Showing posts with label Abang Aus. Show all posts
Showing posts with label Abang Aus. Show all posts

Friday, November 15, 2019

2020 Dah Nak Datang



Hurm Kak Feni sakit kepala hari ni. Tadi dok tai-taip simpan dalam draf je untuk Blog Safeni Feni. Nanti kepala dah okey boleh publish.

Bukan senang nak senang kannnn. Adeiii stress pulak memikirkan hujung tahun ni. Banyak belanja nak pakai sebab nak beli barangan sekolah anak-anak. Semoga ummi dan abah ada rezeki yang banyak lah. Amin.

Semua orang pun sama dengan Kak feni. Masing-masing ada komitmen sendiri. Diri sendiri dan keluarga. Semoga Allah permudahkan segala urusan hendaknya. 2 3 minggu ni Kak Feni dan husband sangat sibuk dengan urusan di luar. Ada banyak kawan dan saudara mara buat makan-makan. Alhamdulillah rezeki.

Esok pulak ada fiesta keusahawanan di sekolah Abang Aus. Dia dah tanya hari tu "ummi ada apa-apa program tak hari Sabtu ni ?" Ummi jawab setakat ni semua okey takde apa-apa program. Cuma duduk rumah dan kemas rumah. Laju dia cakap bolehlah pergi sekolah abang. Ada hari usahawan katanya.

Esok abahnya kerja, jadi nampaknya ummi kena pergi dengan anak-anaklah. Jadi supir untuk anak-anak. Adik pun tumpang seronok sebab boleh pergi sekolah abang.

Malam kelmarin minta duit RM20 dengan ummi nak main permainan nak collect sticker. Nak dapat hadiah katanya. Last-last ummi balik kerja semalam tengok ada duit dalam beg yang selalu bawa gi rumah opah. Dia cakap opah tak bagi bawa duit banyak-banyak. Opah bagi RM10 je. Haha dengan ummi bolehlah, dengan opahnye sorry. Tapi hari ni ummi bagi lagi RM10 untuk dia buat main. Duit yang semalam tu lah. Nak lawan main beyblade katanya.

Ummi bagi lebih pun bersyarat jangan buat beli benda mengarut. Lepas tu kalau tengok ada kawan nak main tapi takde duit, abang belanja lah dia. Huhu sebab ummi dulu susah sangat. Nak makan pun berjimat cermat. Macam tulah anak-anak. Ada masa kita kena tegas, ada masa kita pun kena berlembut dan jadi kawan.

Hari Selasa lepas Abang Aus bawa mayonis sebab murid tahun satu diwajibkan bawa mayonis sepeket seorang. Jadi ummi pun belilah sebotol mayonis sebab yang peket punya takde. Nak pergi pasaraya dah tak sempat, beli jelah yang mana ada. Anak-anak punya pasal, ummi abah berkorban apa sahaja. Walaupun hakikatnya hari fiesta lambat lagi. Setel awal biar senang sikit.

Ni 2020 nak datang ni. Banyak duit nak guna nak beli segala keperluan sekolah. Nak bayar yuran sekolah dan belanja sekolah. Ummi harap masa tu cukuplah duit ummi.


Friday, February 2, 2018

Bila Abang Aus Menginjak Umur 6 Tahun

28 haribulan Januari 2012, pukul 1.50 petang Abang Aus selamat dilahirkan ummi. Namun uri abang taknak keluar, puas doktor cuba nak keluarkan uri abang tapi tak keluar juga. Masa tu ummi dah lemah dan tak kisah dah apa pun yang doktor nak buat.

Setelah beberapa doktor dan nurse mencuba untuk keluarkan gagal. Ummi terpaksa dikejarkan ke Hospital Ipoh. Nak tunggu prosedur untuk hantar ke Ipoh pun tunggu masa. 2 jam atas ambulance ke Ipoh bukan sesuatu yang indah untuk dikenang.

Sampai di Ipoh, beberapa doktor pakar cuba untuk keluarkan uri dalam perut ummi. Ambil masa juga untuk keluarkan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Sakit nak bersalin, sakit bersalin dan sakit nak korek uri. Beberapa jam kemudian tu baru uri ummi keluar. Doktor cuba yang terbaik. Dia cakap harap-harap uri tak pecah sebab kalau uri pecah ummi akan di operate. Bayangkan berapa kali ummi sakit.

