Hari berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah dua puluh enam haribulan sembilan tahun dua ribu sembilan belas (26/09/2019). Aku masih begini dan begini.
Tahun ni aku macam hilang arah hilang punca. Aku lost dalam dunia aku sendiri. Aku mencari-cari siapa aku sebenarnya dan apa yang aku nak ?
Aku pernah rasa taknak buat apa-apa. Taknak jumpa siapa-siapa. Aku down, aku sedih dan aku rasa aku dah tahap kemurungan. Aku banyak rasa nak tidur. Hilang semangat dan motivasi untuk hidup. Aku tak tahu kenapa aku jadi begini ?
Namun ada banyak sebab yang aku perlu kuat untuk bangkit. Iaitu anak-anak dan keluarga.
Suami aku, walaupun kadang-kadang amat menyakitkan hati namun dialah yang selalu berada di sisi aku ketika aku susah dan senang. Walaupun aku nampak dia tak sokong dengan apa yang aku buat. Aku tahu dia sentiasa mendoakan kejayaan aku (aku taip ni sambil menangis) ðŸ˜ðŸ˜. Terima kasih abah untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagi.
Aku jarang nak puji suami aku depan-depan sebab aku memang tak pandai nak romantik-romantik nih haha 😂😂.
Anak-anak adalah penguat semangat. Alhamdulillah aku ada anak-anak yang sihat dan bijak. Jadi kenapa aku yang perlu putus asa untuk hidup ini ?
Banyak benda yang aku nak buat dalam hidup ini. Sama ada aku berhenti di tengah jalan atau aku teruskan apa yang dah aku impikan. InshaAllah terima kasih tuhan sebab memacu aku untuk ke jalanMu.
Aku rasa tenang bila aku kembali kepada Allah. Hanya Allah satu-satuNya tempat aku mengadu. Walaupun banyak lagi dugaan dan cabaran yang harus aku lalui namun inshaAllah aku pasti boleh hadapinya.
Hidup aku ini tidak seteruk apa yang orang lain pernah rasa. Aku rasa aku dah lalui banyak peristiwa pahit manis kenapa hari ini aku harus putus asa ?
Anak-anak aku masih kecil dan perlukan sokongan dan bimbingan dari aku. Kalau aku lemah dan tak mampu, siapa yang akan membimbing mereka ? Jadi hari ini. Aku perlu bangkit untuk mereka. Semangat aku untuk terus berjaya dalam hidup dan dunia ini.
Terima kasih Ya Allah sebab sentiasa membulatkan hatiku untuk ke jalan yang lurus. Jangan Kau pesongkan hatiku setelah Kau beri hidayah Mu.
Semoga aku terus kuat dan istiqamah. Terlalu banyak cerita yang aku nak kongsikan namun cukup untuk ini sahaja. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.