Friday, December 17, 2021

Alhamdulillah Ya Allah

Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku insan yang sabar dan tabah dalam menghadapi segala ujianMu. Alhamdulillah untuk segala nikmat hari ini, sebelumnya dan seterusnya. Alhamdulillah untuk hidup yang lebih baik dan jadi yang baik.


Sungguh ku syukuri segala nikmat yang Kau berikan ini. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.


Rasa macam mimpi bila segala impian yang kita ingin capai macam dah tercapai. Hidup tenang dan jalani dengan bahagia. Allahuakbar ! Nikmat apakah lagi yang hendak ku dustakan ?


Kesusahan dulu rasa macam dah berbaloi rasa. Penat lelah dulu pun rasa macam terbayar. Terima kasih Allah kerana memberikan aku kebahagiaan hari ini. Ya mungkin biasa-biasa saja di mata orang lain. Namun nikmatnya hanya kita yang rasa dan tahu.


Dulu nak makan pun bertangguh. Simpan angan-angan. Alhamdulillah hari ini semua boleh rasa. Rezeki Allah itu melimpah ruah tak terkata nikmatnya.


Dulu nak beli motor, pinjam sana sini. Dapat gaji sibuk bayar hutang. Semua orang hidup susah. Kami pun begitu. Alhamdulillah sekarang rasa macam Allah dah melengkapi semuanya. Motor, kereta, rumah, anak-anak dan keluarga yang bahagia.


Dalam hidup ni siapa yang tak pernah dilanda ujian ? Semua akan diuji dengan ujian masing-masing. Ujian kita begini dan dia begitu. Nikmat hidup ini kita lalui dengan sabar. Allah dah kata kita ni hamba. Jadi untuk dapat syurganya itu kita kenalah jadi hamba yang bertakwa. Semoga kita jadi hamba yang beriman dan bertakwa.


Jangan berhenti untuk jadi baik dan buat yang baik. Sesungguh nak berjihad melawan nafsu sendiri itu adalah sukar. Namun buat kerana Allah inshaAllah kita semua akan dipermudahkan. - Wallahualam-

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.