Tuesday, April 3, 2018

PILIHLAH KAWAN YANG BOLEH MEMBIMBING KITA KE JALAN ALLAH

Sungguh aku tidak punyai ramai kawan yang dianggap BFF. Lebih senang macam ni. Berkawan dengan yang sudi nak berkawan.

Sekarang bukan zaman kanak-kanak atau zaman remaja lagi nak sentap-sentap dengan orang sekeliling. Lebih fokus untuk membesarkan dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna untuk agama dan bangsa. 

Alhamdulillah diberikan nikmat oleh Allah untuk teruskan kehidupan ini sehingga hari ini. Banyak suka dan duka dilalui. Kebanyakan pengalaman ini menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan.

Berpesan-pesan sesama insan untuk menjadi insan yang lebih baik. Banyak juga kawan-kawan yang negatif, aku jauhkan sebab aku taknak aura negatif itu singgah pada aku. Bukan apa, kita ni dalam menuju ke arah kebaikan memang banyak sangat dugaan. Nak istiqamah ke arah jalan yang baik tu bukan senang. 

Nak mulakan tu rasa sangat susah sangat. Bila dah buat dan nak terus konsisten pun susah. 

Tahu tak bukan senang nak bangkit untuk melawan seorang diri. Bukan senang nak dapat apa yang kita mahukan kalau tanpa sokongan orang sekeliling kita. Kadang-kadang luaran je nampak cool tapi dalaman hanya kita saja yang tahu.

Takkan kita nak cerita semua benda dekat orang. Ada benda boleh share dan ada benda kita tak boleh share. Satu perkara tentang sahabat ialah saat kita susah, dia akan selalu ada bersama kita bukan lupakan kita terus macam tu. Kita pun nak dapat sahabat yang baik seperti yang kita harapkan. Kita yang perlu mulakan dulu.

Dunia ini sentiasa berputar dan sampai masa kita akan kembali juga kepada Allah bila sampai masanya. Kadang-kadang Allah bagi nikmat sebab nak tengok kita ni bersyukur ke tidak. Sebab tu penting ada kawan yang boleh mengingatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah.

Bila dah berumur ni agak sensitif dengan kehidupan. Allah suruh kita beringat tentang kematian. Kematian yang kita tak tahu bila masanya. Beruntung bagi mereka yang sudah tahu bila malaikat maut nak jemput dia. Kita ni asyik lagra dengan urusan dunia. Allahuakbar, ampunkan aku tuhan.

Sungguh banyak lagi yang belum selesai.

Monday, March 19, 2018

MEWANGI SELAMANYA DENGAN ESSENTIAL OIL - YOUNG LIVING

Sebelum ni memang teringin sangat nak beli air purifier tu. Bila ushar di pasaraya harga dia mak aiii boleh tahan juga.

Akhir tahun lepas, ada buat demostrasi di opis tentang Young Living ni. Best sangat sebab boleh guna essential oil untuk masalah kesihatan. Bau pun wangi je. Bila diberi peluang untuk mencuba sendiri buat produk dengan minyak Essential Oil Young Living ni, memang tak lepaskan peluang untuk share dengan orang lain supaya dapat rasa bau dan faedah daripada produk YL ni.


Untuk permulaan, bos kami beli satu set untuk dipasangkan di pejabat. Bila stress-stress ke dan tertekan dengan keadaan pejabat dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan macam bau rokok ke, sampah ke. Memang YL ni sangat-sangat membantu.


Harga untuk satu set ialah RM756.00 sahaja. Keahlian adalah percuma dengan belian SET PREMIUM STARTER KIT ni. Sangat-sangat berbaloi kerana boleh jimat sangat banyak berbanding beli satu-satu.


Kebaikan setiap minyak Essential Oil















Tuesday, March 13, 2018

MAKAN-MAKAN SHELL OUT DI OCEAN HOUZ BANGI

Sabtu lepas, selepas puas bagi anak-anak mandi kolam di Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Kami pergi makan di Ocean Hauz di Bangi.

