Friday, April 20, 2018

TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG

Wahhh 2 kali kena balik kampung sebab 28 haribulan 4 ni ada kenduri akikah anak buah Iman namanya. Sembelih kambing, jadi kami kena balik. Kalau tak balik teramatlah rugi sebab bila lagi nak buat rewang walaupun nak masak sejenis lauk saja. 9 hb Mei ni nak balik lagi sebab nak buang undi dalam tong undi.

Balik kampung kali ni harapnya berjalan dengan lancar dan best lah. Nak lepak lama sikit di kampung. Suami aku dah tak sabar nak balik sebab dia wakil rakyat semua orang kenal. Hahaha. Rindu weh kampung. Tempat aku bersekolah. Setiap kali lalu depan sekolah mesti cerita kat anak-anak ni lah sekolah ummi.

Tahun terakhir sekolah ialah 2005 Tingkatan 6 Atas. Aku budak STPM dan sambung kolej tapi tak habis belajar sebab taknak tambah hutang. Orang susah siapa nak tolong weh. Nak apa-apa kena usaha sendiri. Sekarang alhamdulillah hidup pun lebih baik dari dulu. Kerja siang malam pun tak kaya-kaya sebab aku jauh dengan tuhan.

Hati selalu tak tenang walaupun banyak duit. Kerja dari pagi sampai malam tapi hati kosong. Sekarang ni bila dah kahwin dan beranak pinak ni. Perlahan-lahan Allah bagi hidayah. Kalau dulu pakaianpun ikut dan je. Tudung kepala pun kadang-kadang tak pakai, sekarang alhamdulillah semakin hari semakin segan dengan diri sendiri. Terima kasih Ya Allah dengan nikmat ini. 

Berhijrah orang kata membuka peluang untuk kita berubah. Berjauhan dari adik-beradik dan kelaurga mengajar aku erti kesabaran. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh sebab nanti siapa nak tolong kita (haha). Sabar itu lebih baik sebenarnya.

Bila nak balik kampung ni mula lah teringat zaman budak-budak hingusan dulu. Main tak ingat dunia. Tahu nak enjoy saja. Siang malam nak enjoy. Aku ni nak belajar kena kerja dulu. Kerja jual tiket bas di bus stand. Balik sekolah terus ke kaunter jual tiket bas. Haha dah 6 tahun kaunter tiket bas Transnasional diambil alih orang lain. Habis tender orang kata.

Kalau tak habis tender mungkin sampai hari ni, Kak Ani dok jual tiket bas lagi. Sekarang Kak Ani pun dah jadi tauke Restoran Dapur Rumbia. Senang banyak dah dari dulu. Hahaha alhamdulillah, orang kata susah-susah dulu senang kemudian.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.