Wednesday, November 20, 2019

Redha dan Jalan Terus

Aku menghormati prinsip masing-masing dan aku redha dengan apa yang berlaku. Aku tahu Allah sedang menguji aku untuk memberikan aku rezeki yang lebih baik dan baik. InshaAllah.

Dugaan ini menjadikan aku lebih kuat dan lebih kukuh dalam menghadapi segala dugaan. Aku mula terfikirkan tentang sesuatu. Mungkin Allah bagi aku rasa ni sebab Allah nak aku dekat dengan Dia. Syukur alhamdulillah. Selagi aku mampu, akan aku hadapinya dengan tabah.

Baru ku kenal siapa kawan dan siapa lawan. Niat aku nak tolong pada mulanya last-last aku ditinggalkan begitu sahaja. Aku tak sangka sampai hati buat aku macam ni. I'm speechless. Tak tahu nak kata apa. Rasa macam teranaiya pun ada.

Aku redha aku serahkan semua urusanku ini kepadaMu Ya Allah. Aku tahu ini dugaan dariMu dan aku mampu menghadapinya. Terima kasih Ya Allah untuk pengalaman yang tidak ternilai harganya dengan wang ringgit ni.

Aku lepaskan semua dan aku maafkan. Cuma aku tak mahu lagi terlibat apa-apa dengan dia. Biarlah aku kehilangan seorang "kawan" dari aku hilang "sahabat". Masa kau susah, kau janji dengan aku macam-macam. Aku tak mengharapkan pun janji-janji kau tu. Cuma aku terkilan dan terduduk sebab kau baru nak mengepak kau dah lupa apa yang kau janji dengan aku.

Terima kasih Allah sebab awal-awal dan tunjukkan aku sebelum aku lagi jauh lagi jauh terlibat. Tak mengapa aku jatuh hari ni sebab aku dah biasa. Hati pun dah kental.

Cuma nasihat aku. Jadilah orang yang sentiasa ada bila diperlukan. Kepak takkan selamanya mengepak untuk terbang tinggi, sampai masa akan letih dan berhenti rehat juga dan hidup ini ibarat roda. Ada masa kita kat atas dan ada masa kita kat bawah. Apapun aku sentiasa doakan kau dalam lindungan Allah dan selamat maju jaya.

Aku terkilan dan mungkin ini salah satu tanda Allah tegur aku. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. Iya, sakit tu kita jadikan iktibar. masih ramai lagi yang boleh kita buat "KAWAN". Doa sentiasa agar dikelilingi orang yang baik-baik... InshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hari ni dah tenang dan mula lapang dada. InshaAllah yang baik-baik akan datang. Yang buruk itu dari kita sendiri. Mungkin ini cara Allah tegur.

      Delete
  2. Sabar ya kak feni. Alhamdulillah Allah tunjukkan kebenaran. Moga Allah hadirkan Sahabat yang lebih baik buat akak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Atul. Alhamdulillah Kak feni ambil ini sebagai iktibar dan teguran Allah sebab ujian itu menjadikan hubungan kita dan tuhan lebih erat. Hanya Allah tempat bergantung.

      Delete

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.