Tuesday, May 24, 2022

Hidup

Terima kasih ya Allah kerana masih memberikan waktu untuk aku perbaiki segala kesilapan. Menjadikan aku insan yang lebih matang dan positif dalam menghadapi segala ujian dariMu.


Kadang-kadang kita ni selalu fikirkan tentang kekurangan diri sampai lupa dengan kelebihan yang Allah beri. Setiap insan itu istimewa. Tak kira kau siapa. Sama saja.


Dunia ni hanyalah tempat untuk kita sama-sama kumpul bekal untuk ke sana. Semoga kita semua sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi semua ujian Allah.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.