Cuaca hujan dari malam tadi. Pagi ni hantar anak-anak ke sekolah dalam hujan. Jalan pun dah jem mula dari atas lagi. Keluar awal pun lambat juga sampai.
Tunggu hujan reda sikit baru gerak. Pakai baju hujan terus gerak ke pejabat. Bila sampai opis. Tengok pintu opis masih belum bukak. Ingatkan dah ada yang sampai. Rupanya Kak Feni orang pertama sampai hari ni. Alhamdulillah syukur sebab Allah permudahkan urusan ke pejabat hari ni.
Walaupun cuaca hujan lebat. Kami selamat sampai. Kasut pun tertinggal dalam raga motor sebab nak cepat. Haha jadi hari ni pakai jela selipar yang ada di opis ni. Nampak cuaca sekarang macam dah reda. Harapnya balik karang hujan tak turun lagi. InshaAllah.
Begitulah hidup ini. Kita hamba hanya mampu merancang. Namun Allah juga yang menentukan. Semoga yang baik-baik datang kepada kita.
Kalau kita nak senaraikan nikmat yang Allah bagi tak tersenarai kot. Jadi kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Walaupun nampak kecil tapi besar rahmatnya. Begitulah. InshaAllah.
Berhenti merungut dan mulakan sekali lagi.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.