Doa ummi tak putus-putus supaya dipermudahkan segalanya dan alhamdulillah lepas isya' baru selesai jahit semua. Masa jahit tu mentah-mentah dan sakitnya hanya tuhan yang tahu. Dekat pukul 10 baru ummi boleh jumpa dengan Abang Aus. Nak tolak ke wad pun ambil masa.

Alhamdulillah sekarang abang dah besar. Dah jadi abang untuk adik rayyan dah. cerdik dan bijak dah. Pandai sekolah dan mengaji. Syukur bila tengok anak membesar dengan sihat dan bijak.

Untuk kali ni, ummi dengan abah hadiahkan abang sebuah basikal sebab abang dah pandai mengaji dan membaca. Rajin pergi sekolah dan selalu tolong ummi. Abang anak yang baik dan tak banyak susahkan ummi. Selalu paham ummi kalau ummi susah.



Doa ummi selalu bersama abang. Semoga abang menjadi anak yang soleh untuk kami semua. Berjaya dunia dan akhirat.

Thursday, June 15, 2017

20 Ramadhan 1438H

Waaa kenapa tetiba jadi blur tak tau nak tulis apa ni. Allahuakbar. Banyak benda nak capai ni tapi tak tahu nak buat apa. MasyaAllah. Apa dah jadi ni kan.

Pernah tak bila kita dok jalan-jalan macam-macam idea datang. Bercabang-cabang dalam kepala. Bila duduk je depan pc. Harem satu habuk tak keluar. Sabarrr. Itu namanya dugaan untuk orang yang beriman. Allahuakbar.

Ni tulis je apa yang tangan nak tulis. Pagi tadi bangun siap-siap anak pergi sekolah. Abang Aus bawak towel kecil sebab cikgu tegur dia batuk. Tak boleh batuk dekat kawan-kawan. Jadi hari ni ummi bekalkan abang aus dengan towel kecil supaya bila rasa nak batuk cepat-cepat tekup muka dengan towel.

Anak ummi tu manja orangnya. Kalau orang tegur sikit mula la dia buat muka. Huhuhu. Manja dengan ummi dan abah. Tapi kalau ummi dengan abah takde pandai pulak dia bawak diri. huhu.

Abang aus sayang adik rayyan. Tapi bila di rumah selalu gaduh. Abang kadang-kadang takmo mengalah. Tapi bila ummi selalu pujuk cakap abang kan abang kenalah mengalah dengan adik sebab adik kecik lagi. Kadang-kadang dia paham. Kadang-kadang dia buat jugak adik dia. Hahaha ummi kena banyak-banyak sabar naaa.

Seorang ibu harus menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya. Ummi kalau boleh nak bagi semua yang terbaik untuk anak-anak. Ibu mana yang taknak tengok anak-anak bahagia dunia akhirat kan. Ummi sentiasa doakan anak-anak ummi jadi anak yang soleh.

Bila ummi dengan abah takde nanti. Abang dengan adik jangan lupa doakan kami. Ajar anak-anak cucu supaya terus berdoa untuk umat Islam di dunia ni. Pahala berganda-ganda Allah bagi. InshaAllah.


Friday, May 5, 2017

Selesai Daftar Abang Aus Ke Sekolah Rendah 2019

Alhamdulillah hari ni ummi dengan abah selesai daftar Abang Aus ke tahun satu 2019 nanti. Bulan Ogos tahun dapan kene pergi sekolah lagi untuk buat pengesahan.

Minggu lepas dah pergi sekolah tapi sekolah nak sampul surat beralamat sendiri dan setem 80sen. Jadi terpaksalah keluar  balik ke pejabat pos dan beli sampul surat. Kedai tak buka lagi masa tu.

Kena balik ofis sebab dalam waktu kerja. Minggu ni abah kerja jadi tak dapat la nak pergi hantar borang. Bila pergi sekolah kerani tu cakap dah lambat. Apa hal pulak lambat ? Dalam tu dah tulis sila maklumkan pihak sekolah dalam masa dua minggu. Bengang jugak la mak jemah hari ni. Nasib baik dia buat jugak.

Ingat senang ke nak masuk lambat ke ofis. Bukan senang-senang nak keluar tau. Silap-silap haribulan kena spanar dengan bos. Kalau jenis bos yang faham takpe jugak. Bos pun ikut mood. Kalau mood okey alhamdulillah. Kalau mood tak okey. Naya la kauuuuu.

Hidup berkuli macam ni lah. Selagi kau bernama kuli kau akan tetap kena spanar. Hahaha jadi bertabahlah.

