Tuesday, November 26, 2019

Jadilah Orang Yang Bahagia


Waa terasa lambat betul masa berlalu hari ni walaupun tersangat sibuk. Sibuk dengan urusan dunia. Jap jap tengok jam. Jap jap tengok jam.

Alhamdulillah dah pukul 5.30 jadi bolehlah update blog. Hihi.

Kak Feni paling suka bila dah pukul 5.30 petang sebab boleh fokus update blog. Ushar fb, update apa yang patut. Kadang-kadang terbabas juga tengok gosip mosip mak jemah di fb tu. ish ish ish bila nak insaf ni.

hari ni hari gaji jadi banyaklah noti wasap masuk. Bila gaji ramai lah yang suka shopping. Alhamdulillah Kak Feni pun ada lah juga yang nak beli dengan Kak Feni. Wasap nak order shaklee dan aura cinta. Rezeki tak pernah salah alamat untuk orang yang berusaha.

Down dalam bisnes itu biasa. Tapi kita jangan lemau-lemau sebab kalau kita susah takde sape nak tolong. Big Why Kak Feni buat bisnes sebab nak bagi kesenangan untuk anak-anak. Ditambah dengan segala komitmen bulanan yang sangat tinggi.

Alhamdulillah keadaan dah semakin stabil dah sekarang cuma tengah-tengah bulan kering tu biasalah. Tapi yang bestnya buat bisnes online ni alhamdulillah ada jer rezeki masuk. Yang penting jangan tinggalkan Allah.

Kak Feni pun manusia biasa. Kadang-kadang rebah juga tapi alhamdulillah tak berpanjangan. Muhasabah diri kenapa kenapa. InshaAllah Allah bagi petunjuk. Mula betulkan niat untuk bantu diri sendiri, bantu keluarga, bantu adik beradik dan juga bantu orang lain. InshaAllah Allah takkan mempersia-siakan segala doa hambanya.

Kita tak tahu kita ni hidup sampai bila. Bila dapat peluang untuk buat baik, teruslah. Indahnya sabar.



Tak ada alasan untuk Kak Feni terus sedih dan sedih. Bangkitlah dari jatuh. Pasti akan ada sinar Allah nak bagi. Usahakan sesuatu yang semampu boleh.

Kak Feni dulu susah sangat. Dah biasa hidup susah tapi kalau boleh taknak mewarisi kesusahan itu kepada anak-anak. Kalau boleh nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Motivasi untuk terus bangkit membantu diri sendiri ialah bila kita susah, ramai yang menjauh sebab takut kesusahan yang kita ada ni berjangkit.

Anggap itu penguat semangat. Hidup ni kalau kita senang kita bantu orang lain. Allah ada dan tak pernah tidur. Kita kalau taknak bantu diri sendiri takde sape  boleh bantu kita.


2 comments:

  1. Sungguh, setiap hari saya berdoa dimudahkan segala urusan dan niat baik saya. Doa juga dapat bantu orang lain dalam apa jua bentuk bantuan.. Memberi itu membahagiakan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu orchid. kadang-kadang down ni hasutan syaitan. InshaAllah semoga sama-sama istiqamah.

      Delete

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.