Sabtu 03.03.2018
Bismillahirahmanirahim. Next story nak sambung lepas kenduri di Pahang. Kami gerak balik dari rumah sepupu dalam pukul 4 petang. Sebelum meneruskan perjalanan. Kami pergi pusing tengok jambatan yang runtuh akibat banjir tahun 2014. Sudah 4 tahun peristiwa itu berlaku.
Kami pusing balik dan teruskan perjalanan. Bye-bye Kg Berkam. InshaAllah ada rezeki orang jemput kami, panjang umur, murah rezeki, kami sampai lagi. Jom doa yang baik-baik.
Kak Ani request nak pergi Berjaya Hill Bukit Tinggi tapi kami salah faham pergi Fraser Hill. Sampai Raub nampak signboard Fraser Hill terus masuk simpang. Dari bawah dah pukul 6.00 petang. Kami tawakal jela naik sampai sana. Pengalaman naik ke Bukit Fraser melalui jalan Raub memang mencabar. Dia punya jalan macam ular kena palu. Haha sangat-sangat mencabar, kalau suruh Mak Jemah bawak kereta, aku rasa esok pun tak sampai. Jalannya yang agak sempit dan berada di lereng-lering bukit. Di tepinya gaung yang sangat tinggi. Masa on the way naik atas memang doa tak putus-putus supaya cepat sampai.
Dari bawah nak sampai atas, kami ambik masa sejam. Pukul 7.00 malam kami sampai di Fraser Hill. Masa sampai di sini memang dah cakap siap-siap, taknak turun malam ni jugak. Kena tidur jugak di sini. Tak berani nak turun sebab mengenangkan jalan nak naik yang sangat menakutkan (bagi Mak Jemah la). Orang yang berani takde hal. Boleh je lalu. hahaha
Sampai sana terus kedengaran azan maghrib. Anak-anak dah mula menjerit kelaparan. Kami tak tahu arah nak cari tempat penginapan. Tak banyak tempat menginap di sini. Kami tak larat nak survey dah. Kami pilih untuk bermalam di Puncak Inn Fraser Hill. Nak tengok rate room dia, boleh tengok photo. Ni rate semasa.
Apa yang menarik di Fraser Hill ? Entah sebab kami pun tak pernah sampai. Haha sampai Kak Ani beleber parok sebab bukan tempat ni dia nak datang. Dia nak pergi Berjaya Hill. Kehkehkeh. Dengar bunyi Hill pun terus naik atas. Janji Hill khen. Tempat ni sejuk gila.
Boleh rujuk pamplet di bawah untuk maklumat.
Ahad 04.03.2018
Bangun awal pagi sebab nak berjalan di sini. Kami sarapan pagi di Kedai Makan dan Minuman Hamzah Bkt Fraser. Kat sini ramai orang parking kereta dan mendaki bukit. Masa kami tengah sarapan tu, ramai jugak budak-budak baru turun dari hiking.
Kami bergambar kenangan disini.
Datang sini, boleh rasa nyaman dan sejuk sangat. Lepas makan, kami bergambar di sekeliling Fraser Hill. Kami check out apartment dalam pukul 11.00 pagi. Kami teruskan perjalanan ke Allan's water Fraser Hill. Kat sini boleh naik bot dan roller arb (ala benda yang bulat boleh masuk dalam lepastu jalan atas air).
Ikan-ikan dekat sini besar-besar. Boleh beli makanan ikan dekat kedai sebelah tu. RM1 untuk satu paket. Anak-anak sangat teruja sebab boleh bagi ikan makan. Punya seronok sampai melompat Adik Rayyan.
Dekat sebelah Allan's Water ni ada kebun strawberi yang kecik je. Kami jalan kaki je. Lepas jalan kaki ke situ. Nampak dia ada jual buah-buahan dan hasil tanaman. Pekerja kat situ sibuk dok promot suruh beli pokok-pokok bunga yang segar dan cantik kat situ. Geram menengoknya.
Kemudian kami ke tempat memanah.
Nak naik kuda pulak masa dah rehat. Rehat pukul 12.00 sampai pukul 2 petang. Kak Ani nak naik kuda tapi tak boleh. Boleh sengeh saja. Hahaha
Dah siap aktiviti di sini. Kami singgah gerai makan untuk makan tengahari.
Cukup aktiviti kami di Fraser Hill. Review dari Feni, suasana di sini sangat aman damai dan bahagia. Jauh dari suasana hiruk pikuk kota yang 24 jam sibuk. Disini sangat tenang dan sejuk. Orang pun tak ramai dan sangat menenangkan. Aktiviti yang sangat santai dan amik gambar memang cantik disini. Tak banyak tempat yang boleh dikunjungi.
Nak cari ketenangan, nak tengok matahari muncul dipagi hari memang best. Makanan dan minuman di sini pun agak berpatutan. Kalau boleh pergi dekat food court sebab di situ ada kue tiaw best. Masa nak balik baru biras call suruh pergi makan di situ. Waaaa.. masa tu dah otw jalan turun dah.
Nak datang sini kena bawak baju tebal dan stoking sebab kalau malam cakap pun boleh keluar asap. Ala-ala overseas githeww.
Dalam pukul 2 petang kami turun bawah, kali ni kami ikut jalan Kuala Kubu Bharu. Jalan ikut sini agak luas dan besar berbanding jalan ikut Raub. Jadi, kalau ada rezeki lepas ni memang kami akan naik turun ikut Kuala Kubu Bharu.
Alhamdulillah Quality Time with family. Walaupun sekejap boleh spend time dengan mek, adik beradik dan anak buah. Release tension dan sangat menenangkan boleh tengok bumi tuhan yang indah ni. InshaAllah ada rezeki boleh pergi Bukit Tinggi pulak. Jom menabung pulak.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.