Thursday, November 28, 2019

Selesai Batalkan Policy Insurance Sun Life

Alhamdulillah hari ni selesai batalkan policy Sunlife insurans. Terjebak bila dapat call. Serik dah lepas ni takkan ku jawab dah call dari mana-mana panggilan. Serabut kepala mikir. Nasib baik boleh berfikir secara waras. Dapat je policy terus buat surat dan email kepada pihak berkenaan.

Alhamdulillah lega. Semalam dapat SMS dari Sunlife suruh update nombor akaun.



Pagi ni dalam sibuk-sibuk pun sempat call. Nanti dia pulangkan balik duit yang dia tolak dalam akaun Kak Feni itu hari. Menyesal sungguhlah. Fikir-fikir rasa tak berbaloi dan tak mampu. Banyak lagi pilihan yang Kak Feni boleh ambil.

Biasalah agen insurans kalau ayat manis tu biasa. Maaflah. Mujur juga Kak Feni boleh mikir dengan waras. Boleh tulis surat pembatalan. Dia pun ada term & condition. Jadi jangan lambat-lambat. Kena buat dalam masa 15 hari. Terpulang pada kita.

Selesai satu bab dalam kepala ni. Masalah macam tertimpa-timpa tapi sabar. Otak ni asyik memikir jer jalan macam mana nak setel. Serahkan semua pada Allah. InshaAllah Allah bantu.

Haishhh lain kali kena hati-hati. Nak jawab call pun takut-takut je. Lepas ni memang takkan jawab call kalau nombor tak naik. Taknak sejarah berulang kembali.

Okey sekarang ni kita tunggu je duit yang kena debit hari tu masuk balik dalam akaun Kak Feni. Bukan tak penting insurans ni, tapi rasa tak mampu. RM1200 untuk setahun. Cover seorang je.  Memang nak survey pun pasal insurans ni.

Kebetulan hari tu pergi Maybank ada juga offer pasal takaful/insurans ni. Bulanan takde sampai RM100 pun tapi boleh cover semua ahli keluarga. Hurmm nasib baik boleh mikir.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Syukur ya Allah.


Tuesday, November 26, 2019

Jadilah Orang Yang Bahagia


Waa terasa lambat betul masa berlalu hari ni walaupun tersangat sibuk. Sibuk dengan urusan dunia. Jap jap tengok jam. Jap jap tengok jam.

Alhamdulillah dah pukul 5.30 jadi bolehlah update blog. Hihi.

Kak Feni paling suka bila dah pukul 5.30 petang sebab boleh fokus update blog. Ushar fb, update apa yang patut. Kadang-kadang terbabas juga tengok gosip mosip mak jemah di fb tu. ish ish ish bila nak insaf ni.

hari ni hari gaji jadi banyaklah noti wasap masuk. Bila gaji ramai lah yang suka shopping. Alhamdulillah Kak Feni pun ada lah juga yang nak beli dengan Kak Feni. Wasap nak order shaklee dan aura cinta. Rezeki tak pernah salah alamat untuk orang yang berusaha.

Down dalam bisnes itu biasa. Tapi kita jangan lemau-lemau sebab kalau kita susah takde sape nak tolong. Big Why Kak Feni buat bisnes sebab nak bagi kesenangan untuk anak-anak. Ditambah dengan segala komitmen bulanan yang sangat tinggi.

Alhamdulillah keadaan dah semakin stabil dah sekarang cuma tengah-tengah bulan kering tu biasalah. Tapi yang bestnya buat bisnes online ni alhamdulillah ada jer rezeki masuk. Yang penting jangan tinggalkan Allah.

Kak Feni pun manusia biasa. Kadang-kadang rebah juga tapi alhamdulillah tak berpanjangan. Muhasabah diri kenapa kenapa. InshaAllah Allah bagi petunjuk. Mula betulkan niat untuk bantu diri sendiri, bantu keluarga, bantu adik beradik dan juga bantu orang lain. InshaAllah Allah takkan mempersia-siakan segala doa hambanya.

Kita tak tahu kita ni hidup sampai bila. Bila dapat peluang untuk buat baik, teruslah. Indahnya sabar.