Kami pilih makanan untuk SET 4 orang makan. Harga dalam lebih kurang RM120.00 air kami pilih asing-asing sebab anak-anak ikut selera masing-masing. Air boleh pilih nak satu-satu atau jug. Semua bil termasuk air dalam RM15+.++.

Nak abadikan memori makan-makan disini dengan family. Esok-esok boleh tengok balik.














Sedikit #review makan dekat sini. Kami pilih tingkat atas yang lebih selesa dan tak bising. Susunan meja yang panjang dan luas sesuai untuk family berkumpul dan lepak.

Tingkat bawah pun ada. Boleh pilih untuk duduk indoor atau outdoor. Kami lebih selesa pilih indoor sebab tau sajalah bila ada anak-anak kecil yang boleh tahan lasak ni. Nak makan pun kena beringat. Kalau makan di luar belum tentu boleh enjoy dengan nikmat makanan itu. Hehehe

Makanan yang sedap dan kena dengan tekak Mak Jemah ni. Portion untuk setiap jenis bahan pun banyak. Puas makan sampai tak muat perut. Anak-anak pun boleh makan sebab rasanya yang tak berapa pedas.

Kalau dulu ada jugak dengar tentang #badreview tentang Ocean Hauz ni, mungkin dah di upgrade menjadi lebih baik. Apapun bagi kami service pun okay. Boleh datang lagi sebab harga pun berpatutan sesuai dengan poket sendiri. 




ORANG BERBUDI DAN KITA BERBAHASA

Bak kata pepatah Melayu "Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa". Maksudnya orang membuat baik kepada kita, kita membalasnya dengan baik. Orang bagi apa-apa dapat juga kita merasa.

Macam tu lah kehidupan kita hari ini. Namun manusia ni mudah lupa dengan kebaikan yang orang pernah buat dekat kita. Lupa yang nikmat yang Allah bagi. Dunia ni hanya sementara, pinjaman semata-mata. Bila-bila masa saja Allah nak tarik balik nikmat pun boleh.

Sebagai seorang muslim yang sentiasa dahagakan kasih sayang Allah akan sentiasa diuji untuk terus kuat dalam menghadapi dugaan darinya. Cuba muhasabah diri sendiri masih banyak yang perlu dilakukan sebelum tibanya hari kematian.

Masihkah punyai peluang untuk menikmati hidup ini esok hari ?

Entah, kerana aku pun tidak tahu bila akan dijemput pulang. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali. 

Semoga esok diberikan peluang untuk meneruskan hidup ini.

Tuesday, March 6, 2018

Jalan-jalan Fraser Hill The Little England

Sabtu 03.03.2018


Bismillahirahmanirahim. Next story nak sambung lepas kenduri di Pahang. Kami gerak balik dari rumah sepupu dalam pukul 4 petang. Sebelum meneruskan perjalanan. Kami pergi pusing tengok jambatan yang runtuh akibat banjir tahun 2014. Sudah 4 tahun peristiwa itu berlaku.

Kami pusing balik dan teruskan perjalanan. Bye-bye Kg Berkam. InshaAllah ada rezeki orang jemput kami, panjang umur, murah rezeki, kami sampai lagi. Jom doa yang baik-baik.

Kak Ani request nak pergi Berjaya Hill  Bukit Tinggi tapi kami salah faham pergi Fraser Hill. Sampai Raub nampak signboard Fraser Hill terus masuk simpang. Dari bawah dah pukul 6.00 petang. Kami tawakal jela naik sampai sana. Pengalaman naik ke Bukit Fraser melalui jalan Raub memang mencabar. Dia punya jalan macam ular kena palu. Haha sangat-sangat mencabar, kalau suruh Mak Jemah bawak kereta, aku rasa esok pun tak sampai. Jalannya yang agak sempit dan berada di lereng-lering bukit. Di tepinya gaung yang sangat tinggi. Masa on the way naik atas memang doa tak putus-putus supaya cepat sampai.

