Kecoh semenjak dua menjak ni pasal FB kena tukar nama sebenarnya. Tak kisahla nokkk. Selagi tak dapat notification pasal akaun kene delete. Mak teruskan saja dengan nama ni.
Kalau kene delete buat akaun baru. Apa susah. Ye dok ? Hihi.
FB untuk cari duit sampingan. Buat macam-macam bisnes. Try and error. Mula-mula cuba dengan dropship dulu. Biarlah untung sikit-sikit pun asalkan ada duit masuk. InshaAllah ada jer rezeki. Yang penting mahu berusaha.
Kalau ikutkan nafsu memang rasa nak buat sesuatu tu macam nak buat besar-besar. Biar nampak gah dan grand-grand orang kata. Tapi risikonya sendiri mau ingat la. So, kalau rasa macam kubis nubis baiklah belajar dulu. Biar ada ilmu di dada.
Perbetulkan niat. Orang kata kita buat bisnes sebab nak kaya. Lantaklah apa pun orang nak kata. Yang tanggungnya kita. Selagi kita tak menyusahkan orang. Kita usaha sampai berjaya. InshaAllah Allah sentiasa mengikut sangkaan hambanya.
Berbalik kembali pada FB nak tukar nama sebenar. Selagi kita tak dapat notis saya rasa takda masalah kot. Abam Mark ni tengah cek akaun manusia ke akaun palsu kot. Maklumlah banyak sangat penipuan yang boleh berlaku sekarang ni.
FB kan salah satu punca duit. Jadi macam-macam la. Nak suruh kita buat FBAds la kot.
So. Pandai-pandai la kita ya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen membina. Terima kasih.