Monday, October 30, 2017

CARA BROADCAST WHATAPPS TERUS KEPADA CUSTOMER

Alhamdulillah hari ni 27/10/2017 berjaya blast wassap kepada semua kenalan di list wassap. Sebelum ni leceh sebab dok pm sorang-sorang.

Benda ni dah belajar lama dah tapi tak apply pun. Sangat rugi sebab ilmu yang bermanfaat tidak digunakan. So, hari ni buat ayat untuk promo ESP dan terus send ke dalam broadcast ni. So, nama-nama contact yang ada dalam broadcast tu akan terima la wassap kita. Dengan syarat contact nama tu dia pun save contact nama kita.

Tak penat la kita nak pm sorang-sorang. Sekali send 20 orang dapat. Samada dapat respon atau tidak itu terpulang. Yang penting, kita dah buat kerja kita.

Sebagai peniaga online yang sentiasa kena bersaing dengan orang lain. Kita perlu pantas dalam bab-bab teknologi ni. Kalau lambat kena tinggal.

Jadi sentiasalah berusaha untuk menjadi yang lebih kedepan dan terbaik. InsyaAllah tidak akan sia-sia segala usaha kita. Mana tahu dalam 20 orang contact nama yang kita blast promo tadi berminat. Bukan ke masyuk tu.

Mudah je nak buat broadcast ni. Sebelah kiri atas kan ada titik 3 titik. Klik situ akan keluar list macam dalam gambar.



Kemudian pilih New broadcast. Kemudian pilihlah nama contact dalam list tu. Kemudian bila ada promosi untuk produk yang kita jual tu bolehlah terus blast. Semudah abc kan.

Selamat mencuba !


2 comments:

  1. Macam tue kegunaan function new broadcast rupanya . Mudah jugak tak perlu pm sorang-sorang kan . Tq atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi menurunkan komen. Lepas ni senang la kan nak blast promo.

      Delete

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.