Wednesday, August 21, 2019

Modify Basikal Anak-anak



Hurmmm hari ni abahnya singgah rumah opah sebab nak belikan tempat letak kaki di belakang basikal. Entah apa nama tak tahu nak sebut. Kanggaroo ke ape entah. Terjebak nak beli benda ni sebab hari Sabtu lepas pergi kayuh basikal dengan Abang Fan di Stadium Kajang. Tengok Abang Fan punya ada. Makanya 2 ketul kat rumah pun nak juga.

Dah cakap tunggu gaji lah baru kita beli. Agaknya tak sabar dan abahnya pun sama naik. Layan jela anak-anak dia. Rasa bersalah sebab semalam dia cubit Adik Rayyan. Haha bila nakal sangat kena lah habuan.

Kalau dengan ummi sorry susah sikit nak dapat sebab tu dema suka bodek abahnya. Abahnya layan je. Tu seronok tak kata lah tu. Adik walaupun tak berapa pandai lagi nak kayuh 2 tayar tapi semangat tu ada. Dia buka tongkat untuk bertahan. Kayuh perlahan-lahan.

Sebelum ni guna 4 roda. Roda yang tengah 2 tu dah terkeluar dah dia punya wayar-wayar sebab lama dah. Basikal tu Abang Aus punya. Bila Abang dah besar belikan basikal baru untuk abang. Dia ambik yang lama.

Bila pergi tukar 2 tayar depan belakang tu kena RM72.00. Hurrmmm sabar jela. Untuk anak-anak kan. InshaAllah lepas ni ada rezeki lain. Cerita dekat makcik-makcik dekat rumah tu. Dia kata kalau dulu dah boleh beli basikal baru. Haha mahal lah makcik basikal sekarang. Yang Abang Aus tu pun RM2xx.xx jadi takpelah kita repair jela dulu.

Dah cantik balik dah. Petang-petang kayuh tak hingga lah tu. Dapat tayar baru. Tapi slow lagi sebab tak berapa pandai imbang badan.


Tuesday, August 20, 2019

Perjuangan Dalam Menghadapi Ujian Hidup Itu Bukan Mudah

Hari ni pagi-pagi dah dapat perkabaran duka dari seorang sahabat Kak Feni. Macam-macam masalah yang dia hadapi.

Kadang-kadang rasa malas nak amik port. Malas nak ambil tahu tapi kenapa Allah datangkan dia kepadaku ? Ada hikmah yang indah. Supaya aku bersyukur dengan hidupku.

Ketika ini aku rasa susah sangat hidup aku tapi dalam masa yang sama Allah hantar jawapan untuk aku nikmati hikmah disebalik ujian yang dia bagi. Allah nak kita tahu yang ujian yang dia bagi ni pasti kita mampu hadapinya.

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Bersangka baiklah dengan Allah. Sebaik-baik perancang adalah Allah. Sebesar-besar masalah yang kita sedang alami, Allah lagi besar. Itu nikmat yang Allah bagi supaya kita bersyukur.

Sabar dan hadapi dengan tenang. Kalau rasa macam tak tahan sangat menangislah dan mengadulah kepada Allah.

Kita sebagai seorang sahabat bantulah apa yang patut. Tak mampu nak bantu dengan wang ringgit. Bantulah dengan menghadiahkan kata-kata yang baik. Pinjamkan bahu untuk berpaut.



Kadang-kadang sahabat tak nak pun harta kita. Dia hanya mahukan teman untuk meluahkan perasaan agar bebanan yang ditanggung dapat dikurangkan. Rasa lega dengan apa yang menyesakkan dada.

Nak menjadi orang baik tak susah. Buat saja apa yang Allah suka. Jangan kisah sangat apa yang orang tak suka. Dalam dunia ni banyak benda yang boleh membuatkan kita bangkit dan banyak juga benda yang membuatkan kita jatuh. Namun bangkitlah kerana Allah Taala.


