar makan kat luar.

Lepas je konvo ni kami terus ke Melaka sebab dah janji dengan adik beradik untuk berjalan ke sana.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Mak Jemah yang nak sambung belajar, alih-alih hubby yang dapat. Rezeki Allah nak bagi kan. Siapa kita nak pertikaikan rezeki yang Allah nak bagi. Apapun sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik.

Tuesday, October 10, 2017

SESI MERAPU MERABAN

2 hari pergi BSN sebab nak buat akaun baru tapi tak berhasil. Semalam pergi nak update buku lama. Last-last dia kata tak wujud. Kuang hajooo. Jangan la cakap tak wujud. Cakap je dah expired. Mati dah akaun ni. Ewahh pandai la aku. Ampunnn.

Hari ni second time aku dengan nadia berjalan kaki membakar lemak untuk membuka akaun BSN yang baru. Last-last dia mintak nak Letter Offer from ofis dengan bil utility. Amboi-amboi. 2 kali mak jemah jalan tapi bersabar jela dia kata syarat dari bank Negara. Okey.

Esok kita cuba lagi kt BSN Batu 9 Hulu Langat. Harapnya takde masalah la lagi. Bila nak marah ingat "setiap kesulitan itu ada kesenangan'. InshaAllah kalau ade rezeki ada lah. Kita ni manusia hanya mampu merancang. Kalau Allah tu kata ada rezeki aku. Takkan kemana.

Bila pikir-pikir jadi stress jadi apa pun berbalik kembali pada Allah. Kita dah usaha yang terbaik. Esok bila dah berjaya akan kenang balik susah senang nak menuju kejayaan. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Ingat Allah hati akan jadi lebih tenang.

Menulis ni untuk mengubati hati sendiri

Wednesday, October 4, 2017

LANGKAWI, TUNGGU KAMI DATANG

Sumber gambar : En google

Langkawi, tunggu kami datang !

Hihi tak sabarnya nak sampai langkawi. Esok kami akan naik flight ke Langkawi pukul 12.10 tengahari dan tiba di sana dalam pukul 1.00 petang. Tiket flight dah lama booking dekat Traveloka. Esok kena keluar awal la sebab nak parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA1.

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Dari booking tiket flight pergi balik hingga la tiket-tiket nak berjalan kat sana. Kebetulan bulan September hari tu ada MATTA FAIR bolehlah beli tiket nak naik Cable Car dan jalan-jalan di sana dengan harga yang lebih murah. So, kepala dah tak pening nak gi mana, nak gi mana bila sampai sana.

So, esok pepagi dah kena keluar awal sebab jalan kat rumah tu memang jem gila. Anak-anak memang eksaited gila tapi ummi abah pun lebih lagi. Haha maklumlah pestime nak naik kapal terbang kan. Abang Aus 5 tahun dah nak naik kapal terbang. Adik Rayyan umur tak sampai 3 tahun dah naik kapal terbang. Rezeki korang ler anak-anak. Alhamdulillah.

Ummi dengan abah bila dah 30-an baru nak merasa naik belon. Tu pun syukur ya rahmat walaupun hanya sekadar nak pergi Langkawi. Keh keh keh.

InsyaAllah lepas ni kalau ada rezeki boleh pergi ke luar negara pulak. Nak simpan duit nak pergi umrah pulak. Semoga Allah permudahkan segala urusannya.

Okey, nanti Mak Jemah sambung cerita Langkawi di next entry naaa.

Thursday, September 21, 2017

DENGGI MEMBANTUTKAN TUGAS HARIANKU

Mula rasa nak demam Khamis malam. Masa tu rasa sakit tekak dan hidung mula macam ketat-ketat tak selesa nak bernafas. Gagahkan juga untuk bersiap macam biasa.

Jumaat 15/09/2017
Bangun pagi-pagi gosok gigi, cuci muka bersiap untuk rutin seperti biasa. Siapkan Abang Aus untuk ke sekolah. Hantar Abang Aus ke sekolah, beli breakfast Adik Rayyan dan hantar Adik ke rumah opah. Siap ! Terus bergegas ke pejabat. Sampai pejabat macam biasa. Lepak pagi sambil breakfast. Nak-nak pulak dapat offer lopeh hijau dengan kuah gula melaka yang ohsem. Mak Jemah tak lepaskan peluang telan 2 biji. Sambil makan sambil borak. Siap buat senaman sementara tunggu yang lain habis makan. Settle makan pagi. Buat kerja.

