Lewat bersiaran hari ni. Banyak benda nak kena fikir. Sampai berserabut kepala dibuatnya. Orang tak tahu masalah kita. Biarlah sebesar besar masalah, ingat Allah lagi besar. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan. Sabarlah dan berdoa agar diberikan jalan. InshaAllah kekusutan akan dileraikan.
Membuat keputusan ketika marah, banyak sangat buruknya. Bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain juga. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Walaupun ada benda yang kita tak bersetuju tapi bila Allah uji kita dengan cara itu mesti ada hikmah disebaliknya. Berlapang dada.
Apa aktiviti kami anak beranak hari ini ? Duduk rumah main dan kemas rumah macam biasa. Baju banyak yang belum di lipat. Kain yang nak dibasuh masih sikit sebab semalam 2 kali ummi putar mesin basuh. Jadi hari ini agak ringan. Esok pula cuci baju.
Semalam kami 3 beranak cuci garaj kereta. Alhamdulillah sudah bersih. Tengahari ummi masak cincai-cincai sahaja. Nasi dengan telur dadar dan juga ulam-ulaman. Hari ini, belum memikir lagi nak masak apa. Sardin ada satu tin dalam peti. Nak masak sardin selalu tak boleh sebab orang kata tak elok untuk kesihatan. Kadang-kadang teringin tu yang masak.
Ummi cuba buat makanan yang sihat untuk anak-anak. Bagi buah dan sayuran. Tapi sekarang ni bila makan buah, batuk pula jadinya. Ni musim-musim raya cina ni banyak dapat buah limau. Tak berani nak bagi anak-anak makan takut batuk. Ummi hari tu makan sebiji terus sakit perut. Esok pagi terus ulang alik ke tandas. Ngeri tapi rasa macam kempis je perut.
Bila dah berumur ni, kadar metabolisma badan semakin menurun. Kalau tak jaga betul-betul badan cepat naik dan susah nak turun. Ummi ni makan dahlah tak boleh tinggal nasi. Sehari tak makan nasi boleh pengsan. Menggeletar tangan dan kaki. Kena juga makan nasi. Benda lain tak dapat takpe, asalkan jangan nasi. Sekarang ni pun tengah cuba untuk mengurangkan jumlah nasi. Makan dalam jumlah yang sikit. Lebihkan sayur dan juga buah-buahan. Masalahnya tak semua jenia sayur ummi boleh makan. Buah tu inshalAllah boleh telan.
Ummi suka makan nasi dengan ulam sebab boleh cicah budu. Ada budu makan selera. Hehe maklumlah "oghe Kelate" mana boleh tinggalkan budaya asal. Cakap pun bau budu. Ada mak kisah ?
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.