Dari bawah nak sampai atas, kami ambik masa sejam. Pukul 7.00 malam kami sampai di Fraser Hill. Masa sampai di sini memang dah cakap siap-siap, taknak turun malam ni jugak. Kena tidur jugak di sini. Tak berani nak turun sebab mengenangkan jalan nak naik yang sangat menakutkan (bagi Mak Jemah la). Orang yang berani takde hal. Boleh je lalu. hahaha

Sampai sana terus kedengaran azan maghrib. Anak-anak dah mula menjerit kelaparan. Kami tak tahu arah nak cari tempat penginapan. Tak banyak tempat menginap di sini. Kami tak larat nak survey dah. Kami pilih untuk bermalam di Puncak Inn Fraser Hill. Nak tengok rate room dia, boleh tengok photo. Ni rate semasa. 


Apa yang menarik di Fraser Hill ? Entah sebab kami pun tak pernah sampai. Haha sampai Kak Ani beleber parok sebab bukan tempat ni dia nak datang. Dia nak pergi Berjaya Hill. Kehkehkeh. Dengar bunyi Hill pun terus naik atas. Janji Hill khen. Tempat ni sejuk gila.

Boleh rujuk pamplet di bawah untuk maklumat.



Ahad  04.03.2018


Bangun awal pagi sebab nak berjalan di sini. Kami sarapan pagi di Kedai Makan dan Minuman Hamzah Bkt Fraser. Kat sini ramai orang parking kereta dan mendaki bukit. Masa kami tengah sarapan tu, ramai jugak budak-budak baru turun dari hiking.


Kami bergambar kenangan disini. 






Datang sini, boleh rasa nyaman dan sejuk sangat. Lepas makan, kami bergambar di sekeliling Fraser Hill. Kami check out apartment dalam pukul 11.00 pagi. Kami teruskan perjalanan ke Allan's water Fraser Hill. Kat sini boleh naik bot dan roller arb (ala benda yang bulat boleh masuk dalam lepastu jalan atas air).


Ikan-ikan dekat sini besar-besar. Boleh beli makanan ikan dekat kedai sebelah tu. RM1 untuk satu paket. Anak-anak sangat teruja sebab boleh bagi ikan makan. Punya seronok sampai melompat Adik Rayyan.



Dekat sebelah Allan's Water ni ada kebun strawberi yang kecik je. Kami jalan kaki je. Lepas jalan kaki ke situ. Nampak dia ada jual buah-buahan dan hasil tanaman. Pekerja kat situ sibuk dok promot suruh beli pokok-pokok bunga yang segar dan cantik kat situ. Geram menengoknya.

Kemudian kami ke tempat memanah.




Nak naik kuda pulak masa dah rehat. Rehat pukul 12.00 sampai pukul 2 petang. Kak Ani nak naik kuda tapi tak boleh. Boleh sengeh saja. Hahaha

Dah siap aktiviti di sini. Kami singgah gerai makan untuk makan tengahari. 


Cukup aktiviti kami di Fraser Hill. Review dari Feni, suasana di sini sangat aman damai dan bahagia. Jauh dari suasana hiruk pikuk kota yang 24 jam sibuk. Disini sangat tenang dan sejuk. Orang pun tak ramai dan sangat menenangkan. Aktiviti yang sangat santai dan amik gambar memang cantik disini. Tak banyak tempat yang boleh dikunjungi.

Nak cari ketenangan, nak tengok matahari muncul dipagi hari memang best. Makanan dan minuman di sini pun agak berpatutan. Kalau boleh pergi dekat food court sebab di situ ada kue tiaw best. Masa nak balik baru biras call suruh pergi makan di situ. Waaaa.. masa tu dah otw jalan turun dah.

Nak datang sini kena bawak baju tebal dan stoking sebab kalau malam cakap pun boleh keluar asap. Ala-ala overseas githeww.

Dalam pukul 2 petang kami turun bawah, kali ni kami ikut jalan Kuala Kubu Bharu. Jalan ikut sini agak luas dan besar berbanding jalan ikut Raub. Jadi, kalau ada rezeki lepas ni memang kami akan naik turun ikut Kuala Kubu Bharu.