Tak sampai setengah jam badan mula mengigil. Eh eh nape dengan aku ni kak? Sejuk betul. Aku rasa macam nak pengsan. Pukul 10.00 gagahkan diri pergi amek wuduk untuk dhuha. Dhuha 4 rakaat. Sambung kerja balik. Pukul 11.00 dah tak tahan sangat. Kak, aku nak baringlah aku rasa tak tahan sangat dah ni, kepala berat. Maka Mak Jemah pun tidur dalam bilik solat. Sejuk dia bukan main. Habis telekung Mak Jemah dengan kak diana buat selimut tapi tak mampu nak lawan kesejukan. Minta tolong Abang Din g beli panadol sebab tak tahan sakit. Telan Panadol extend 2 biji untuk tampung kesakitan. Pukul 1.30 petang bangun untuk solat zuhur. Kemudian sambung kerja sampai petang.

Petang macam biasa pukul 7 baru hubby ambik kat bawah. Balik naik motor, badan dah memang tak tahan sangat dah. Lemah sangat, nasib baik dah Jumaat dan esok Sabtu boleh relax sikit. Balik rumah terus baring cari selimut dekat rumah mak mertua. Masa ni nak makan dah tak lalu. Siap-siap pulang.

Sabtu 16/09/2017
Hari ni kena pergi Melaka sebab ada hal. Tangguh lama dah. Jadi macam mana pun kena pergi jugak. Kami betolak ke Melaka pkl 12 tengahari. Sebelum tu kena servis kereta dulu. Buat aligment tayar dan sebagainya ambil masa dalam 2 jam. Kami sampai sana dalam pukul 2.50 petang sebab ikut google map. sesat barat juga tapi jumpa la tempat yang dituju. Masa temujanji pukul 6.00 petang. Jadi kami bawak anak-anak pergi tengok pantai. Masa ni ummi dah tak larat sangat. Nak layan anak-anak pun dah tak fokus. Abah je yang layan anak-anak. Huhuhu sian anak-anak ummi.

Dalam pukul 7.30 baru selesai urusan. Pukul 8.00 terus gerak balik rumah. Pesan dekat hubby kalau tak larat abah benti dulu tido sebab ummi tak larat nak teman. Ummi baring je dalam kereta kat seat belakang. Adik Rayyan teman abah bawak kereta kat depan. Last-last semua lena. Abah pun berhenti di RNR Senawang sebab mengantuk dan penat. Ummi sedar dan tanya kat mana ni abah? Dia jawab di RNR Senawang.

Kami sampai rumah dekat pukul 10 malam. Masa on the way balik ummi tido je sebab tak larat.

Ahad 17/09/2017
Ummi baring seharian di rumah. Tak bangun-bangun. Bila petang baru boleh bangun sikit dan pergi ke rumah mertua. Tu pun sebab adik rayyan mengamuk abah dia takde. Pegi rumah mak mertua sampai malam. Makan memang takde selera. Makan pun sekadar alas perut sebab nak tambah tenaga.

Isnin 18/09/2017
Hari ni tak boleh pergi kerja sebab badan sakit habis. Kami pergi ke Klinik Kesihatan Batu 14. Jumpa doktor dan bagi tahu simptom-simptom sakit sampai tak boleh bangun. Doktor suruh ambik darah nak cek darah. Ambik darah tapi darah masih okey. Bagi surat supaya esok datang lagi. Doktor juga bagi MC 2 hari sebab keadaan diri memang tak boleh nak kerja.

Selasa 19/09/2017
Seperti biasa pagi-pagi siapkan Abang Aus ke sekolah. Dah siap hantar dia baru ke Klinik untuk ambil darah. Kali ni platelet darah semakin turun. Tekanan darah pun rendah tapi badan rasa lebih sihat berbanding sebelumnya. Doktor suruh repeat lagi ambik darah.

Rabu 20/09/2017
Mak Jemah ke tempat kerja sebab tak sanggup nak pergi cucuk ambik darah lagi. Jangan ikut macam Mak Jemah ya. Mak Jemah memang fobia dengan klinik atau hospital. Ngeri sangat. Alhamdulillah hari berjalan dengan baik. Minum air kosong banyak-banyak sambil ambil ubat serta suplemen. Malam balik rumah nak tidur nak sapu la herbal blend di badan. Tengok-tengok bintik-bintik merah dah keluar. Cuak juga la hati ni tapi alhamdulillah semuanya terkawal.

Khamis 21/09/2017
Hari ni Mak Jemah kerja macam biasa. Tapi tak tahulah kesan ubat ke apa. Hari ni asyik terberak-berak saja. Nak kata makan ubat. Ubat yang doktor bagi hanya ubat tahan muntah, ubat batuk/selsema dengan ubat demam je. Tu pun makan bila perlu. Sendi-sendi badan dah tak sakit. Suara pun semakin okey dan yang paling best boleh dah main dengan anak-anak. Huhuhu.

