7 KELEBIHAN KENAPA KITA PERLU MENGERJAKAN UMRAH
Kelebihan Mengerjakan Umrah Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah.
Di antaranya ialah :
1. MENJADI TETAMU ALLAH Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"
2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah : "Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"
4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"
5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"
6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU) Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah" Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : "Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari)
7. PENGHAPUSAN DOSA Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"
(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)
📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen
Wednesday, August 8, 2018
AMALAN HARIAN
AMALAN HARIAN
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.

3. Kemudian bacalah surah Yasin.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’.

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh.

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, bagi perempuan mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin
Kak Feni copy paste.
Subscribe to:
Posts (Atom)