Thursday, August 15, 2019

Blog UNDER CONSTRUCTION !!!

Blog ini sedang dalam proses upgrade. Cuci sawang dan hias yang baru. Terima kasih.


Tuesday, August 13, 2019

Raya Qurban Yang Ke 3

Hari ni hari raya yang ketiga. Kak Feni dah masuk opis untuk bertugas. Mood tak mari lagi untuk bekerja. Haha maklumlah bila dah cuti 3 hari mood holiday ni masih ada berbaki. 

Pagi tadi masuk opis terus dijamu makan nasi himpit, kuah kacang dan rendang. Ada juga puding jagung dan bahulu. Kakak kat opis ni yang bawa. Kak Feni melenggang Cik Kiah je datang opis. Alhamdulillah rezeki.

Semalam kononnya nak pergi shopping barang dapur sebab banyak dah habis. Anak-anak sibuk nak tengok wayang sebab cuti lama kan. Kesian pulak dengan diorang sebab asyik terperap je di rumah. Jadi kami pun cancell la plan nak beli barang dapur. Bawa diorang pergi tengok wayang dulu.

Kami keluar awal lepas zuhur. Diorang dah makan nasi siap-siap yang Kak Feni masak dari pagi. Keluar dengan perut yang kenyang satu kelebihan, kalau tak tak senang nak berjalan.

Kami ke Cheras Central sebab yang tu paling dekat. Tayangan bermula pukul 5.30 petang. Kami pukul 3 dah sampai. Tak beli online pun tiket just walk in. Mujur juga pandai guna mesin beli tiket tu. hahaha sebab first time guna. Terima kasih kepada anak muda yang tengah jaga kat situ. Dia yang ajar Kak Feni guna. Kalau tak haru juga 😅.

Lepas beli tiket kami ronda-ronda mall. Nak cari makan nak lepak tapi hakikatnya disini takde tempat makan yang best. Yang ada Starbuck dan juga OldTown White Coffee je. Jadi kami pun pilih Old Town White Coffee untuk makan-makan. Anak-anak nak makan roti bakar dengan air coklat. Duduk sini sampailah pukul 5.00 petang.

Wah lama betul nak tunggu sampai tayangan. Anak-anak punya pasal layan jela.


Anak manja ummi ni lah yang banyak akai. Ngamuk-ngamuk nak tengok sekarang jugak ! 





Monday, August 5, 2019

5 Ogos 2019 - Komitmen Bulanan Yang Nak Kena Bayar

Kak Feni akan tulis sini sebagai diari Kak Feni.

Alhamdulillah hari ni setelah beberapa hari duit gaji. Selesai bayar segala komitmen yang kena bayar tiap-tiap bulan.

Pagi ni done, 

1. Bayar takaful anak-anak.
2. Duit loan 
3. ASB abah
4. Duit kutu

Belum done lagi duit kereta, duit mak ayah. InshaAllah petang ni setelkan.

Terima kasih ya Allah, walaupun segala dugaan mendatang. Akanku tabah menghadapinya. 

Berniaga ni nampak macam kaya, macam mewah. Namun hakikatnya hanya orang yang melaluinya sahaja yang tahu.

Macam Kak Feni. Selalu update pasal resit bank. Order masuk dan what so ever. Hakikatnya banyak komitmen yang perlu kak Feni bayar tiap-tiap bulan.

Kadang-kadang nak menyimpan pun tak sempat. Apapun alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Bila kita selalu update yang baik-baik. Orang pun fikir yang baik-baik. Biarlah susah kita, kita je yang simpan. Nak merampuh meroyan pun tak guna. Hanya akan menambah duka di dada.

Allah dah janji, pasti akan ada rezeki bagi mereka yang berusaha. Yakin dan percaya. Mesti ada jalannya.

Buatlah sesuatu dari duduk saja dan menunggu rezeki. Jemputlah rezeki itu.