Hari-hari ummi doa agar cepat sembuh sebab nak main dengan anak-anak. Rindu sangat tau. Rumah pun macam tokang pecah tak terjaga sebab tak larat. Tau sajalah kalau sehari tak mengemas. Esok dah cuti Awal Muharam. Semoga tahun baru ni kita semua pun lebih sihat, lebih kuat untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Taala.

Maafkan segala salah dan silap Mak Jemah sebelum ni.



Thursday, September 14, 2017

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 60 DI SEKOLAH ABANG AUS

Ummi ni kalau boleh nak simpan segala memori membesarkan anak-anak. Nanti bila rindu-rindu boleh tengok balik gambar anak-anak. Jadi ummi abadikan kenangan hari kemerdekaan kali ni dalam blog.

Semangat waja Abang Aus bangun pagi sebab nak pergi sekolah. Pakai baju Melayu sebab cikgu kata boleh pakai baju bebas. Adik Rayyan pun tak mau ketinggalan untuk pakai baju Melayu nak sambut kemerdekaan kat sekolah Abang.




Beratur dulu sebelum berarak untuk sambut merdeka. Semangat betul kan. Abang Aus pakai seliper nipon sebab senang nak buka masuk kelas. Hihi. Janji hensem.


Baju Melayu same kaler dengan Darren. Masa sambutan hari raya itu hari pun pakai baju yang sama. Sedondon gitewww.





Ummi sayang anak-anak ummi sampai syurga. Semoga kamu berdua sentiasa berada dalam lindungan Allah selalu. Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi. Kasih sayang yang tiada tandingannya.

Tuesday, September 5, 2017

BERUBAHLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA

Kadang-kadang dalam hidup ini kita akan melalui banyak sangat dugaan untuk lebih mematangkan diri. Alhamdulillah syukur Allah telah beri hidayah terlebih awal. Bila berborak-borang dengan sahabat tentang aurat, sangat malu dengan diri sendiri. Dulu betapa jahilnya aku.

Bila melihat gambar-gambar lama alangkah malunya. Berpakaian tidak seperti seorang muslimah sejati. Bertudung tapi pakai baju lengan pendek. Betapa aku mempersendakan tentang aurat itu. Hari ini, Allah bagi hidayah supaya terus berubah ke arah kebaikan. Semoga aku terus istiqamah.

Mujur dulu aku tidak terlalu gemar untuk menonjolkan diri di media sosial. Status pun hanya berkisarkan tentang diri sendiri dan keluarga. Betapa tulisan aku dulu terlalu mengikutkan emosi dan hanya pentingkan diri sendiri. Hari ini aku belajar erti kehidupan bahawa hidup ini bukan tentang kita sahaja.

Banyak benda yang perlu kita hadapi untuk mencapai apa yang kita impikan. Alhamdulillah Allah sentiasa dengar doa-doa hambanya. Cuma Dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengabulkan segala permohonan hambanya.

Aku yang hina. Sentiasa lupa dan leka namun sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik. Terima kasih dengan nikmat ini.

Friday, August 18, 2017

FEELING MACAM MODEL GITEWW





Bila tengok balik gambar-gambar ni rasa nak tergelak pun ada. Konon-konon wanita Melayu terakhir gitew. Pinjam munge hadiah birthday Kak Diana untuk ambik gambar. Hihi.

Maklum sajalah kami tak pernah dapat bunga. Dapat ambik gambo dengan bunga pinjam pun dah jadi la. 

Hari ni birthday Kak Diana. Di mintak cuti. Jadi kitorang pun sambutlah birthday dia awal semalam. Surprise gitu. Beli kek dan Mr. Jeffry belanja makan Mc D. Alhamdulillah rezeki yang melimpah ruah. Tengkiu bos !

Kek untuk Kak Diana

Happy Birthday kak, semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah selalu. 


Bila pagi bos tanya u ols nak makan apa hari ni. Aku dengan tersipu malu jawab malu laaa. Tapi cakap juga kalau kami nak order Mc D boleh dak sambil tutup muka dengan a4. Mr. Jeffry cakap go ahead ! Walaweh sengeh laa.


Tengoklah wajah-wajah ceria bila dapat makan free. Hahaha kenyang masa ni. Alhamdulillah.


Kawan satu opis sejak hampir 5 tahun ni. Kawan suka dan duka. Kadang-kadang buat gaduh. Sorry ya kak. hihi


Berphoto dengan Mr. James sebagai kenangan. 


Ini kisah hari ni. Bila hubby hantar munge melalui delivery. Kesian tengok bini asyik posing dengan bunga orang je. Hahaha jadi hari ni dia belanja bunga. Tengkiu la sayam. 












