Friday, February 10, 2017

Percutian Ke Pulau Pangkor

Tiap-tiap tahun bos bagi cuti seminggu bila nak sambut Chinese New Year. Tahun ni cuti sangat special sikit sebab boleh pergi Pangkor.

Bermula hari Isnin 30 haribulan Januari 2017 bermulanya perjalanan balik kampung. Balik melalui jalan Manjung sebab nak hantar Pak Cik Radhi. Abah tak dapat nak hantar sebab kerja. Huhu.

Kami balik 7 orang iaitu TokMek, Pakcik Radhi, Achik Manjung, Abang Wan, Abang Aus dan Adik Rayyan. Dari Kl ke Manjung, Pakcik Radhi yang bawak. Manjung ke Kuala Kangsar, Achik Manjung bawak kereta. Kuala ke Gerik bagi peluang budak baru dapat lesen bawak iaitu Abang Wan.

Jadi baliklah kami. Achik Manjung drive dari Manjung sampai la ke Gerik. Lalu jalan lama ikut Kuala Kangsar. Jalan ni best sebab jalan kampung. Sejuk je. Konon mentang-mentang dok Kuala Lumpur. Kihkihkih.

Balik Kelantan sehingga hari Khamis. Hari Khamis petang bertolak balik Gerik. Pukul 9.00 malam sampai kat Gerik. Terus pergi kedai Kak Ani. Apa lagi jadi Cashier la.

Balik tidur rumah Kak Ani. Esok aktiviti padat dengan nak pergi bank settlekan apa yang patut. Singgah rumah kawan untuk ambil bantal hotel. Alhamdulillah dapat jugak bantal yang baru dan selesa macam bantal hotel.

Lepas tu teruskan perjalanan ke Lawin Utara pulak. Ke rumah mertua Achik. Singgah situ kejap kemudian perjalan diteruskan ke Manjung. Sampai Manjung dalam pukul 6.00 petang. Achik singgah lagi di Hospital tempat dia kerja untuk bagi barang yang dikirimkan oleh rakan-rakannya.

Selesai barulah bertolak balik ke rumah Achik. Sampai rumah Achik mandi, rehat, masak dan makan malam. Penat tapi seronok.

Anak-anak tak buat perangai. Dalam kereta banyak  tidur. Ummi kena duduk kat belakang sebab takut Adik Rayyan main gear kalau duduk depan.

Malam tu jugak  Abah sampai dari KL. Pukul 11.00 malam abah sampai. Drive kereta sorang untuk mengambil anak-anak dan isteri. Sian abah asyik kena tinggal.

Sabtu pagi siap-siap barang untuk pergi ke Pulau Pangkor. Kami masak siap-siap dari rumah. Bawak bekal nasi goreng, sandwich dan kudap-kudapan.

Kami naik feri di Marina Jetty. Tambang feri RM14 seorang. Parking pula RM15 yang tak berbumbung, manakala yang berbumbung RM20. Oleh kerana kami tak bermalam kami pilih yang tak berbumbung.


Kami naik Feri pukul 12.00 sebab feri pukul 11.00 terlepas. Sampai awal tapi terlepas feri. Tak tahu jadual pulak tu. So save siap-siap jadual. Kalau ada rezeki boleh pergi lagi.


Abadikan kenangan dengan Batu Bersurat. Siapa yang selalu lepak sini mesti tahu tempat ni kan.


Kota Belanda. Cantik sangat binaan dan kukuh strukturnya. 

Ops sikit lagi nak share. Kami sewa motor je sebab senang nak round-round pulau. Harga sewa untuk sebuah motor skuter RM40, motor biasa RM30. Oleh kerana kami ambik 2 motor. Sebuah untuk Achik dan Pakcik Radhi penyewa tu bagi RM60. Alhamdulillah. Isi minyak RM5. 

Okaylah next time sambung story lagi.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.