Tak ada alasan untuk Kak Feni terus sedih dan sedih. Bangkitlah dari jatuh. Pasti akan ada sinar Allah nak bagi. Usahakan sesuatu yang semampu boleh.

Kak Feni dulu susah sangat. Dah biasa hidup susah tapi kalau boleh taknak mewarisi kesusahan itu kepada anak-anak. Kalau boleh nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Motivasi untuk terus bangkit membantu diri sendiri ialah bila kita susah, ramai yang menjauh sebab takut kesusahan yang kita ada ni berjangkit.

Anggap itu penguat semangat. Hidup ni kalau kita senang kita bantu orang lain. Allah ada dan tak pernah tidur. Kita kalau taknak bantu diri sendiri takde sape  boleh bantu kita.


Monday, November 25, 2019

Nak Istiqamah Itu Tak Mudah Namun Tak Susah

Alhamdulillah Kak Feni dah kembali tenang dan bahagia. Masa sedih hari tu sedih sangat. Kak Feni sampai nangis juga lah sebab terlalu mikir.

Last-last baca al-quran sampai puas hati. Selagi tak tenang aku takkan berhenti. Mula-mula rasa malas juga. Biasalah kita ni kan. Bila down bukan nak cari Allah. Konon nak tenangkan diri. Tapi Allah tu Dia sentiasa sayangkan hambanya.

Allah datangkan Abang Aus untuk pujuk ummi. Dia cakap ummi jom kita baca Al-Quran. Abang baca a-Quran yang abang dapat. Ummi baca Al-Quran ummi. Dia mula baca muka surat 596 surah Al-Dhuha sampai surah Al-Qariah. Ummi habiskan yang seterusnya.

Masa tu dah pukul 11.30 malam, ummi rasa penat sangat dah tapi taknak kecewakan anak takut motivasi dia pun down. Nanti dia pun  taknak baca Al-Quran. Ummi bangun dan gagahkan diri juga. Paksa walaupun malas. Bila baca Al-Quran hati sendiri yang rasa tenang dan bahagia.

Hanya orang yang amalkannya boleh rasa. Kak Feni hanya berkongsi rasa. Ketenangan itu milik Allah. Bila kita rasa tenang, air muka pun ceria. Bila kita lepaskan semua urusan dunia ni. InshaAllah segalanya akan baik-baik saja.

Kak Feni tak mahu hidup ini kucar kacir. Mahu hidup lebih indah dan teratur. Allah permudahkan segala urusan setiap hari. Dugaan datang tu tanda Allah sayang Allah rindu. Muhasabah diri. Mungkin aku juga ada buat salah sebelum tapi aku tak sedar. Bila dah kena batang hidung, baru sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Nak jadi baik dan terus berbuat baik ni perlu istiqamah. Nak menuju ke syurga Allah bukan percuma. Biarlah biarlah orang buat kita. Yang penting kita dekat dengan Allah.

Ayat untuk pujuk diri sendiri. ✌


Wednesday, November 20, 2019

Redha dan Jalan Terus

Aku menghormati prinsip masing-masing dan aku redha dengan apa yang berlaku. Aku tahu Allah sedang menguji aku untuk memberikan aku rezeki yang lebih baik dan baik. InshaAllah.

Dugaan ini menjadikan aku lebih kuat dan lebih kukuh dalam menghadapi segala dugaan. Aku mula terfikirkan tentang sesuatu. Mungkin Allah bagi aku rasa ni sebab Allah nak aku dekat dengan Dia. Syukur alhamdulillah. Selagi aku mampu, akan aku hadapinya dengan tabah.

Baru ku kenal siapa kawan dan siapa lawan. Niat aku nak tolong pada mulanya last-last aku ditinggalkan begitu sahaja. Aku tak sangka sampai hati buat aku macam ni. I'm speechless. Tak tahu nak kata apa. Rasa macam teranaiya pun ada.

Aku redha aku serahkan semua urusanku ini kepadaMu Ya Allah. Aku tahu ini dugaan dariMu dan aku mampu menghadapinya. Terima kasih Ya Allah untuk pengalaman yang tidak ternilai harganya dengan wang ringgit ni.