Thursday, July 27, 2017

Pertama Kali Ku Rasa Laksa Sarawak

Alhamdulillah hari ni berpeluang untuk makan laksa Sarawak bersama sahabat-sahabat pejabat. Rezeki bila sama-sama nak merasa.

Best jugak rasa laksa Sarawak ni. Ada rasa lemak, kari, masam, manis dan masin. Yang penting kena dengan tekak Mak Jemah. Best la. Lepas ni kena pergi lagi.

Dekat je dengan pejabat ni. Tapi kena pergi dengan kereta la. Kalau jalan agak penat jugak la. Pergi dengan kereta Nadia.




Nama kedai ni Dapur Sarawak yang terletak di  off, 19, Jalan Sarikei, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berhadapan dengan Hospital Tawakal. Nak parking agak susah sikit sini sebab terlalu ramai orang. Jadi kami bertiga ambil keputusan untuk keluar awal supaya tidak susah dapat parking.

Sebelum ni makan dekat Yusof Haslam. Best jugak. Hari ni terasa nak makan makanan Sarawak. Selain laksa ada macam-macam jenis menu. So, kalau pergi ramai-ramai tak risau sebab banyak pilihan. Bukan laksa semata-mata. Makanan lain pun ada.

Bila makan laksa ni rasa macam tak kenyang. Haha jadi kami pun order lagi satu makanan iaitu kue tiaw Cantonese. Share bertiga sikit sorang, masa ni rasa perut padat sangat.


Ni lah rupa kuew tiaw cantonese. Memang sedap ditambah dengan cili kicap memang so yummy. Kalau macam ni hari-hari confirm badan gemuk. 

Apa pun alhamdulillah untuk rezeki hari ni. Terima kasih Nadia sebab sudi bawak kami.

Friday, July 7, 2017

BILA ASB DAH TAK GUNA BUKU


Hari ni pergi bank sebab nak masukkan duit raya anak-anak. Dok pening fikir nak beli emas ke, masuk tabung haji ke masuk ASB. Last-last masuk jela ASb sebab meben dekat je dengan opis. Jalan kaki 2 3 langkah dah sampai. 

Semalam pergi bank offline. Balik saja. Hari ni bersemangat waja pergi bank nak masukkan duit anak-anak. Bukan apa takutlah terguna kan. Al-maklumlah mak jemah kan ?  Hahahaha

Walaupun raya baru hari yang ke-13 hari ni dan masih berpeluang untuk kumpul duit raya lagi. Mak Jemah tetap nak bank in. Hikhikhik. Kalau ade rezeki kita simpan lain.

Duit raya tahun ni dah terbang RM50 sebab nak beli kereta kontrol satu sorang. Kereta dah hancur walaupun raya tak habis lagi. Last-last ummi ganti balik dengan duit ummi.

Cashier pulangkan balik buku ASB anak-anak. Dia cakap dah tak pakai buku. So, Mak Jemah pun potpet2 la tanya (bukan marah okey). Lepas ni nak cek belen macam mana. Dia cakap semuanya boleh online. Dia explain la. Kena update detail dulu dekat ASB atau mana-mana ejen ASB. Nanti bila kita login dia bagi TAC macam meben2u atau cimbklik tu.

So, bila dah login tu bolehlah semak baki akaun kita berapa. Balik je dari bank terus cuba nak login kat  MyASNB tapi tak boleh sebab website masih dalam proses penyelenggaraan. 1 Ogos 2017 baru okey. So bersama-samalah kita menunggu. 

No ahli pon dah tukar tau. Dia akan bagi no ahli baru tak sama dengan nombor lama. 

Tahun depan dah tak payah pergi bank beratur semata-mata nak update buku ASB masing-masing. Nak update pun hanya di hujung jari. Tapi kesian pulak kat orang tua-tua. Mesti nak cek berapa baki. Huhuhu


Thursday, June 15, 2017

20 Ramadhan 1438H

Waaa kenapa tetiba jadi blur tak tau nak tulis apa ni. Allahuakbar. Banyak benda nak capai ni tapi tak tahu nak buat apa. MasyaAllah. Apa dah jadi ni kan.

Pernah tak bila kita dok jalan-jalan macam-macam idea datang. Bercabang-cabang dalam kepala. Bila duduk je depan pc. Harem satu habuk tak keluar. Sabarrr. Itu namanya dugaan untuk orang yang beriman. Allahuakbar.

Ni tulis je apa yang tangan nak tulis. Pagi tadi bangun siap-siap anak pergi sekolah. Abang Aus bawak towel kecil sebab cikgu tegur dia batuk. Tak boleh batuk dekat kawan-kawan. Jadi hari ni ummi bekalkan abang aus dengan towel kecil supaya bila rasa nak batuk cepat-cepat tekup muka dengan towel.

