Monday, November 21, 2016

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6

Pejam celik pejam celik dah 6 tahun hidup bersama. Susah senang bersama. Gaduh baik gaduh baik. Hahaha. Syukur alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan.

Dikurniakan dengan 2 cahaya mata lelaki setakat ni. Tak tahulah ke depan hari. Kalau Allah nak bagi kami terima saja.

Abang Aus nak masuk 5 tahun dan adik Rayyan nak masuk 2 tahun 2hb Disember nanti.
Tak tahu nak cakap macam mana. Syukur syukur dan syukur alhamdulillah. Hanya Allah tempat memohon dan meminta. Terima kasih dengan nikmat yang Allah bagi.


Kami tak kaya dan banyak harta tapi alhamdulillah makan tak pernah tak cukup. Rezeki anak-anak tetap ada. Kami sebagai ummi dan abah tumpang sekali. Bahagia dengan cara kami. Belajar sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Dalam masa yang sama masih berusaha untuk memajukan diri dan meningkatkan tahap ekonomi rumah tangga.

Rezeki tahun ni dapat jalan-jalan dengan Cikni dan Achik Manjung di KL Central sambil tunggu ETS Achik. Achik nak balik Manjung dengan ETS sampai Batu Gajah. Sampai Batu Gajah Pakcik Radhi ambil.


Cikni pulak balik naik bas di Jalan Duta. Lepas lepak-lepak makan di KL Central terus hantar Cikni naik bas. 


Rakam kenangan dulu sebelum makan. Makan selera Korea masa ni. Makan sedap sampai kenyang tahap nak muntah. Kihkihkih.





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.