" Bila Allah letakkan kita di bawah, sebenarnya Allah nak ajarkan 100 cara untuk kita daki balik ke atas ".
Dalam menuju kejayaan kita akan lalui banyak sangat dugaan. Tapi dugaan itu yang sebenarnya mematangkan kita. Dalam perjalanan untuk menuju kematian juga banyak dugaan yang kita akan hadapi.
Alhamdulillah untuk hari ini kerana masih diberikan nafas oleh yang Maha Esa untuk menikmati hari-hari yang indah ini. Siapa kita untuk menidakkan nikmat yang Allah berikan secara percuma.
Kita sering leka dan lupa. Mengejar duniawi sehinggakan melupakan nikmat yang ada di depan mata.
Aku manusia biasa yang seringkali lupa dan leka dengan duniawi. Berusaha keras untuk masa depan diri sendiri dan keluarga. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan sabar dalam menghadapi semua dugaan.
Semasa kecilku seringkali dihina dan dicerca oleh kerana keluargaku susah. Yang menghina itu pula bukan sesiapa tapi mereka yang terdekat dengan aku sendiri. Kadang-kadang sedih hati kerana mengapa begini mengapa begitu.
Sebenarnya itulah yang mengajarku untuk menjadi lebih kuat seperti hari ini. Syukur alhamdulillah kerana aku hari ini tidak lagi hidup dengan meminta-minta belas ehsan sesiapa. Hanya pada Allah tempat aku mengadu.
Kalau dulu aku tak berani untuk bersuara dan hanya berdiam diri saja. Aku hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan semua orang. Aku sangat pemalu dengan semua orang. Aku sangat takut dengan diri sendiri. Hari ini aku bangkit untuk menulis masa depanku.
Jika dulu aku selalu bermimpi untuk mendapatkan itu ini. Kenapa hari ini aku tidak berani untuk merealisasikan mimpi-mimpi aku ? Mimpi itu percuma dan aku perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan apa yang aku mahukan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.