Anak ummi tu manja orangnya. Kalau orang tegur sikit mula la dia buat muka. Huhuhu. Manja dengan ummi dan abah. Tapi kalau ummi dengan abah takde pandai pulak dia bawak diri. huhu.

Abang aus sayang adik rayyan. Tapi bila di rumah selalu gaduh. Abang kadang-kadang takmo mengalah. Tapi bila ummi selalu pujuk cakap abang kan abang kenalah mengalah dengan adik sebab adik kecik lagi. Kadang-kadang dia paham. Kadang-kadang dia buat jugak adik dia. Hahaha ummi kena banyak-banyak sabar naaa.

Seorang ibu harus menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya. Ummi kalau boleh nak bagi semua yang terbaik untuk anak-anak. Ibu mana yang taknak tengok anak-anak bahagia dunia akhirat kan. Ummi sentiasa doakan anak-anak ummi jadi anak yang soleh.

Bila ummi dengan abah takde nanti. Abang dengan adik jangan lupa doakan kami. Ajar anak-anak cucu supaya terus berdoa untuk umat Islam di dunia ni. Pahala berganda-ganda Allah bagi. InshaAllah.


Wednesday, June 14, 2017

Allah Bagi Ujian Sebab Dia Sayang

Setiap ujian itu adalah rahmat dari Allah. Siap kita nak pertikaikan percaturan yang Allah berikan. Selalu ingatkan diri bahawa setiap ujian yang Allah hantar sebenarnya menjadikan kita lebih kuat dan tabah.

Kadang-kadang bila ditimpa masalah sikit kita dah rasa down sampai tak boleh nak move on. Padahal masa tu, Allah tengah uji tentang kemampuan kita sama ada kita ni sabar atau tidak. Allah itu maha penyayang terhadap hamba-hambanya.

Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara. Pinjaman semata-mata. Jauh lagi perjalanan hidup yang kita kena hadapi. Hidup di alam dunia, alam barzakh, hinggalah alam akhirat.

Raya tahun ni tak tahu nak balik mana dulu. Tiap-tiap tahun asyik berdrama nak balik mana dulu. Entahlah malas nak fikir rasanya. Ikutkan hati memang lah nak balik rumah mak kita kan. Selagi mak kita ada. Selagi tu kita nak balik rumah kita. Tapi bila dah berkahwin beranak pinak ni kena juga ikut cakap suami. Ye dok. 

Mak kita nak jugak main dengan cucunya tapi nak buat macam mana bertabahlah. Cakap lebih-lebih orang tak suka. Nasib jadi orang menumpang kan. Tapi apa pun bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Ni semua ujian. Yang mana boleh kita betulkan kita betulkan. Yang mana tak boleh betulkan kita redha. Doa yang baik-baik saja. Mintak Allah bukakan pintu hati. Semua orang tak sempurna dan aku pun tak sempurna. Banyak khilaf aku ni.

Hamba yang hina dimata Allah. Ya Allah, aku tiada daya upaya selain memohon pertolonganMu. Aku tiada daya upaya melawan segala takdirMu. Aku isteri dan syurgaku di bawah tapak kaki suami. Semoga kau berikan hidayahMu kepada kami semua.

Sementara mak kita ada ni, masa ni lah nak buat baik dengan mak. Nak jaga mak sementara umur masih ada. Jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya di tangan tuhan. Semoga raya tahun ni tiada drama swasta lagi. Hahahaha.

Tuesday, June 13, 2017

18 Ramadhan 1438 Hijrah

Dah 18 Ramadhan hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 18 Ramadhan. Nak 10 malam terakhir dah. Boleh start berqiamulai dah.

Alhamdulillah tahun ni bertambah baik dari tahun lepas. Kalau tahun sebelum ni tak mengaji langsung, tahun ni dah mula buka al-quran. Sikit-sikt baca dan baca terjemahannya Allah tu maha Kaya, Maha Besar. Banyak hidayah bila baca al-quran ni.

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita nak sebenarnya. Bila kita baca quran. Banyak jawapan yang kita boleh dapat bila baca quran. Alhamdulillah. 

Syukur ya Allah dengan nikmat dan hidayah ini. Semoga aku terus istiqamah dalam menunaikan ibadah kepadaMu Ya Allah. Terlalu banyak dosaku ya Allah. Tidak terhitung rasanya.

Dalam mendidik hati ni supaya tabah dan sabar kadang-kadang tersasar juga. Nak lawan perasaan malas tu memang susah sangat. Sekarang ni dalam proses memperbaiki diri. Dari solat hujung waktu ke awal waktu. Dhuha dan zikir inshaAllah dah banyak perubahan.

