Alhamdulillah bulan 12 tahun ni Adik Rayyan dah 2 tahun. Semoga membesar dengan sihat dan kuat. Menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi adik yang baik untuk Abang Aus.
Adik Rayyan dilahirkan di negeri Selangor. Tempat ummi dan abah tinggal sekarang. Masa melahirkan Adik Rayyan tak susah sangat sebab memang ummi sentiasa berjaga-jaga. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.
Dalam labour room tak lama untuk Adik Rayyan keluar dari rahim ummi. Lepas azan subuh pukul 6.15 pagi nurse tolak masuk labour room. Pukul 6.20 dah keluar baby. 5 minit je ummi push sampai abah nak tengok pun tak sempat. Tau-tau dah selamat.
Proses bersalin yang sangat dipermudahkan oleh Allah. Mungkin Allah tahu, ummi susah dan taknak menyusahkan sesiapa. Masa untuk jahit luka pun tak lama. Dalam pukul 7 dah siap cuma ummi kena tunggu sampai ada katil untuk dipindahkan ke dalam ward.
Dalam pukul 11.30 baru nurse tolak ummi ke wad. Masa tu abah dah balik sebab nak uruskan uri Adik Rayyan dan nak tengok Abang Aus.
Masa pindah ke wad, selipar ummi hilang. Ummi kena jalan kaki ayam untuk ke bilik air untuk mandi dan tukar pad. Masa tu memang buat sendiri. Sedih sangat sebab ummi rasa macam 'alone' tapi kena kuatkan semangat. Tak boleh sensitif bila lepas bersalin sebab boleh gila meroyan. Beg pakaian ummi dan Adik Rayyan pun ada Aci India yang tolong bagi. Bila tanya mana selipar saya. Dia kata hilang. So, para suami tolong jaga isteri korang baik-baik masa ni sebab emosi isteri sangat-sangat sensitif. Kalau boleh tolong selesaikan apa yang perlu dulu sebelum nak tinggalkan dia di wad.
Ummi dah start sakit pukul 3.00 pagi tapi tak teruk sangat. Biasa la dalam setengah jam baby mengeras. Ummi demam dan batuk masa tu. Disebabkan ummi batuk tak henti-henti. Pukul 3.30 pagi rasa macam air ketuban meletop dan air pun meleleh keluar.
Apa lagi terus bersiap-siap nak pergi hospital. Bawak semua keperluan untuk bersalin. Tinggal Abang Aus tidur sorang-sorang. Masa tu sedih sangat sebab Abang Aus dah nak jadi Abang. 2 tahun nak masuk 3 tahun ummi ada Abang Aus sorang je.
Pengalaman bersalin Abang Aus tak sama dengan bersalin dengan Adik Rayyan. Bersalin Adik Rayyan semua nurse dan doktor berjaga-jaga sebab ummi memang ada kes lekat uri. Masa bersalinkan Abang Aus, Ummi kena korek uri sebab uri tak keluar. Naik ambulance 2 jam ke Hospital Besar Ipoh.
Ummi start sakit nak bersalin Abang Aus dari pukul 1.00 pagi 28/01/2012 tapi sakit macam biasa. Pukul 7.00 pagi baru pergi Hospital Gerik. Pukul 11.30 masuk labour room tapi nurse cakap lambat lagi. Bukaan belum boleh bersalin. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
Pengalaman bersalin Abang Aus memang ngeri. Nak cerita sini tak boleh sebab boleh mengaibkan pihak lain. Biarlah kami saja yang tahu.
Pukul 1.50 petang, Abang Aus selamat keluar tapi uri tak keluar. Berkali-kali nurse yang jaga tu selok dan cuba untuk tarik uri. Nurse 3 orang dan seorang doktor. Bukan sekali diorang buat. Datang sorang nurse korek, datang lagi nurse lain korek, doktor korek. Ingat-ingat balik waktu tu. Redha je la.
Bila dah berkali-kali nurse dan doktor cuba korek dan tarik uri tak berjaya. Tu yang kena hantar ke Ipoh. Naik ambulance 2 jam dengan baby Aus.
Dalam masa 2 jam dalam ambulance hanya zikir dan doa je semoga Allah permudah segala urusan. Sampai Hospital Ipoh pukul 6.30 petang terus doktor pakar cek dan tengok. Macam bahan uji kaji pulak bila ramai budak-budak medical masuk untuk tengok. Perasan macam semua perempuan. Alhamdulillah. (dah sakit tak ingat apa dah)
Dalam sakit-sakit tu doktor selok bawah, dia cakap kalau uri hancur kena buat operation. Allahuakbar hanya tuhan saja yang tahu masa tu. Hati hanya serahkan semuanya pada Allah. Tapi alhamdulillah dalam sejam macam tu la uri selamat dikeluarkan tanpa pecah.
Ummi duduk dalam bilik bersalin tu sampai pukul 9.30 malam rasanya. Barulah ummi ditolak masuk ke dalam wad. Masa tu ramai saudara mara datang melawat tapi tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat.
Duduk dalam wad semalam di Hospital Ipoh. Esoknya baru boleh keluar dan berpantang macam biasa.
Sekarang anak-anak ummi dah besar. Abang Aus pun dah nak sekolah. Lagi berapa hari je lagi. Hari-hari tanya esok Abang sekolah ke ummi ?
Harap-harap bila sekolah nanti semuanya baik-baik saja. InshaAllah ummi sentiasa doakan Abang Aus jadi orang yang soleh dan baik-baik. Amin.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.