Wednesday, June 1, 2022

Alhamdulillah

Alhamdulillah hari ni berjaya lalui hari dengan penuh indah. Bangun pagi siapkan baju sekolah anak-anak. Hantar anak sekolah. Adik banyak akai hari ni tak pergi sekolah agama. Sekolah Kebangsaan pergi. Alhamdulillah.


Abang hari ni ada sukan jadi aktiviti koko sampai pukul 3.00 petang. Solat zuhur di sekolah dan tak sekolah agama. Takpelah Koko ni tak lama. Semalam pergi beli barang sekolah yang baru untuk abang. Baju kemeja biru, baju bandan beruniform PBSM, kasut dan sampin sekolah agama. Harga boleh tahan. Barang semua mahal jadi ummi dengan abah kena kerja kuat-kuat supaya cukupkan apa yang tak cukup.


Zaman sekarang ni belanja anak-anak memang mahal. Nak tak nak kena hadap juga. Alhamdulillah setakat ni rezeki anak-anak tu tetap ada. Nak makan ke nak sekolah ke, alhamdulillah ada jer rezeki yang datang. Ummi dengan abah ni sebenarnya tumpang rezeki anak-anak.


Anak-anak penguat semangat untuk jadikan kami insan lebih baik. Nikmat apa yang hendak didustakan. Nikmat hidup yang bahagia seperti ini. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Terima kasih ya Allah. Kadang-kadang ujian ni sebenarnya tanda Allah rindu dengan kita.


Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.