Kalau dulu nak zikir yang wajib pun susah. Bila-hari-hari buat rasa macam "ala kejap je ni". Dhuha pulak sehari kalau tak buat rasa macam tak lengkap. Terima kasih ya Allah. Bukan senang nak dapat hidayah ni. Semuanya milik Allah. Kita hanya hamba hanya mampu berdoa dan terus berdoa.

Semoga segala amalan kebaikan kita diterima Allah s.w.t. Amin.

Friday, June 9, 2017

14 RAMADHAN 1438 HIJRAH

Alhamdulillah dah 14 Ramadhan dah hari ni. Persiapan raya satu habuk tak prepare lagi. Baju anak-anak pun tak beli lagi. Minggu depan bos cuti seminggu. Yey.. Berhari raya awal la aku. Walaupun wassap akan sentiasa berbunyi. Tapi ok la kan. Chill sikit sebab dia takde depan mato. Kehkehkeh.

Orang lain berpuasa orang lain yang bercuti lebih. Ceh kutuk bos lagi. Kalau dia baca nih kompom naya. " i knock your head" hahahahaha. Whatever.

Hari-hari dalam bulan puasa ni nak kata berat badan kurus ? tak tahulah sebab tak timbang lagi. Kalau timbang kang takut terlebih berat pulak. Hohhohoho.

Enjoy sajalah nak buat macam mana dah badan memang nak naik masa ni. Ikut dio lah. Makan nasi dah memang tak banyak macam selalu. Sekepal je. 

Bila berbuka tu makan kuih-kuih dan minum air jer. Lepas berbuka terus solat maghrib. Kalau tak terus buat, lepas berbuka duduk memang susahlah nak bangun solat. So lepas berbuka basuh tangan terus ambil wuduk dan solat. Lepas solat boleh rehat jap sementara tunggu waktu i'sya. Lepas waktu i'sya boleh buat terawih minimum 8 rakaat. 


Wednesday, June 7, 2017

Lirik Doa Solat Dhuha – Unic


Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Simpan doa ni untuk dihafal dan diamalkan setiap hari. Nak ajak Abang Aus dan Adik Rayyan hafal sekali la doa ni. Semoga kita semua sentiasa murah rezeki. Tak kiralah rezeki apa pun. Alhamdulillah.


Tuesday, June 6, 2017

Apa Tema Baju Raya Tahun Ni ?

Pening kepala mak nak pikir pasal baju raya anak-anak dan suami ni. Bab anak-anak mungkin ummi boleh pilih jer. Suami tersayang pulak tahun ni ummi tak tahu nak pilih macam mana. Dia cakap taknak sebab baju sebelum ni masih okay dan tak pakai pun. Memang betul pun dia pakai sekali time raya je. Pastu masuk almari dan gantung. Sadis kan ?

Tiap tahun kami raya ala kadar je. Beli apa yang mampu je. Syukur dengan apa yang ada. Nak kata kaya benor-benor tu idok ler. Cukuplah makan pakai. Al-maklumler banyak benda nak settle lagi. Bersyukur dengan nikmat Allah bagi. Ada rumah untuk berteduh, ada pakaian nak pakai dan ada makanan untuk ditelan.

Bila difikirkan banyak benor nikmat Allah bagi tapi terpulang pada kita je sama ada nak bersyukur atau tidak. Semua orang banyak ujian dan ujian sesama kita tak sama. Miskin itu ujian. Kaya juga ujian. Jadi bersabarlah dengan setiap ujian yang Alah bagi ni. Allah uji sebab dia sayang. Dia rindu kita merayu pada dia. Sebab dia yang MAHA berkuasa atas sesuatu.

Okey dah melalut ke ujian bagai dah. Berbalik kepada baju raya tahun ni ? Mak Jemah pakai baju yang murah-murah jer sebab tak mampu. Huhu. Sejak berumur 30an ni badan naik bam bam tapi idok ler melebihi 60kg. Alhamdulillah. So baju saiz M masih boleh pakai tapi Mak Jemah dah tak selesa pakai baju ketat-ketat. So pilih saiz L u olss. Hahaha.

Baju pilihan Mak Jemah ialah baju kurung moden jer sebab senang boleh pakai untuk buat kerja. Tak payah nak beli baju blink-blink diva sangat sebab bukan ada event orang nak jemput pun. Kalau ada event pon pinjam atau sewa jela baju. Hahahah sebab bukan nak pakai selalu. Kihkihkih.


Monday, May 29, 2017

Ramadhan Hari Ke Tiga Tahun ni

Alhamdulillah Ramadhan tiba lagi tahun ni. Tahun ni Abang Aus tak start puasa lagi. Walaupun dia nak puasa ummi hanya boleh bagi galakkan saja. Lebihnya serah pada dia. Sabtu hari tu pukul 11 dah minta susu, tak tahan katanya. Jadi ummi bancuhlah susu untuk kedua-dua anak ummi tu.

