Kalau ke Lumut atau Pulau Pangkor mesti tidak ketinggalan untuk membeli buah tangan atau bekalan sebelum pulang ke lubuk rezeki masing-masing. Macam kami yang diberikan rezeki untuk berkunjung ke Teluk Batik sebagai destinasi bercuti dan sempat pergi ke Lumut sebelum bertolak pulang ke rumah.
Kami satu keluarga pergi ke Lumut untuk membeli sedikit ikan bilis mata biru yang memang terkenal sebagai ikan bilis yang dikategorikan sebagai terbaik dan segar. Kalau nak dibandingkan dengan ikan bilis yang dijual di pasar. Memang ikan bilis mata biru dari Pangkor adalah yang terbaik. Jadi jangan hairan dengan harganya yang boleh mencecah RM7.50 hingga RM8.00 untuk 100gram. Jadi sekilo dapat dalam RM65.00 - RM80.00 bergantung pada gred ikan bilis.
Nak beli banyak-banyak tak boleh sebab bajet untuk bercuti dah lari sebab kena bayar lebih untuk tukar tempat penginapan. Harga chalet perlu ditambah kerana bertukar tempat. Tidak seperti yang dirancang.
Harga ikan bilis meningkat dari masa ke semasa mengikut harga pasaran. Kalau dulu dapat beli ikan bilis mata biru ni dengan harga RM4.80 untuk 100 gram. Sekilo RM48.00. Kalau beli banyak kilo baru dapat diskaun. Sekarang nak dapat harga macam tu memang tak boleh la. Kos pengangkutan dari Pangkor ke Lumut pun menggunakan perkidmatan bot. Jadi harga pun meningkat ikut harga pasaran.
Nak beli di Lumut boleh. Pandai-pandai pilih kedai dan kalau ada masa lebih boleh survey dari kedai ke kedai. Ada rezeki dapat ikan bilis yang harganya lebih murah selepas tawar menawar. Ringan-ringankan mulut untuk bertanya dan tawar menawar. Kalau tak, kita yang rugi. Yang penting kita senyum supaya orang nak bagi diskaun pun senang hati.
Lepas ni, kalau ada rezeki kami lagi untuk pergi Lumut atau Pangkor nak borong ikan bilis mata biru banyak-banyak. Ikan bilis yang segar dan baru.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.