Apapun lega sebab dah selesai daftar sekolah Abang Aus. Abang Aus cepat betul besar. Ummi rindu abang aus yang kecil. Sekarang dah jadi kawan ummi dah abang. Suka tolong ummi buat kerja. Ummi sayang abang Aus sampai syurga tau.





Wednesday, April 19, 2017

My Handsome Boys - Tak Pernah Tak Sayang


Bila rindu ku tatap gambarmu anak-anakku. Rindu seorang ummi yang tiada tandingannya. Namun demi tugas untuk mencari rezeki membesarkan kamu berdua ummi terpaksa tinggalkan kamu untuk sementara waktu.

Terasa jam begitu lambat sementara menunggu waktu pulang dari kerja. Hanya doa ummi kirimkan supaya kamu sentiasa sihat, selamat, bahagia dan ceria.

Beruntung kamu wahai anak kerana masih punya Opah yang sudi menjaga kamu ketika ummi kerja. Bersyukurlah dengan dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. 

Ummi sayang Abang Aus dan Adik Rayyan sampai syurga.

Thursday, April 6, 2017

Kesayangan Ummi Sampai Syurga


Hari ni belek-belek gambar lama terjumpa la gambar ni. Abang Aus kecik lagi masa ni. Sekarang kasut tu dah tak muat. Membesar dengan jayanya.

Adik pun dah boleh pakai kasut Abang Aus. Gambar ni diambil masa main bowling di IOI Mall.

Rindunya kat Abang Aus masa ni. Abang Aus akan sentiasa comel dan manja untuk ummi. Ummi sayang Abang Aus. Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi Abang Aus tetap menjadi penawar dalam hidup ummi.

Ummi sayang semua anak-anak ummi. Bila ummi cakap ummi sayang abang. Adik pun "sayang adik". Mestilah ummi sayang semua anak-anak ummi. Melahirkan dan membesarkan kamu berdua adalah perkara yang terindah dalam hidup ini.

Setiap hari ummi berdoa agar Allah sentiasa melindungi anak-anak ummi. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kita orang susah dan perlu berusaha kuat untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Tiada siapa boleh tolong diri kita melainkan kita sendiri.

Setinggi mana pun kita berada jangan lupa diri. Sentiasa tunduk pada yang maha ESA. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Berdoalah memohon dan meminta pada yang ESA. Kerana Dia yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Semoga masih ada esok untuk kita terus bahagia.

Love, 

Ummi Abang Aus & Adik Rayyan


Thursday, March 16, 2017

Buat Labah-labah


Hari ni Cikgu hantar gambar Abang Aus dengan labah-labah. Suka ummi tengok abang Aus happy dengan aktiviti hariannya.

Semalam Abang Aus tak sekolah sebab cirit birit. Kesian Abang Aus. Hari ni pagi-pagi dah bangun sebab semangat nak sekolah.

Abang Aus dah pandai berdikari. Bawak diri di sekolah. Tak nangis macam mula-mula masuk sekolah dulu. Abang Aus dah ada ramai kawan.





Minggu depan dan start cuti sekolah. Esok dah last sekolah. Cikgu hantar wassap bagitahu banyak Homework nak kena buat. Seminggu cuti Abang Aus duduk dengan Adik Rayyan kat rumah opah. 

Adik Rayyan seronok la sebab ada kawan. Kalau tak sorang-sorang jela tengok didi and friends.


Wednesday, December 28, 2016

Adik Rayyan Dah 2 tahun dan Abang Aus Nak Masuk 5 Tahun


Alhamdulillah bulan 12 tahun ni Adik Rayyan dah 2 tahun. Semoga membesar dengan sihat dan kuat. Menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi adik yang baik untuk Abang Aus.

Adik Rayyan dilahirkan di negeri Selangor. Tempat ummi dan abah tinggal sekarang. Masa melahirkan Adik Rayyan tak susah sangat sebab memang ummi sentiasa berjaga-jaga. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.

Dalam labour room tak lama untuk Adik Rayyan keluar dari rahim ummi. Lepas azan subuh pukul 6.15 pagi nurse tolak masuk labour room. Pukul 6.20 dah keluar baby. 5 minit je ummi push sampai abah nak tengok pun tak sempat. Tau-tau dah selamat. 

Proses bersalin yang sangat dipermudahkan oleh Allah. Mungkin Allah tahu, ummi susah dan taknak menyusahkan sesiapa. Masa untuk jahit luka pun tak lama. Dalam pukul 7 dah siap cuma ummi kena tunggu sampai ada katil untuk dipindahkan ke dalam ward.