Petang Sabtu kami anak beranak keluar pergi ambik Tokmek, Cikni, Abang Wan, Achik dan Pakcik Radhi di KWC. Ayah Chik yang datang ambil sebab ummi tak bawak kereta. 

Ramadhan pertam kali ni dapat berbuka puasa dengan semua family kecuali Abang Long dan family takde.

Semalam Ramadhan yang kedua, keluar rumah pukul 12 tengah hari pukul 11 malam baru balik. Seharian duduk di KWC. Kak nak beli barang untuk bisnes bazar dia. Kami ni tukang ikut je la. Aku teman je mek tunggu kat sofa yang ada kat situ.

Berbuka pun kat luar juga. Makan ramai-ramai sempena birthday mek, achik manjung dan wawan. Alhamdulillah dapat makan nasi arab kali ni. hihi

Rezeki melimpah ruah Allah berikan. Syukur dengan segalanya. 

Friday, May 26, 2017

My Ramadhan Battle Plan 1438 Hijrah


Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak semua. Malam ni tengok anak bulan dan inshaAllah esok start puasa. Semoga tahun ni feni boleh lakukan amal ibadat yang lebih dari sebelum ini.

Abang Aus pun dah nak start berpuasa jadi secara tak langsung ummi pun kena kuat semangat untuk buat amal ibadat. Misi tahun ni taknak makan banyak-banyak masa buka puasa sebab nak buat solat terawih setiap malam.

Dah plan siap-siap dah apa aktiviti untuk bulan puasa ni. Hati ni memanglah nak puasa penuh tapi kita ni perempuan so adalah waktu cuti ketak uzur tu.

Apa yang Feni nak buat waktu uzur pun Feni dah plan siap-siap. Bagus juga ada Battle Plan ni.

Siapa yang membuatnya mesti dapat pahala yang banyak sebab sebarkan kebaikan.

Semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna. Amin.

Thursday, May 25, 2017

Testing 8Share Untuk Jana Income


Hai semua, Apa khabar ? Saja je cuba test 8share ni. Katanya boleh buat duit. Betul ke? Cuba Klik sini.

39 ENTRY BERJAYA TULIS DAH SETAKAT NI

Alhamdulillah dah 39 entry dah berjaya mak jemah tulis untuk blog bisnes tu setakat hari ini. Syukur pada Allah sebab bagi kesempatan dan ruang untuk Feni menulis dan menulis. Bila kawan-kawan support untuk menulis memang tulislah kerjanya.

Blog sebelah memang fokus nak buat bisnes dan buat duit. Blog ni tempat untuk meluahkan perasaan dan syiok sendiri. Keh keh keh.

Memang takdak orang nak tengok sebab feni memang tulis untuk diri sendiri jer. #jangankecam naa.

Berbaki 5 hari lagi mampukan Feni menulis sehingga 50 entry bulan ni? Sama-samalah kita melihatnya.

okay nak keluar pergi cari makan. Tak tahu nak makan apa ni ? Sama ada MAT ZAIN CHOWKIT ATAU KOREAN FOOD di Sunway Putra.

Apa-apa akan diupdate kemudian.


Daaaa...


Wednesday, May 24, 2017

INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI, KITA TOLONG ORANG ALLAH TOLONG KITA

Kita tidak mampu untuk mengubah perangai orang lain tapi kita mampu ubah diri sendiri dari tidak baik kepada baik dan lebih baik. InshaAllah dengan izin Allah.

Dalam menghadapi hari-hari mendatang menuju kejayan kita akan lalui banyak onak dan duri. 

Nak istiqamah dalam melakukan kebaikan memang susah sangat sebab kena lawan nafsu sendiri dan hasutan syaitan. Kita manusia memang sangat lemah dengan tipu daya syaitan. Tpi bila kita sering menggunakan akal untuk membuat keputusan ishaAllah  mudah saja perjalanan hidup ini.

Dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sahaja. Kalau kita ingat mati tentunya kita sangat takut untuk berbuat kejahatan.



Photo ini saya ambil daripada blog agunkzscreamo untuk rujukan bersama. 

10 alam lagi akan kita tempuh untuk sampai ke akhirnya. Jadi berbuat baiklah kita supaya mendapat manfaat sehingga akhirat.

Salam ukhuwah sesama insan,

Safeni Feni

Monday, May 22, 2017

PERKAHWINAN ITU SATU PERJUDIAN

Hidup ini terlalu banyak benda yang hendak diterokai dan dipelajari. Selagi kita bernama manusia selagi itu kita sering diuji. Begini begitu macam ni macam tu. Dalam mengejar impian dan harapan. Dugaan akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita.