Alhamdulillah Quality Time with family. Walaupun sekejap boleh spend time dengan mek, adik beradik dan anak buah. Release tension dan sangat menenangkan boleh tengok bumi tuhan yang indah ni. InshaAllah ada rezeki boleh pergi Bukit Tinggi pulak. Jom menabung pulak. 



Monday, March 5, 2018

KENDURI DI PAHANG 03.03.2018

Kami semua excited sebab nak memang dah lama tak pergi ke Pahang. Tempat aku dilahirkan hampir 32 tahun yang lalu. 27 haribulan nanti cukuplah umur aku 32 tahun. Kembali ke tempat kelahiran aku. Kalau nak cerita memang panjang sangat ceritanya.

Jumaat : 02.03.2018


Bangun awal pagi untuk persiapan ke Pahang. Agenda kami hari ini ialah untuk membeli buah-buahan bagi sedekah hantaran bagi pihak perempuan. Pengantin perempuan adalah anak sepupu aku. Pukul 10 pagi kami keluar dari rumah. Pergi ke kedai pengantin dulu untuk beli bakul buah. Kemudian ke Chow Kit untuk beli buah-buahan. Sampai di Chowkit dalam pukul 11.00 pagi. Beli buah-buahan dan anak-anak mula minta untuk makan. Jadi kami terus makan tengahari di situ. Makan masakan minang. Sekali sekala makan masakan minang, memang best rasanya.

Siap-siap makan kami terus bergerak ke Kg. Berkam, Pahang. Pukul 1.00 petang kami memulakan perjalanan ke negeri Pahang Darul Makmur. Satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama. 

2 kereta yang bergerak ke Pahang. Kami 7 orang dari KL dan 4 orang dari Gerik. Kak Ani, Wawan, Adam dengan Ayah Ngah satu kereta. Ummi, abah, mek, Acik, Pakcik Radhi dan anak-anak satu kereta. Kak Ani dari sana ikut jalan Cameron Highland dan turun ke Kuala Lipis.



Alhamdulillah pukul 3.30 petang kami selamat sampai di rumah MakNgah. Rehat, mandi dan solat di rumah MakNgah sementara menunggu satu kereta sampai. Lepas asar kami nak pergi menolong tempat kenduri baru Kak Ani sampai.












Sementara nak sampai ke rumah kenduri tu, kami posing dulu nak abadikan kenangan di sini sebab tak tahu bila lagi boleh sampai. Dia punya view sangat-sangat nice. Haha excited weiii.

Kami tolong apa yang patut. Lepas maghrib semua pakat keluar ke pekan Kuala Lipis. Jalan-jalan pasar malam di Kuala Lipis. Balik sesat barat ntah kemana-mana jalan sebab semua tak tahu. Guna waze pun dia bagi jalan jauh. Memang tak boleh pakai waze. Semua pakat tawakal je patah balik. Hampir pukul 12.00 baru sampai rumah. Malam ni kami tumpang tidur rumah sepupu Abe Yuti. Alhamdulillah rezeki sepupu sepapat baik. Rumah dia pun kosong dan jemput kami tidur dirumah beliau. 

Bila duduk jumpa sedara mara macam ni, macam-macam cerita akan keluar. Entah pukul berapa baru boleh tidur.

Sabtu 03.03.2018


Hari kejadian kenduri, kami awal pagi dah sampai ke tempat kenduri sebab nak menolong. Tolong goreng ayam je. Guna kawah besar dan guna kayu api. Tak guna dapur gas. Memang rare orang kata. Lama tak duduk kampung, jadi memang rindu gila nak join buat benda-benda macam ni. Aku orang kampung jadi aku dah biasa buat kerja macam ni.

Masa tolong menolong ni, suami dan anak-anak pergi makan di luar. Pukul 11.30 kami balik bersiap untuk pergi kenduri. Masa ni memang kena banyak sabar sebab bila dah ramai kena amik turn untuk guna bilik air. Hehe siap cop-cop sebab takut lambat. Biasalah orang perempuan kan. Nak mekap la apa la. Gosok baju pun dah berjam-jam.

