Thursday, September 21, 2017

DENGGI MEMBANTUTKAN TUGAS HARIANKU

Mula rasa nak demam Khamis malam. Masa tu rasa sakit tekak dan hidung mula macam ketat-ketat tak selesa nak bernafas. Gagahkan juga untuk bersiap macam biasa.

Jumaat 15/09/2017
Bangun pagi-pagi gosok gigi, cuci muka bersiap untuk rutin seperti biasa. Siapkan Abang Aus untuk ke sekolah. Hantar Abang Aus ke sekolah, beli breakfast Adik Rayyan dan hantar Adik ke rumah opah. Siap ! Terus bergegas ke pejabat. Sampai pejabat macam biasa. Lepak pagi sambil breakfast. Nak-nak pulak dapat offer lopeh hijau dengan kuah gula melaka yang ohsem. Mak Jemah tak lepaskan peluang telan 2 biji. Sambil makan sambil borak. Siap buat senaman sementara tunggu yang lain habis makan. Settle makan pagi. Buat kerja.

Tak sampai setengah jam badan mula mengigil. Eh eh nape dengan aku ni kak? Sejuk betul. Aku rasa macam nak pengsan. Pukul 10.00 gagahkan diri pergi amek wuduk untuk dhuha. Dhuha 4 rakaat. Sambung kerja balik. Pukul 11.00 dah tak tahan sangat. Kak, aku nak baringlah aku rasa tak tahan sangat dah ni, kepala berat. Maka Mak Jemah pun tidur dalam bilik solat. Sejuk dia bukan main. Habis telekung Mak Jemah dengan kak diana buat selimut tapi tak mampu nak lawan kesejukan. Minta tolong Abang Din g beli panadol sebab tak tahan sakit. Telan Panadol extend 2 biji untuk tampung kesakitan. Pukul 1.30 petang bangun untuk solat zuhur. Kemudian sambung kerja sampai petang.

Petang macam biasa pukul 7 baru hubby ambik kat bawah. Balik naik motor, badan dah memang tak tahan sangat dah. Lemah sangat, nasib baik dah Jumaat dan esok Sabtu boleh relax sikit. Balik rumah terus baring cari selimut dekat rumah mak mertua. Masa ni nak makan dah tak lalu. Siap-siap pulang.

Sabtu 16/09/2017
Hari ni kena pergi Melaka sebab ada hal. Tangguh lama dah. Jadi macam mana pun kena pergi jugak. Kami betolak ke Melaka pkl 12 tengahari. Sebelum tu kena servis kereta dulu. Buat aligment tayar dan sebagainya ambil masa dalam 2 jam. Kami sampai sana dalam pukul 2.50 petang sebab ikut google map. sesat barat juga tapi jumpa la tempat yang dituju. Masa temujanji pukul 6.00 petang. Jadi kami bawak anak-anak pergi tengok pantai. Masa ni ummi dah tak larat sangat. Nak layan anak-anak pun dah tak fokus. Abah je yang layan anak-anak. Huhuhu sian anak-anak ummi.

Dalam pukul 7.30 baru selesai urusan. Pukul 8.00 terus gerak balik rumah. Pesan dekat hubby kalau tak larat abah benti dulu tido sebab ummi tak larat nak teman. Ummi baring je dalam kereta kat seat belakang. Adik Rayyan teman abah bawak kereta kat depan. Last-last semua lena. Abah pun berhenti di RNR Senawang sebab mengantuk dan penat. Ummi sedar dan tanya kat mana ni abah? Dia jawab di RNR Senawang.

Kami sampai rumah dekat pukul 10 malam. Masa on the way balik ummi tido je sebab tak larat.

Ahad 17/09/2017
Ummi baring seharian di rumah. Tak bangun-bangun. Bila petang baru boleh bangun sikit dan pergi ke rumah mertua. Tu pun sebab adik rayyan mengamuk abah dia takde. Pegi rumah mak mertua sampai malam. Makan memang takde selera. Makan pun sekadar alas perut sebab nak tambah tenaga.

Isnin 18/09/2017
Hari ni tak boleh pergi kerja sebab badan sakit habis. Kami pergi ke Klinik Kesihatan Batu 14. Jumpa doktor dan bagi tahu simptom-simptom sakit sampai tak boleh bangun. Doktor suruh ambik darah nak cek darah. Ambik darah tapi darah masih okey. Bagi surat supaya esok datang lagi. Doktor juga bagi MC 2 hari sebab keadaan diri memang tak boleh nak kerja.

Selasa 19/09/2017
Seperti biasa pagi-pagi siapkan Abang Aus ke sekolah. Dah siap hantar dia baru ke Klinik untuk ambil darah. Kali ni platelet darah semakin turun. Tekanan darah pun rendah tapi badan rasa lebih sihat berbanding sebelumnya. Doktor suruh repeat lagi ambik darah.

Rabu 20/09/2017
Mak Jemah ke tempat kerja sebab tak sanggup nak pergi cucuk ambik darah lagi. Jangan ikut macam Mak Jemah ya. Mak Jemah memang fobia dengan klinik atau hospital. Ngeri sangat. Alhamdulillah hari berjalan dengan baik. Minum air kosong banyak-banyak sambil ambil ubat serta suplemen. Malam balik rumah nak tidur nak sapu la herbal blend di badan. Tengok-tengok bintik-bintik merah dah keluar. Cuak juga la hati ni tapi alhamdulillah semuanya terkawal.

Khamis 21/09/2017
Hari ni Mak Jemah kerja macam biasa. Tapi tak tahulah kesan ubat ke apa. Hari ni asyik terberak-berak saja. Nak kata makan ubat. Ubat yang doktor bagi hanya ubat tahan muntah, ubat batuk/selsema dengan ubat demam je. Tu pun makan bila perlu. Sendi-sendi badan dah tak sakit. Suara pun semakin okey dan yang paling best boleh dah main dengan anak-anak. Huhuhu.

Hari-hari ummi doa agar cepat sembuh sebab nak main dengan anak-anak. Rindu sangat tau. Rumah pun macam tokang pecah tak terjaga sebab tak larat. Tau sajalah kalau sehari tak mengemas. Esok dah cuti Awal Muharam. Semoga tahun baru ni kita semua pun lebih sihat, lebih kuat untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Taala.

Maafkan segala salah dan silap Mak Jemah sebelum ni.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.