Tuesday, August 20, 2019

Perjuangan Dalam Menghadapi Ujian Hidup Itu Bukan Mudah

Hari ni pagi-pagi dah dapat perkabaran duka dari seorang sahabat Kak Feni. Macam-macam masalah yang dia hadapi.

Kadang-kadang rasa malas nak amik port. Malas nak ambil tahu tapi kenapa Allah datangkan dia kepadaku ? Ada hikmah yang indah. Supaya aku bersyukur dengan hidupku.

Ketika ini aku rasa susah sangat hidup aku tapi dalam masa yang sama Allah hantar jawapan untuk aku nikmati hikmah disebalik ujian yang dia bagi. Allah nak kita tahu yang ujian yang dia bagi ni pasti kita mampu hadapinya.

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Bersangka baiklah dengan Allah. Sebaik-baik perancang adalah Allah. Sebesar-besar masalah yang kita sedang alami, Allah lagi besar. Itu nikmat yang Allah bagi supaya kita bersyukur.

Sabar dan hadapi dengan tenang. Kalau rasa macam tak tahan sangat menangislah dan mengadulah kepada Allah.

Kita sebagai seorang sahabat bantulah apa yang patut. Tak mampu nak bantu dengan wang ringgit. Bantulah dengan menghadiahkan kata-kata yang baik. Pinjamkan bahu untuk berpaut.



Kadang-kadang sahabat tak nak pun harta kita. Dia hanya mahukan teman untuk meluahkan perasaan agar bebanan yang ditanggung dapat dikurangkan. Rasa lega dengan apa yang menyesakkan dada.

Nak menjadi orang baik tak susah. Buat saja apa yang Allah suka. Jangan kisah sangat apa yang orang tak suka. Dalam dunia ni banyak benda yang boleh membuatkan kita bangkit dan banyak juga benda yang membuatkan kita jatuh. Namun bangkitlah kerana Allah Taala.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.