Kami sampai tempat kenduri agak lewat. Dalam pukul 2 baru sampai. Tetamu dah banyak yang balik. Diorang kata, kalau kat situ dalam pukul 11 dah datang dah. Datang pulak sekali gus. Okey, faham sebab lain tempat lain cara.

Kami makan kenduri kendara sampailah pukul 4 petang. Lepas tu terus siap-siap untuk gerak balik KL. Kami bertolak balik pukul 4.00 petang. Sampai di Raub kami terus naik Fraser Hill. (Next story ya)



Wednesday, February 28, 2018

March 2018



Yeahhhh esok dah masuk bulan Mac. Bulan kelahiran Mak Jemah. Semalam 2 orang dah tegur lagi sebulan birthday yang ke 32. Hahaha cepat benau masa berlalu.

Year after year, memang tak sangka masa berlalu begitu pantas. Abang Aus pun dah meningkat umur ke 6 tahun dan Adik Rayyan 4 tahun. Hidup ni kejap je. Pejam celik pejam celik dah tua dah aku.

Anak-anak semakin besar semakin pandai dan mula jadi kawan kita. Alhamdulillah untuk nikmat yang tidak ternilai ini.

Bila bos cakap "Waaa tak lama lagi dah nak sambut birthday la dia'. Terus mak jemah cakap. "I nak hadiah besar". Hahahahaha pening bos aku bila dapat staff yang biol macam Mak jemah ni. Otak tak berapa nak center, Kihkihkih

Seronok kerja kalau ada bos yang best dan happening. Walaupun kadang-kadang pasal gaji memang senak nak mikir. Memikirkan sekarang ni nak dapat kerja susah, bertabah lah. Banyak peluang lain untuk mendapat rezeki. InshaAllah kalau kita buat suruhan Allah, mudah jer rezeki nak masuk. Janji kita usaha. Contohnya macam Mak Jemah ni suka update pasal info-info produk dekat BLOG SAFENI FENI. Boleh je dapat sales.

Kadang-kadang orang pm terus beli, kadang-kadang pm sebab nak survey harga. Jadi peniaga online yang medium online banyak cabang ni memang kena sabar. Nak-nak pulak produk kita banyak orang jual. Bergantung pada rezeki dan juga usaha juga. Kalau tak usaha macam mana nak dapat ye dokkk ?

Okey. Jumpa lagi di Next entry.

Monday, February 26, 2018

Tukar Cover Facebook Dengan Canva

Canva adalah salah satu medium untuk edit photo secara percuma. Feni suka gunakan Canva ni sebab boleh guna PC. Tak suka sangat guna handphone sebab jem tangan-tangan dok edit. Senak mata sebab screen kecik. Jadi Feni lebih bahagia dengan Canva. Gambar pun nampak lebih class dan cantik.



Nak guna Canva ni mudah je. Mesti ada internet. Kalau takde internet tak boleh tapi kalau guna handphone tak tahu sebab belum cuba. Kena signup dulu. Feni just signup terus melalui FB je.

Signup di sini dan mulakan explorasi mencipta dan memecahkan otak mengikut kreativiti masing-masing. Feni pernah juga buat sharing dalam group-group untuk memudahkan mereka faham dan enjoy dengan Canva ni.

Kebanyakan sahabat-sahabat Feni yang dah cuba gunakan Canva ni memang puas hati sebab boleh save gambar dalam bentuk JPEG atau PNG. Bagi Feni yang suka gambar nampak real ni lebih suka save PNG. 

Dalam Canva ni, macam-macam kita boleh buat. Poster untuk instagram, cover fb, blog grafik dll. Nak tahu lanjut korang explore lah di Canva ya. 

Gambar cantik boleh buat modal orang tertarik nak beli. Hehehe boleh gunakan Canva ni untuk buat poster cantik-cantik. Ianya percuma sahaja.

Thursday, February 22, 2018

Sehari Satu Cerita 10

Meneruskan cabaran hari ini dengan menulis serba sedikit tentang kehidupan seorang wanita yang diberi cuti selama seminggu sempena Hari Raya Cina bagi tahun 2018. Perjalanan cuti yang biasa saja tiada yang luar biasa.