Dalam pukul 11.30 baru nurse tolak  ummi ke wad. Masa tu abah dah balik sebab nak uruskan uri Adik Rayyan dan nak tengok Abang Aus. 

Masa pindah ke wad, selipar ummi hilang. Ummi kena jalan kaki ayam untuk ke bilik air untuk mandi dan tukar pad. Masa tu memang buat sendiri. Sedih sangat sebab ummi rasa macam 'alone' tapi kena kuatkan semangat. Tak boleh sensitif bila lepas bersalin sebab boleh gila meroyan. Beg pakaian ummi dan Adik Rayyan pun ada Aci India yang tolong bagi. Bila tanya mana selipar saya. Dia kata hilang. So, para suami tolong jaga isteri korang baik-baik masa ni sebab emosi isteri sangat-sangat sensitif. Kalau boleh tolong selesaikan apa yang perlu dulu sebelum nak tinggalkan dia di wad. 

Ummi dah start sakit pukul 3.00 pagi tapi tak teruk sangat. Biasa la dalam setengah jam baby mengeras. Ummi demam dan batuk masa tu. Disebabkan ummi batuk tak henti-henti. Pukul 3.30 pagi rasa macam air ketuban meletop dan air pun meleleh keluar.

Apa lagi terus bersiap-siap nak pergi hospital. Bawak semua keperluan untuk bersalin. Tinggal Abang Aus tidur sorang-sorang. Masa tu sedih sangat sebab Abang Aus dah nak jadi Abang. 2 tahun nak masuk 3 tahun ummi ada Abang Aus sorang je.

Pengalaman bersalin Abang Aus tak sama dengan bersalin dengan Adik Rayyan. Bersalin Adik Rayyan semua nurse dan doktor berjaga-jaga sebab ummi memang ada kes lekat uri. Masa bersalinkan Abang Aus, Ummi kena korek uri sebab uri tak keluar. Naik ambulance 2 jam ke Hospital Besar Ipoh. 

Ummi start sakit nak bersalin Abang Aus dari pukul 1.00 pagi 28/01/2012 tapi sakit macam biasa. Pukul 7.00 pagi baru pergi Hospital Gerik. Pukul 11.30 masuk labour room tapi nurse cakap lambat lagi. Bukaan belum boleh bersalin. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Pengalaman bersalin Abang Aus memang ngeri. Nak cerita sini tak boleh sebab boleh mengaibkan pihak lain. Biarlah kami saja yang tahu.

Pukul 1.50 petang, Abang Aus selamat keluar tapi uri tak keluar. Berkali-kali nurse yang jaga tu selok dan cuba untuk tarik uri. Nurse 3 orang dan seorang doktor. Bukan sekali diorang buat. Datang sorang nurse korek, datang lagi nurse lain korek, doktor korek. Ingat-ingat balik waktu tu. Redha je la.

Bila dah berkali-kali nurse dan doktor cuba korek dan tarik uri tak berjaya. Tu yang kena hantar ke Ipoh. Naik ambulance 2 jam dengan baby Aus.

Dalam masa 2 jam dalam ambulance hanya zikir dan doa je semoga Allah permudah segala urusan. Sampai Hospital Ipoh pukul 6.30 petang terus doktor pakar cek dan tengok.  Macam bahan uji kaji pulak bila ramai budak-budak medical masuk untuk tengok. Perasan macam semua perempuan. Alhamdulillah. (dah sakit tak ingat apa dah)

Dalam sakit-sakit tu doktor selok bawah, dia cakap kalau uri hancur kena buat operation. Allahuakbar hanya tuhan saja yang tahu masa tu. Hati hanya serahkan semuanya pada Allah. Tapi alhamdulillah dalam sejam macam tu la uri selamat dikeluarkan tanpa pecah. 

Ummi duduk dalam bilik bersalin tu sampai pukul 9.30 malam rasanya. Barulah ummi ditolak masuk ke dalam wad. Masa tu ramai saudara mara datang melawat tapi tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat.

Duduk dalam wad semalam di Hospital Ipoh. Esoknya baru boleh keluar dan berpantang macam biasa.



Sekarang anak-anak ummi dah besar. Abang Aus pun dah nak sekolah. Lagi berapa hari je lagi. Hari-hari tanya esok Abang sekolah ke ummi ?

Harap-harap bila sekolah nanti semuanya baik-baik saja. InshaAllah ummi sentiasa doakan Abang Aus jadi orang yang soleh dan baik-baik. Amin.