Perkahwinan itu satu perjudian. Teringat kata-kata seorang pakcik yang berada di sekitar rumahku. Jika kita menang alhamdulillah. Jika kita kalah, hancurlah harapan. Namun hidup ini tidak boleh berputus asa.

Doa pada yang ESA supaya ditetapkan hati dan diberi ketabahan untuk menjalani kehidupan sebagai uami isteri. Semoga Feni menjadi isteri dan ummi yang solehah untuk suami dan anak-anak.

Dah hampir 7 tahun melayari rumah tangga bersama suami tersayang. Banyak suka duka dilalui bersama.

Tuesday, May 16, 2017

Kisah Adik Rayyan Yang Terkena Demam Denggi

Langit tak selalu cerah. 26/2/17 Adik Rayyan dimasukkan ke wad kerana suspek denggi. Huhu Sedih betul la. Hari-hari adik nangis sebab takut dengan doktor. Doktor paksa dia ambil darah. Ummi yang sensitif lebih. Tapi ummi kena kuat untuk Adik Rayyan.

4 hari Adik Rayyan kena tahan wad. Tak makan tak minum. Kalau makan pun sikit jer. Dia banyak mengempeng je. Nasib baik susu badan banyak. Ummi yang kena struggle minum air kosong banyak-banyak supaya susu badan banyak.






Entry sebenarnya dah lama nak sambung tulis dan publish tapi banyak sangat halangan. Takut pun ada. 

Semoga Adik Rayyan sihat walafiat sentiasa. Ummi sayang Adik Rayyan dan Abang Aus sampai syurga.

Lagi 10 Hari Nak Sambut Ramadhan 1438

Alhamdulillah hari ini masih bernafas di bumi Allah ini. Bertenaga untuk bekerja mencari seuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga. Semoga banyak rezeki yang datang mencurah-curah.

Mei semakin hari semakin meninggalkan kita. Lebih kurang 10 hari lagi nak sambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kami.

Tahun ni inshaAllah nak khatam al-quran bersama suami dan anak-anak. Taknak makan banyak-banyak sampai malas nak buat amal ibadat. Kalau boleh solat nak buat solat terawih setiap hari. Minimum 8 kali sehari.

Semoga semua amalan kita diterima Allah. 


Aku banyak dosa ya Allah. Terlalu banyak dosaku yang lalu. Tahun ni alhamdulillah berjaya ganti puasa sepenuhnya. Puasa sunat pun dah banyak buat tahun ni. Berjaya mengatasi perasaan malas.

Makan banyak boleh menyebabkan perasaan malas. Jadi sekarang ni memang dah kontrol makan lah. Manis-manis pun dah tak makan sangat. Banyak minum air kosong bila di ofis. Kalau kat rumah pun jarang sangat minum air manis.

First ramadhan kali ni jatuh pada hari Sabtu. Abah kerja hari tu. Harapnya abah dapat balik awal la boleh berbuka puasa sama-sama dengan keluarga.






Friday, May 5, 2017

Selesai Daftar Abang Aus Ke Sekolah Rendah 2019

Alhamdulillah hari ni ummi dengan abah selesai daftar Abang Aus ke tahun satu 2019 nanti. Bulan Ogos tahun dapan kene pergi sekolah lagi untuk buat pengesahan.

Minggu lepas dah pergi sekolah tapi sekolah nak sampul surat beralamat sendiri dan setem 80sen. Jadi terpaksalah keluar  balik ke pejabat pos dan beli sampul surat. Kedai tak buka lagi masa tu.

Kena balik ofis sebab dalam waktu kerja. Minggu ni abah kerja jadi tak dapat la nak pergi hantar borang. Bila pergi sekolah kerani tu cakap dah lambat. Apa hal pulak lambat ? Dalam tu dah tulis sila maklumkan pihak sekolah dalam masa dua minggu. Bengang jugak la mak jemah hari ni. Nasib baik dia buat jugak.

Ingat senang ke nak masuk lambat ke ofis. Bukan senang-senang nak keluar tau. Silap-silap haribulan kena spanar dengan bos. Kalau jenis bos yang faham takpe jugak. Bos pun ikut mood. Kalau mood okey alhamdulillah. Kalau mood tak okey. Naya la kauuuuu.

Hidup berkuli macam ni lah. Selagi kau bernama kuli kau akan tetap kena spanar. Hahaha jadi bertabahlah.

Apapun lega sebab dah selesai daftar sekolah Abang Aus. Abang Aus cepat betul besar. Ummi rindu abang aus yang kecil. Sekarang dah jadi kawan ummi dah abang. Suka tolong ummi buat kerja. Ummi sayang abang Aus sampai syurga tau.