Rutin harian yang tiada beza dengan hari-hari sebelum ini. Tinggal 3 hari je lagi nak masuk kerja. Esok Jumaat, Sabtu dan Ahad. Esok Abang Aus sekolah macam biasa. Petang ni Abang dah mula mengaji. Lama sangat dah cuti mengaji. Mengaji pun 4 hari je seminggu. Hari Rabu cuti mengaji.

Petang ni pukul 5, Abang kena bersiap untuk mengaji. Mengaji pun sekejap je. Bila ummi cuti ni, ummi yang kena hantar dan tunggu Abang. Kalau ummi kerja, opah yang kena tunggu.

Ummi hari ni basuh baju dan sidai baju. Lipat belum lagi. Tengahari Abang balik sekolah terus ummi datang rumah opah. Sampai rumah opah tolong opah apa yang patut. Tiada yang luar biasa pun. Abah kerja macam biasa. 

Mujur juga ada pc paksu. Boleh jugak ummi tumpang-tumpang update blog yang satu lagi. Hehehe update tips-tips dan produk yang inshaAllah suatu hari nanti boleh mendatangkan hasil. Blog ni hanya untuk meluahkan rasa hati dan rutin harian sebagai seorang Safeni. Kehkehkeh

Setakat ni malas lagi nak main dengan coding nak tukar-tukar template. Nak minta orang lain buat rasa macam rugi pulak sebab ummi boleh buat sendiri. Bukan tak yakin dengan orang lain. Tapi lebih puas bila boleh adjust-adjust sendiri. Tak puas hati kita tukar. 

Nak tukar mood yang negatif kepada mood yang lebih positif memang susah. Orang kata nak melawan nafsu sendiri memang susah. Begitu juga dalam nak buat baik. Syaiton tu selalu sangat menghasut. Kalau iman tak kuat boleh buat kita hanyut. Dunia ni penuh dengan pancaroba.

Orang yang berjaya ialah orang yang berjaya melawan nafsunya.


Wednesday, February 21, 2018

Cerita Hari Ini 9

Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan dapat menulis untuk menyebarkan kebaikan. Apa tugas hari ni ? Tugas ummi sebagai surirumah sepenuh masa sehingga 25 hb Febuari 2018. Ummi akan kembali bertugas pada hari Isnin.

Wahhhhhhhh. Tepu otak rasa bila duduk berkurung dalam rumah. Bila petang buat exercise dengan jalan-jalan dalam taman. Hilang rasa tepu dalam otak ni. Duduk dalam rumah bawah lampu bawah kipas angin rasa macam sesak nafas. Aduii macam mana la suri rumah yang setiap hari duduk rumah tu.

Sebab apa Allah bagi ummi kerja ? Sebab Allah tahu ummi tak mampu duduk rumah lama-lama. Ummi kena kerja untuk bantu abah dan meningkatkan ekonomi rumah tangga. Ummi boleh duduk rumah tapi untuk waktu-waktu hujung minggu saja. Rezeki ummi dengan bekerja dengan orang lain untuk masa ni.

Walaupun ummi memang nak sangat duduk rumah, jaga anak-anak sendiri tapi keadaan memang tidak mengizinkan. Alhamdulillah nasib baik ummi ada ibu mertua yang baik hati yang sudi jaga cucu. Jadi bolehlah ummi keluar bekerja dengan abah. Gaji ummi dengan abah tak banyak tapi cukup untuk tampung kehidupan duduk di sini.

Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah bila setiap kesulitan yang kami hadapi Allah lorongkan dengan kebaikan dan hikmah. Sabar dengan setiap ujian yang diberikan. Memang kami tidak mewah dengan harta tapi kami bahagia. Anak-anak tak pernah tak cukup makan  dan pakai. Kami pun tidak ajar anak-anak tentang kemewahan. Cukup dengan apa adanya. Walaupun kadang-kadang ada juga dia minta benda yang diluar kemampuan kami. Kami akan cuba terangkan kepada mereka kesulitan yang ummi dengan abah hadapi.

