Tuesday, October 18, 2016

Bonus ToneExcel Dah Masuk


Alhamdulillah baru berkesempatan untuk menulis blog. Hari ni kan cek-cek akaun tengok ada lebih RM30.50. Mulanya tak perasan duit apa pulak ni. Rupa-rupanya dari penggunaan Simkad berhantu toneexcel. Memang berhantu. 

Kawan yang offer simkad toneexcel ni. Mulanya memang taknak sebab mahal sangat. RM110 kot. Tapi bila mengenangkan memang buat bisnes online dan sangat memerlukan data yang banyak Why not cuba kan ?

Jadi tak salah pilih. RM110 hanya permulaan boleh buat duit rupanya. Tak sangka.

Simcard Toneexcel ni bagus sebab ada banyak sangat  benefitnya. Antara benefitnya kita dapat perlindungan insuran sekiranya topup minimum RM50 sebulan.


Ini adalah pelan internet yang saya pakai untuk masa ini. 


Berbaloi bukan ? Guna handphone dapat duit. 

Nak dapatkan simkad berhantu macam saya ni ? 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Safeni
Whatsapp :01115672780
Email : feni8683@gmail.com





Wednesday, October 12, 2016

Hidup Tak Pernah Puas

Penyakit tak puas hati dengan Template blog kembali lagi. Adoiii. Haha

Penyakit ni hanya aku yang rasa tau. Orang lain aku tak tahu. Bila dia datang geram rasa nak tukar time tu jugak. Kena sabar ! tak boleh gopoh gapah nanti semuanya hilang. Nak setting template bukan senang. Kena try and adjust.

Hanya orang yang sabar macam aku ajer boleh hadap. Nak baca coding template satu. Nak adjust center, left, right. Ikut hati boleh jer suruh orang buat. Tapi aku rasa aku boleh buat sendiri dan memang puas kalau dapat buat sendiri.

Nak-nak pulak apa yang kita nak jadi. Walahaiiii hanya tuhan je yang tau betapa bahagianya hidup. Macam dapat  makan ais kacang yang manis dan lemak-lemak time panas. Cenggitulah nikmatnya.


Nak buat benda ni kena ada minat dan kesungguhan. Kalau tak minat dan takde kesungguhan semuanya tak jalan. Hihi

Semoga aku boleh bersabar dengan dugaan untuk cipta template baru. Semoga tabah dalam menghadapi dan melihat template2 orang yang gempak2 tu. huhu

Tuesday, October 11, 2016

Abang Aus Dah Nak Masuk Sekolah

Sedar tak sedar Abang Aus dah nak masuk 5 tahun dah. Nak masuk sekolah dah. Hari ini ummi dan abah dengan adik pergi daftar sekolah Tabika Abang Aus. Abang Aus seronok sangat bila dia nak sekolah.

Semalam ummi print borang daftar masuk Tabika Kemas. Semuanya Download kat internet je. Alhamdulillah Allah permudah segala urusan. Syukur sebab masih ada tempat kosong. Ikut syarat tempoh untuh daftar dah bermula dari bulan Jun hingga Oktober. 

Pagi tadi sebelum pergi daftar kena pergi ambil gambar pasport Abang Aus dulu. Abah pun tumpang sekali sebab nak renew lesen GDL.

Semuanya ummi abadikan disini untuk tatapan suatu hari nanti. Anak sulung nak sekolah. Mesti teruja sangat. Semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh, bijak dan berjasa untuk semua. Ummi dan semua orang sayang Abang Aus sampai syurga.


Monday, October 10, 2016

Tips Berjaya Dalam Perniagaan



Tips Berjaya Dalam Perniagaan

Orang Islam sebenarnya hebat dalam bidang perniagaan. Malah Rasullullah sendiri adalah usahawan. Rahsia kejayaan usahawan Islam sebenarnya berkait rapat dengan tatacara hidup kita sendiri sebagai seorang Muslim. Sedikit perkongsian tentang tips berjaya dalam perniagaan.

1. Mempunyai sikap yang bagus


2. Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif

3. Sentiasa yakin dengan kekuatan produk/perkhidmatan yang ditawarkan

4. Berjiwa besar dan tebal muka

5. Mempunyai mentor

6. Tidak cepat putus asa

7. Menjaga sedekah dan zakat

8. Sentiasa memperbaiki kesilapan diri

Semoga tips ringkas ini membantu anda semua. Semua orang boleh berjaya dengan syarat yakin dengan rezeki Allah, yakin dengan diri, yakin dengan bidang yang dipilih dan berusaha tanpa jemu.

Friday, October 7, 2016

Backstreet Boys - Drowning Layannnn


Waaaa.. Petang-petang cenggini feeling layan lagu BSB macam back to school je. Zaman gila-gila dulu. Rinduuuu.

Kawan-kawan semuanya dah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing. Aku pun dah beranak 2. Alhamdulillah untuk hidup ini. Syukur sangat-sangat masih bernafas dibumi Allah ini. Masih diberikan peluang untuk menyedut udara dan hidup bahagia.

Setiap orang ada masalah sendiri dan cara sendiri untuk selesaikannya.

Apapun kembalilah pada yang satu. Hiburan hanya sementara. Yang disana juga kekal abadi.

By the way mereka yang menyanyi ni pun dah berumur dan anak-anak pun dah remaja macam aku dulu. kohkohkoh.