Aku lepaskan semua dan aku maafkan. Cuma aku tak mahu lagi terlibat apa-apa dengan dia. Biarlah aku kehilangan seorang "kawan" dari aku hilang "sahabat". Masa kau susah, kau janji dengan aku macam-macam. Aku tak mengharapkan pun janji-janji kau tu. Cuma aku terkilan dan terduduk sebab kau baru nak mengepak kau dah lupa apa yang kau janji dengan aku.

Terima kasih Allah sebab awal-awal dan tunjukkan aku sebelum aku lagi jauh lagi jauh terlibat. Tak mengapa aku jatuh hari ni sebab aku dah biasa. Hati pun dah kental.

Cuma nasihat aku. Jadilah orang yang sentiasa ada bila diperlukan. Kepak takkan selamanya mengepak untuk terbang tinggi, sampai masa akan letih dan berhenti rehat juga dan hidup ini ibarat roda. Ada masa kita kat atas dan ada masa kita kat bawah. Apapun aku sentiasa doakan kau dalam lindungan Allah dan selamat maju jaya.

Aku terkilan dan mungkin ini salah satu tanda Allah tegur aku. Alhamdulillah.

Friday, November 15, 2019

2020 Dah Nak Datang



Hurm Kak Feni sakit kepala hari ni. Tadi dok tai-taip simpan dalam draf je untuk Blog Safeni Feni. Nanti kepala dah okey boleh publish.

Bukan senang nak senang kannnn. Adeiii stress pulak memikirkan hujung tahun ni. Banyak belanja nak pakai sebab nak beli barangan sekolah anak-anak. Semoga ummi dan abah ada rezeki yang banyak lah. Amin.

Semua orang pun sama dengan Kak feni. Masing-masing ada komitmen sendiri. Diri sendiri dan keluarga. Semoga Allah permudahkan segala urusan hendaknya. 2 3 minggu ni Kak Feni dan husband sangat sibuk dengan urusan di luar. Ada banyak kawan dan saudara mara buat makan-makan. Alhamdulillah rezeki.

Esok pulak ada fiesta keusahawanan di sekolah Abang Aus. Dia dah tanya hari tu "ummi ada apa-apa program tak hari Sabtu ni ?" Ummi jawab setakat ni semua okey takde apa-apa program. Cuma duduk rumah dan kemas rumah. Laju dia cakap bolehlah pergi sekolah abang. Ada hari usahawan katanya.

Esok abahnya kerja, jadi nampaknya ummi kena pergi dengan anak-anaklah. Jadi supir untuk anak-anak. Adik pun tumpang seronok sebab boleh pergi sekolah abang.

Malam kelmarin minta duit RM20 dengan ummi nak main permainan nak collect sticker. Nak dapat hadiah katanya. Last-last ummi balik kerja semalam tengok ada duit dalam beg yang selalu bawa gi rumah opah. Dia cakap opah tak bagi bawa duit banyak-banyak. Opah bagi RM10 je. Haha dengan ummi bolehlah, dengan opahnye sorry. Tapi hari ni ummi bagi lagi RM10 untuk dia buat main. Duit yang semalam tu lah. Nak lawan main beyblade katanya.

Ummi bagi lebih pun bersyarat jangan buat beli benda mengarut. Lepas tu kalau tengok ada kawan nak main tapi takde duit, abang belanja lah dia. Huhu sebab ummi dulu susah sangat. Nak makan pun berjimat cermat. Macam tulah anak-anak. Ada masa kita kena tegas, ada masa kita pun kena berlembut dan jadi kawan.

Hari Selasa lepas Abang Aus bawa mayonis sebab murid tahun satu diwajibkan bawa mayonis sepeket seorang. Jadi ummi pun belilah sebotol mayonis sebab yang peket punya takde. Nak pergi pasaraya dah tak sempat, beli jelah yang mana ada. Anak-anak punya pasal, ummi abah berkorban apa sahaja. Walaupun hakikatnya hari fiesta lambat lagi. Setel awal biar senang sikit.

Ni 2020 nak datang ni. Banyak duit nak guna nak beli segala keperluan sekolah. Nak bayar yuran sekolah dan belanja sekolah. Ummi harap masa tu cukuplah duit ummi.