Ummi dengan abah bukan orang senang. Nak dapatkan sesuatu bukan senang. Kalau nak kena usaha. Ummi ajar anak-anak ummi macam tu jugak. Bab makan pun, ala kadar tak bermewah-mewah. Bila ada rezeki lebih baru boleh makan sedap-sedap. Ummi dengan abah dapat gaji baru boleh merasa makan KFC atau MC D. Itu pun tengok bajet jugak Hahaha


7 ZIKIR MUDAH MENJEMPUT REZEKI

7 ZIKIR MUDAH MENJEMPUT REZEKI

1) Memperbanyakkan membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah.

2) Membaca La Ilaha Illallahu Malikul Haqqul Mubin.

3) Membaca Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim.

4) Membaca Surah Al-Ikhlas.

5) Membaca Surah Al-Waqia'ah.

6) Memperbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

7) Melazimkan beristighfar.

DOA MENJEMPUT REZEKI

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas. Yang halal lagi baik tanpa memberatkan

kami. Ya Allah, jika rezeki kami masih di Langit maka turunkanlah. Jika ada di Bumi maka keluarkanlah. Jika sukar maka permudahkanlah. Jika haram, maka sucikanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat membantu mereka yang berada dalam kesusahan dan memerlukan.

Aamiin Ya Rabb

p/s : Semoga bermanfaat untuk dikongsikan bersama. InsyaAllah




Monday, February 19, 2018

Cuti CNY 2018 - Kami Ke Manjung, Perak


Dua hari terpaksa melangkau cabaran sebab ketiadaan internet dan kekangan masa. Jumaat (16/2/2018), pukul 9 malam bertolak  ke Manjung rumah Achik. Kami pergi sana sebab lama dah tak jumpa Achik dan peluang bawa anak-anak berjalan.

Sabtu (17/2/2018) kami pergi berkelah di Teluk Senangin. Sejak beberapa tahun kebelangan ini, Manjung adalah destinasi yang kami akan pergi. Selain untuk jumpa dengan Achik, kami boleh mandi pantai. Anak-anak paling seronok. Teluk Senangin lagi jauh dari Teluk Batik. Pertama kali kami sampai ke Teluk Senangin.

Kami sampai dalam pukul 4 petang dengan segala bekalan yang dibawa untuk berkelah. Achik masakkan spagety bolognese sebagai hidangan kami petang tu. Sampai pantai cuaca agak panas terik dan terlalu ramai orang. Nak parking kereta pun susah.

Kami pergi 2 kereta sebab keluarga Pakcik Radzi pun ada. Bermalam di rumah Achik juga. Jadi kami beramai-ramai berkelah. Masa di Teluk Senangin, anak-anak tak puas mandi pun sebab keadaan pantai yang curam dan dalam. Mereka duduk digigi air dan bermain pasir. Keadaan masa tu agak panas terik sampai sakit kepala.

Ketika balik dari Teluk Senangin, kami singgah sekejap di Taman Paya Bakau. Di sini kami bagi kera makan. Tapi kami bagi roti. Roti macam tak laku sebab kera-kera kat sini dah kenyang. Tengok roti pun buat tak tahu je. Kami sampai awal kali ni, boleh menyusuri jambatan hingga ke hujung dan dapat tengok muara sungai. Airnya warna hijau dan nampak sangat dalam. 

Habis aktiviti di Hutan Paya Bakau, kami balik. Mulanya nak singgah pasar malam sebab nak beli bahan-bahan untuk masak makan malam. Dah tak larat, kami pergi makan terus. Kami makan shell out di kedai makan sebelum sampai rumah Achik. Lepas makan terus balik rumah. Mandi, solat dan rehat. Malam tu kami layan movie Korea sampai pukul 12.30 pagi.

Ahad 18/2/2018, kami pergi berkelah ke Teluk Batik. Bawak anak-anak mandi pantai puas-puas sebab di Teluk Senangin tak puas mandi. Kami pergi awal pagi sebab takut cuaca panas. Mandi, korek pasir dan makan. Kali ni kami bawak bekal yang senang-senang je. Nasi lemak, nugget, sosej, roti dan jem coklat. Air pun air mineral dan air botol je. Senang dan mudah.

Pukul 12.30 balik ke rumah Achik. Kami singgah beli barang basah untuk makan tengahari. Balik terus siap-siap untuk masak. Mak Pakcik Radzi masak sambal petai yang dibawa dari Felda Lawin Utara. Sedap ya nikmat. Siap-siap masak dan makan dalam pukul 3 petang. Lepas makan terus kami siap-siap untuk kembali ke Hulu Langat.

Pukul 4 petang, kami bertolak balik. Jalan agak sesak dan jem sebab banyak kenderaan berpusu-pusu nak masuk Kuala Lumpur. Kali ni kami cuba jalan baru ikut Sabak Bernam. Jalan punya jalan, entah mana-mana jalan. Akhirnya pukul 12.00 pagi sampai rumah. Alhamdulillah selamat juga sampai walaupun 7 8 jam juga masa diambil. Masa pergi pukul 9 pukul 1 dah sampai. 4 jam je. Masa balik sekali ganda. (Nanti kita cerita lain)



Friday, February 16, 2018

Sehari Satu Cerita 8

Rancangan hari ni ? Pagi sampai petang duduk rumah saja. Kemas rumah, basuh kain, lipat baju dan memasak. Rutin biasa sebagai seorang suri rumah. Suri rumah untuk beberapa hari. Kalau tak nak basuh dengan lipat baju pun tunggu hari minggu.

Bila hari kerja, rasa penat sangat. Ni dapat cuti lama anak-anaklah yang paling seronok sebab boleh berkepit dengan ummi 24 jam. Bila ummi kerja selalu suruh ummi balik awal tapi ummi masih belum mampu. Tempat kerja ummi jauh. Ummi pula pergi kerja dengan abah. Abah balik kerja pukul 7. Jadi ummi nak tak nak kena sabar. Dah hampir 5 tahun dah ummi kerja di Plaza Permata. 2 3 tahun pertama ummi tidur di surau kalau sampai awal. 

Alhamdulillah sejak tahun 2015, bos ummi dah bagi duduk di pejabat sampai waktu balik. Jadi masa tu ummi luangkan waktu untuk buat bisnes online secara dropship. Alhamdulillah kadang-kadang ada masuk order. Modal tak banyak hanya mendaftar jadi ahli dan kemudian dah boleh buat promosi di fb, instagram, blog dan media sosial yang lain.

Daripada kosong tak pandai menulis dan buat marketing, alhamdulillah sekarang masih lagu belajar dan belajar. Lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu. Rasa macam nak pergi kursus tapi banyak sangat halangan. InshaAllah jika diberi peluang nak pergi banyak lagi kursus untuk meningkatkan lagi ilmu di dada.

Perlahan-lahan belajar. Rezeki tidak pernah salah alamat orang kata. Selagi kita berusaha, inshaAllah pasti ada jalan. Teringat kawan Feni yang berjaya buka taman bimbingan kanak-kanak dengan apa yang ada. Alhamdulillah tumpang gembira.

Dia ada juga ajak untuk buat sama-sama, tapi Feni masih sayangkan kerja sekarang. Mungkin dalam 4 atau 5 tahun lagi baru nak fokus bisnes betul-betul. Sekarang ni fokus untuk online saja. Sebab online pun boleh hidup jugak. Hihi modal pun tak banyak dan risiko pun tak banyak. Modal banyak risiko pun banyak.

Mula-mula ni kumpul database customer dan buat follow-up. Untuk customer lama, pegang ketat-ketat. Marketing untuk customer baru. Seronok kalau buat betul-betul bisnes online ni. Dapat kenal kawan baru, dapat kawan baru dan idea pun berkembang. Jangan dengki dengan orang lain. InshaAllah rezeki kita Allah yang tentukan.

Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal. Dalam mengejar impian banyak perkara yang kita akan lalui. Suka duka perjalanan menuju kejayaan itu sangat manis untuk dikenang. Jadilah insan yang baik untuk dikenali bukan dengan benda yang tak baik.